×××××××××××××
This is my first book. Jadi minta maaf jika terdapat kesalahan bahasa atau kata-kata tak baik. Do support me agar lepas ni ada semangat sikit nak buat cerita baru dan saya akan cuba buat dengan lebih baik. Jika ada kesalahan ejaan, faham-faham lah ye. Terima kasih.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
"Bella, jom sarapan. Dah lambat dah ni." Mama mengetuk pintu bilik dengan kuat. "Mama, terkejut Bella. Ye.. nanti Bella turun." Aku bergegas mengambil beg dan kasut Nike kegemaranku yang berwarna hitam." Aku pergi ke dapur dan melihat papa dan mama sedang bersarapan. "Eh, ingatkan tak nak turun tadi." Mama menyindir sambil menghulurkan secawan milo panas. "Ish mama ni. Tadi Bella bersiap la sebab tu lambat sikit." Aku meneguk milo panas yang diberikan oleh mama manakala ayah ketawa kecil melihat gelagat aku dan mama. "Bella, nanti papa suruh Pak Cik Wan hantar kamu ke sekolah. Okay?" Aku mengangguk menanda memahami.
Okay, aku ceritakan tentang diriku. Aku Bella Alinna. Aku baru sahaja berpindah ke kolej baru untuk 2 tahun kerana papaku seorang yang sangat sibuk dengan kerjayanya jadi berpindah - pindah tempat bekerja. Mama pula seorang suri rumah. Aku mempunyai seorang abang, Fazlan. Dia sekarang bekerja di New Zealand. Actually rindu jugalah abang akun yang perangainya gila-gila tu. Aku ni kadang-kadang cepat marah and kalau dah marah memang teruklah. Tapi aku ni taklah kejam sangat hahaha. Aku ni baik sebenarnya. Hehe...
"Okay, Bella. Dah sampai kolej dah ni." Aku pun terkejut apabila Uncle Wan memberitahuku bahawa sudah sampai kolej. "Okay, thank you uncle. Nanti Bella dh habis kelas Bella call uncle." Uncle Wan cuma tersenyum dan mengangguk tanda setju dan faham. Aku melangkah masuk ke dalam kolej dengan perasaan yang berdebar - debar. "Aduhh, takutlah pula. Tkpe Bella. Cool je." Aku bercakap di dalam hati dan tiba- tiba bahu kananku disentuh seseorang. Aku menoleh ke belakang. "Hai, saya Deblynne. Panggil je Deb. Kau budak barukan?" Aku tersenyum janggal dan membalas. "Oh hai, saya Bella. Ye saya budak baru hehe.." Deb mengangguk dan memberikan satu bar coklat. "Nah, ambillah coklat ni. Oh ya kau kelas mana?" Aku mengambil coklat tersebut. "Thank you. Saya kelas SNA1." Deb menarik tanganku dan tak tahu ke mana. "Kau sama kelas dengan aku. Ok jom."
Semasa kelas Sejarah bermula, kelas diganggu apabila dua orang pelajar lelaki masuk. Puan Zaitun terus menegur mereka. "Kalian lambat lagi? Apa nak jadi dengan kamu berdua ni? Tak guna belajar buat perangai macam ni." Mereka tersengih-sengih tanpa rasa bersalah pun. "Ala macamlah puan tak tau. Kami memang macam ni. Sabarlah puan."
Puan Zaitun hanya menggelengkan kepalanya. "Wei, Deb. Siapa tu?" Deb menoleh ke arahku dan tersenyum sinis. "Tu Zakh. Anak pengetua sekolah tapi perangai dia teruk tahap dewa. Dia tu suka membuli. Semua orang kena hormat dia. Kalau orang cuba cari pasal dengan dia nahaslah. Tiada seorang pun yang berani nak. Menentang dia dengan bestfriend dia tu. Hampeh." Aku mengerutkan dahi dan berkata. "Wait, what? Orang macam tu nak kena hormat? Unfair la Deb. Nama dia Zakh heh? Famous erk? Kawan dia tu pula siapa?" Aku menggigit bibir menunggu jawapan Deb malah dia ternganga. "Eh kau.. kamu nak sangat tau ke ni? Dah lah soalan bukan main banyak. Ye dia tu Zakh. Kawan dia tu Ashraff. Dorang ni famous sebab perangai. Tapi kadang- kadang hairanlah juga sebab berlambak juga perempun kat sekolah ni gilakan mereka. Oh ya sebab mereka kaya." Aku hanya mengeluh kecil dan menggeleng-gelengkan kepala. "Huh.. harap mereka tak kacau aku."
