"Nampaknya,kamu semua layakkerana dah sampai ke sini ,wahai pewaris kerajaan Ais dan Pengubat" kata-kata dari colossus itu diselangi tawa yang sangat keras","Nampaknya anak-anak mengikut perangai moyang kepada moyang kepada moyang mereka ya~"
Sambut colossus yang seekor lagi sambil tertawa juga seperti nenek tua tertawa pada sesuatu selepas chit-chat yang penulis pun x tau apa yg lawaknya."Urmm...boleh kami tau,apa tujuan kami ke sini? Apa hubungan keluarga kami sebenarnya,dan apa latar belakang keluarga saya sebenarnya?" Celah Rin selepas dua2 colossus tu berhenti ketawa. "Oh yaa. kamuu~"kata colossus Gragness dengan suara meleret membuatkan 'curiosity' Mereka bertiga melonjak, "Shiranai~" kata Gragness, "Entah~ saya pun x ambik tahu pasal kamu, kamu dahla airhead-" kata colossus Xe sambil membuat gaya x tau."Ya ya.. -kamu jugak x boleh jaga diri sendiri, hanya mengharapkan kedua beradik ni saja" sambung Colossus G sambil menuding jari ke arah adik beradik kagami tu. Perlian tu membuatkan Rin tersungkur memandang ke belakang dan menangis sambil berfikir ,'menyesal saya mulakan pertanyaan tadi wuuwuu~' ."Oii~Obaa-san.. saya tau memang seronok membuli Rin tapi kami dalam situasi yang serious ni jadi boleh x korang jawab soalan tadi?"kata Ryu dengan muka selamba sambil menjuihkan bibir tanda nak cepat. "Hurmm...kamu...Keturunan anak Kaitou bukan~yaa...kamu serupa macam ayah kamu si 'Singa' itu" Kata Xerxes membuatkan Ryu tertanya, 'bagaimana mereka tahu tentang ayahanda?!' "Baiklah...kami mula serious sekarang."kata Colossi tu walaupun Rin masih lagi merajuk di penjuru chamber tu. "Kami mulakan dengan Mifune Lakshmi" kata tu buat Rin menoleh ke arah colossus tersebut dengan rasa ingin tahu. Lalu Colossus Gragness dan Xerxes menerangkan tentang asal usul Mifune 'Rin'uo yang berasal daripada anak kepada Mifune Souma, seorang manusia yang jatuh cinta terhadap Dewa Lakshmi , dewa yang paling bongsu antara lima beradik, Lakshmi manja dengan sister sulungnya iaitu Shiva, yang juga berkahwin dengan manusia bernama Kagami Yoichi, moyang pertama Kagami 'Ryu'go. Kedua2 cinta terlarang ini mendapat tentangan dari adik kedua Shiva, iaitu Lockie kerana dia menganggap bahawa manusia itu x sama taraf dengan dewa seperti mereka, manusia juga sering berbuat kerosakan dan berkahwin dengan mereka merupakan satu bentuk penghinaan kepada dewa.
Shiva dan Lakshmi tidak peduli dengan kemarahan beradik ketiga itu lalu turun ke bumi dan hidup dengan aman Bersama keluarga mereka.Tapi Lockie x menyerah semudah itu. Lalu Lockie menurunkan dua hambanya iaitu Omega [Makhluk kuno berteknologi abad ke-32 yang dikatakan jika turun ke bumi, bumi akan mati.] Dan Atropos [Makhluk berupa pintu gerbang bermuka yang boleh menyedup apa sahaja termasuk cahaya dan kegelapan] ke bumi untuk merosakkan kebahagiaan Kakaknya dan adiknya itu. Shiva dan Lakshmi,takut jika keluarga mereka akan mati disebabkan mereka, mengorbankan diri dengan menukarkan keluarga mereka menjadi batu lalu membawa omega dan atropos ke dunia kayangan dan menyegel kedua-duanya bersama-sama Lockie kedalam sebuah istana yang dicipta untuknya,yang telah menjadi istana kerajaan darkraionia sekarang.Penyegelan ini perlu dikawal supaya Kerajaan darkraionia x mengganas lalu Shiva membina
Kerajaan Mizu di penjuru sebelah Utara benua kayangan itu untuk mengawal Kerajaan darkraionia dan Lakshmi mencipta angkatan tentera Holy bernama Kamaitachi di sebelah Selatan,Timur dan Barat benua tersebut bertujuan menghalang kerajaan itu dari turun ke bumi jika Kerajaan Mizu gagal menghalangnya. Selepas 231 tahun kayangan berlalu, Keluarga mereka yang telah menjadi batu itu,pulih semula dalam keadaan selamat dan masih dalam umur yang sama,x berubah (walaupun dan beratus tahun menjadi batu). Shiva dan Lakshmi hanya mampu melihat keluarga mereka dari dunia kayangan Semenjak hari itu , mereka tidak dapat bertemu lagi. Lalu manusia menceritakan kepada generasi seterusnya dan seterusnya tentang lagenda mereka sebagai cerita fantasi yang telah berakhir dan dilupakan.
ESTÁS LEYENDO
MY COLD GUARDIAN NYIAA~ Season 2
Fantasíasad fantasy sequel kepada romantic main story yang x berapa romantic sangat...selebihnya faham- faham lah(^^) ehermm...Bagi sesiapa yang suka main GBA,lepas habis baca bab yang terakhir (bab 11) mesti tau saya ambik Idea cerita ni Dari mane.hahahhh...
