Hidup sebagai seorang gadis bandar yang sederhana ni tak ada lah seronok mana . Tak mampu untuk shopping barang mewah seperti orang kaya di bandar ni. Hanya mampu melihat dan mengimpikan saja.
Tapi tipu lah kalau seorang gadis macam Kate Evelyn ni tak pernah pernah mengimpikan semua tu. Aku juga seorang wanita yang mempunya 99 nafsu dan 1 akal. Tapi aku tak pernah sekali pun mengeluh atau pun melakukan perbuatan haram untuk mendapatkan kemewahan. Walaupun aku mempunya rupa yang agak menawan oleh kerana aku berdarah campuran Scottish dan Melayu . Tapi aku tak pernah berbangga dengan darah kacukan yang aku ada .
Ibu dan ayah aku telah berpisah semenjak aku berumur 3 tahun lagi. Aku langsung tak pernah tengok atau mengenali seorang insan yang bergelar ayah kandung aku sendiri . Ibuku sendiri telah membuang semua gambar dan barang peribadi ayah aku Ibu benar benar kecewa dengan ayah sehingga tidak mahu aku mengenali ayahku sendiri .
Sejak kecil,aku tinggal bersama nenek dan datuk kerana ibu membawa diri ke Pahang untuk berkerja.Dan selepas itu,aku hanya bertemu dengannya pada Hari Raya Aidilfiti sahaja.Sewaktu umur aku mencecah 6 tahun,ibu pulang bersama bakal ayah tiriku dan selepas mereka bernikah,mereka pulang kembali ke Pahang dan kembalikan melupakan aku.Begitulah nasib seorang anak yang berdarah kacukan Melayu Inggeris ini.
datuk dan nenek memang melayani aku seperti aku lah permaisuri dan puteri mereka.Aku mendapat kasih sayang yang cukup dari datuk dan nenek .Aku tak pernah mengeluh dengan nasib ku.Kerana aku masih mempunyai nenek dan datuk yang sangat disayangi.
Namun..apabila umur ku mencecah 25 tahun..aku diminta untuk berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak aku kenali sedangkan hati aku telah terluka dan tidak mahu mengenali mana mana lelaki lagi.
Tapi apakan daya,aku tak mampu dan tak sampai hati untuk menolak permintaan kedua permaisuri dan raja hati ku yang telah banyak berkorban untukku sejak aku lahir dan tak mengenali sesiapun.
Aku tak rasa kisah aku cliche dan sama seperti orang lain atau pun kisah kisah dalam novel.Kerana aku mengahwininya dalam keadaan rela.Bukan dipaksa atau kahwin lari seperti dalam novel. Tetapi,relakah jiwa dan batinku untuk menikahinya?menjadi isteri sehingga hujung nyawaku.
YOU ARE READING
Devil's Queen
Romance"cinta I tak semurah cincin stanless steel pasar malam,lebih baik you back off .You tak kan mampu miliki cinta I Adrian" "I boleh limpahkan you dengan kemewahan.Bahkan mandi dengan bath tub yang dipenuhi belian dan permata pun mampu I sediakan.Apa...