Hari pertama sekolah pun tamat. Finally! Oh. Aku kena call uncle Wan. Aku membuka telefon pintarku dan dail nombor uncle Wan. "Huh hello? Uncle, boleh tak ambil Bella sekarang sebab kelas Bella dah tamat." Aku mengambil satu gigitan bar coklat yang diberikan oleh Deblynne. "Uh, Bella, uncle lambat sikit, okay? Sebab tayar pancit. Nanti mungkin sejam lagi uncle sampai." Aku mengeluh. "Hmm..okaylah. Kalau boleh cepat sikit ye uncle. Bye." Aku menamatkan panggilan. Deb yang memerhatikan aku pun hairan. "Kenapa?" Aku mengunyah bar coklat yang di dalam mulutku dan menelannya. "Driver aku lambat sikit ambil aku sebab tayar pancit. So aku kena tunggu sejam. Hmm.." Deb mengangguk. "Takpa saya teman. Jom ke kantin aku lapar hihi.."
Kami pun berjalan ke kantin. Aku membeli secawan vanila milkshake dan duduk di sebuah meja bersama Deb. Semasa aku sedang meminum air, aku ternampak Zakh dan Ashraff. Mereka semakin menghampiri kami. "Eh Deb, pahal dorang makin dekat kita?" Rasa gelisah mula menguasai diriku. "Aduhh, relaks la nampak sangat kita tengah takut." Zakh dan Ashraff terus duduk di kerusi di antara aku dan Deblynne. "Wow wow wow. Siapa ni? Cantiknya awak. Tak pernah nampak pun." Zakh tersenyum sinis lalu ditengking Deb. "Woi! Jangan kacau dialah. Dia budak baru dekat sini. Nanti aku tumbuk baru tahu." Ashraff terus menyampuk. "Ehh.. garangnya. Hahaha..." Mereka ketawa terbahak-bahak. Aku mengambil barang dan memberi isyarat kepada Deblynne. "Jom." Kami terus beredar tanpa menegur mereka. Mereka pun hairan melihat kami.
Handphone ku berdering. "Eh, uncle Wan." Aku menjawab panggilan. "Ya uncle. Uncle kat mana?" Uncle Wan pun menjawab. "Uncle dekat luar kolej ni. Cik Bella di mana?" Aku mengerutkan dahi. "Okay, Bella ke sana. Ishh uncle ni. Bella pun dah cakap tak payah nak bercik- cik bagai." Kedengaran Uncle Wan ketawa kecil. "Oh ya ya. Sorry." Deb, aku dah nak balik ni. Kau nak tumpang sekali?" Deb menggigit bibir. "Tak perlu la kot. Ayah aku pun dalam perjalanan." Aku mengangguk lalu mengambil sekeping kad dari begku. "Haa nah. Nanti boleh lah chatting and mana tau ada plan nak hangout sama." Deblynne mengambil kad tersebut lalu menyimpan di dalam poketnya. "Okay boss. Dah baliklah lama driver kau tunggu." Aku terus sentap. "Amboi kau ni.. menghalau ke?" Aku terus ketawa. "Ok ok bye Deb." Aku melambai ke arah Deblynne dan terus berlari ke luar sekolah.
Semasa tengah berlari, aku terdengar suara seseorang memanggilku dari jauh namun aku mngendahkannya. "Woi, budak baru! Woii!!" Aku terus masuk ke dalam kereta dan tidak mengetahui suara tersebut kepunyaan siapa. Hari ni memenatkan, membosankan,dan menjengkelkan. Belum lagi esok, lusa dan hari akan datang.
Setelah tiba di rumah, aku terus ke bilik dan mandi. Aku mengambil masa yang lama untuk mandi agar tekanan semua hilang. Selepas 30 minit mandi, aku memakai hoodie hitam dan jogger pants hitam. Aku menyanggul rambutku seperti messy bun dan menyapu krim muka di mukaku. Lalu, aku mengambil laptop kesayangan ku dan menonton movie. Aduh bosannya hari pertama sekolah. Tok tok tok. Pintu bilikku diketuk. "Bella?" Aku pun bangun. "Ye ma. Kenapa?" Aku membuka pintu bilikku. "Cepat siap. Ikut mama." Aku pun hairan. "Eh eh ke mana?" Mama ku menoleh ke arahku. "Teman mama beli barang la." Aku baru shaja mengeluh lalu dipotong oleh pujukan mama. "Please?" Aku terdiam dan menjawab. "Fine.. nasib baiklah mama ni pandai memujuk." Mama tersenyum gembira. Aku menutup pintu bilik lalu mengambil skinny jean hitam dan kasut high top converse.
Aku melepaskan rambutku yang berparaskan pinggang. Aku mencapai sling bag dan handphoneku. Aku turun ke tingkat bawah dan nampak mama sedang menungguku di pintu. "Dah ke Bel?" Aku mengangguk. Kami pun masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
PEMBULI ITU JODOHKU
RandomBella Alinna baru sahaja berpindah ke sebuah kolej baru. Namun, dia sering diusik dan dibuli oleh seorang pembuli, Zakh. . Sehinggakan pada hari ketiga, niat Zakh yang ingin membantu Bella telah membuatkan kaki Bella lebam teruk dan dimasukkan ke h...
