022

519 124 4
                                    

Mereka semua kembali ke sekolah seperti normal semula. Semua orang berasa sedih bahawa minggu lawatan kelas mereka telahpun berakhir tetapi mereka perlu teruskan dengan pelajaran mereka di dalam kelas.

Sejak lawatan kelas juga, Haechan tidak bercakap seperti dia selalu dengan Daeun, membuat ramai orang keliru mengapa dua rakan ini tidak bercakap. Mereka berdua beritahu bahawa mereka berdua perlukan masa sendirian dan semua faham akan situasi mereka. Tetapi itu tidak berhentikan Haechan untuk serang Daeun juga.

Jeno berasa lega bahawa Haechan sudah tiada apa-apa hubungan dengan Daeun. Sekarang, dia boleh melakukan tugasan dia tanpa gangguan sesiapa pun di sekolah. Atau itu yang dia sangkakan.

Waktu rehat telahpun menjelang dan seperti biasa, Jeno ikut sahaja ke mana Daeun pergi. Kecuali tandas perempuan, semestinya. Dan Daeun elak segala serangan yang Jeno lemparkan padanya dengan tenang kerana dia tidak mahu warga sekolah nampak Jeno cuba untuk bunuh Daeun dengan pisau.

" Nah. " Ujar Jeno sambil menghulurkan air tin yang dia beli di mesin layan diri yang terdapat di sekolah mereka. Disebabkan Daeun dilarang untuk meminum apa-apa minuman berkarbonat kerana ia akan mengakibatkan pemakanan tidak sihat tetapi disebabkan Jeno telahpun beli padanya, terpaksa dia ambil. Jeno tersenyum apabila Daeun terima minuman tersebut.

Mereka berdua duduk di bangku yang berada di sebelah mesin tersebut. Daeun sibuk membaca bukunya manakala mulut Jeno tidak berhenti bercakap, cuba untuk sembang dengan Daeun tetapi tidak dilayan oleh Daeun.

Tiba-tiba, Daeun sedar akan seseorang yang sedang bersembunyi di belakang pokok sekolah mereka. Orang itu terkejut dan menyembunyi dirinya di belakang pokok sebaik mereka berdua melakukan tentangan mata. Mesti dia berasa malu.

Daeun berikan minumannya itu pada Jeno dan berjalan ke arah pokok tersebut. Jeno keliru apa yang Daeun sedang lakukan. Daeun lihat siapa di belakang pokok itu dan ternyata ia salah seorang pelajar perempuan tetapi melihat pemakaiannya, kelihatan seperti pelajar itu dari tahun yang berbeza.

" Hai. Awak okay tak ni? Kenapa sembunyi belakang pokok ni? " Soal Daeun dengan peramah pada pelajar itu. Pelajar itu menjadi gementar apabila dia bercakap dengannya. Pelajar itu angguk kepalanya sambil memandang bawah, kelihatan dia malu untuk melihat muka Daeun.

" Kenapa Daeun? Kau cakap dengan siapa? " Soal Jeno yang sudahpun berada di belakang Daeun. Daeun memberitahu apa telah berlaku pada Jeno dan Jeno pandang budak perempuan itu.

" Sebenarnya...saya nak minta tolong sunbae! " Ujarnya dengan kuat, mengambil peluang itu untuk meminta pertolongan dari Daeun. Bantuan apakah dia perlukan?

Mereka bertiga kembali duduk di bangku sebelah mesin layan diri itu dan budak itu mengambil minuman Daeun agar mereka boleh berbincang dengan pertolongan yang diperlukan olehnya.

" Sebenarnya, saya ada masalah dalam pelajaran saya sekarang dan tiada sesiapa dalam kelas saya boleh tolong untuk bantu. Dan saya dengar sunbae salah seorang pelajar cemerlang sekolah kita jadi, saya nak minta tolong lah. " Ujar Kim Bora dari kelas 2-A.

Ternyata, dia seringkali tidak hadir ke sekolah yang menyebabkan keputusan pelajarannya tidak seperti yang disangka oleh ibubapanya dan oleh itu, Bora perlu bekerja keras untuk menaikkan semula keputusan peperiksaannya agar ibubapanya bangga padanya semula.

" Pffft! Kau ingat Daeun nak bantu kau kah? Dia— "

" Saya akan tolong Bora. " Tersenyum Daeun sambil menerima permintaan Bora. Jeno terkejut akan Daeun yang cuba untuk bantu orang lain. Bora menjadi bersinar apabila Daeun terima pertolongannya.

" Yeah! Terima kasih sunbae! Lepas sekolah ni, boleh kita jumpa di perpustakaan tak? Belajar sama-sama? " Soal Bora dan Daeun memeriksa jadualnya pada hari ini. Ternyata dia tiada apa-apa hal sehingga pukul lima petang dimana latihan Taekwondo akan bermula.

" Boleh! " Ujar Daeun dan Bora tersenyum riang dan gembira. Tidak sangka pelajar cemerlang sekolah mereka akan bantu dia dalam pelajarannya. Dengan itu, Bora pun berlalu pergi, meninggalkan Daeun dan Jeno bersama.

" Kau serius nak tolong dia? " Soal Jeno, memuncung bibirnya kerana jika Jeno minta pertolongannya, sungguh susah hendak Daeun terima.

" Yeah. Apa salahnya untuk bantu orang kan.. " Balas Daeun sambil tersenyum. Jeno menjarakkan dirinya dari Daeun kerana ia sungguh pelik untuk lihat Daeun senyum sebegitu.

" Kalau dia lakukan apa-apa pada kau? " Soal Jeno lagi. Kali ini, Daeun takkan lalai dan tekun agar peristiwa yang lalu tidak akan berulang.

.
.
.

im overthinking again
and its not good, again :(

Assassination ↻ LJN √Où les histoires vivent. Découvrez maintenant