S2 36

359 47 20
                                    

Yuta letakkan beg kerja dan tanggalkan baju kerja. Dia ambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Selesai mandi, dia keringkan rambut dengan tuala dan periksa gigi depan cermin takut ada cabai (cili) tersangkut. Matanya tertumpu pada tong sampah yang penuh dan belum buang lagi.

Yuta rendahkan badan dan selongkar tong sampah. Hasilnya dia jumpa 10 prenancy test yang semuanya keputusan negatif.

Dia menarik nafas sebentar lalu lepaskan. Patutlah Shannon asyik salahkan dirinya, dia selalu beli prenancy test tanpa pengetahuan Yuta.

Yuta keluar dari bilik air dan pergi ke luar balkoni. Shannon sedang berdiri sambil ambil angin malam.

Yuta peluknya dari belakang dan Shannon menoleh kerana terkejut.

"Yang, abang penat kerja seharian ni. Nak peluk sayang ketat-ketat boleh? " Yuta bermain dengan rambut panjangnya. Shannon hanya mengganguk perlahan.

Mereka berdua mendiamkan diri dengan lama. Shannon menghela nafas dan pandang Yuta.

"Abang, saya nak carikan isteri kedua untuk abang. Bila kahwin nanti, gunalah bilik ni. Saya akan tidur dekat hotel lain" Ujar Shannon dengan terketar-ketar dan sebak.

"Kita dah janji taknak cakap pasal ni bukan?  Abang tak kisah kalau kita tak dikurniakan anak asalkan kita berdua sentiasa bersama" Yuta menatap wajahnya.

"Kak Junghee dan Kak Yesung mengandung serentak. Saya beli lagi dan cuba kalau saya ni dah ada 'isi' tapi hasil tetap menghampakan saya" Setitis airmatanya jatuh ke lantai.

Yuta cuba menahan sedih dan pujuk isterinya lagi.

"Kita boleh pergi jumpa doktor dan buat rawatan tabung uji IVF tu. Abang sanggup bayar beribu-ribu asalkan awak boleh mengandung dan tak sedih lagi" Yuta mengusap pipinya dengan perlahan.

"Tapi kos untuk buat rawatan IVF tu 10,000. Dan ada yang mencecah 50,000. Itu kalau berjaya, kalau gagal macamana? Duit tu semua hilang. Saya tak mahu habiskan duit abang, abang penat bekerja" Shannon menggeleng kepala tidak mahu.

"Kalau tak berjaya, anggap tu semua kita takde rezeki. Duit boleh dicari tapi yang tersayang tak boleh. Abang tak mahu berkahwin lagi satu sebab abang taknak jadikan dia sebagai kilang anak semata-mata. Abang taknak perlakukan anak orang macam tu" Yuta tarik tangannya suruh masuk kedalam rumah.

"Kenapa tarik tangan saya? Saya nak tengok bintang kat luar lagi lah! Lepaskan saya" Shannon menggeleng dan cuba tahan kaki daripada masuk rumah.

"Tak boleh! Dah malam ni, tak elok duduk kat luar ni" Yuta tarik tangannya dan Shannon akur dengan kata-kata suaminya dan tidak mahu melawan.

Yuta baring di katil dan tengok telefon sebentar kemudian berakhir dengan main game.

Shannon tutup suis lampu dan kemudian baring di katil dan tarik selimut. Dia pandang muka Yuta yang ada 'nur' (cahaya) kerana skrin telefon.

Dalam hatinya masih lagi rasa bersalah kerana masih lagi tidak mengandung. Yuta tidak kisah tapi bagi Shannon, apa guna jadi perempuan kalau tidak boleh mengandung? 

Yuta letak telefon di meja dan peluk isterinya.

"Goodnight sayang"

"Selamat malam juga "

"KRONGGGG OINK OINK KRONGGGHHHH"

++++

Chenle buka pintu dan Renjun berdiri sambil berpegangan tangan dengan Areum.

"Eh noona! Kenapa balik sini? Bagi Areum dekat Chenle" Chenle ambilnya dari tangan Renjun.

"Biarlah noona balik sini sekali-sekala melawat juga. Tak boleh ke?" Renjun masuk kedalam dan tutup pintu.

"Boleh je, lagipun Chenle memang rindu dekat noona pun lagi-lagi si Areum ni. Oh ya, mana Jihoon hyung? Tak nampak pun dia" Chenle buka penghawa dingin serta TV untuk Renjun dan hilangkan kebosanan.

"Biasalah kerja sebagai arkitek, memang sibuk memanjang je kerjanya. Belum lagi mesyuarat dengan syarikat lain lepastu outstation kat luar negara. Noona bosan sebab tu singgah sini kejap" Renjun buka ikatan rambut dan garu kepala kerana kutu bahabi tak guna.

Mark dan Jisung keluar dari bilik dan terus meluru ke ruang tamu kerana ternampak Areum dipangkuan Chenle.

"Areum datang harini! Mesti rindu dengan pakcik ni" Mark ambil dari tangan Chenle dan Areum ketawa.

"Noona, noona nak dengar berita sensasi dan tergempak kat dalam rumah ni tak? " Jisung cucuk badan Renjun dan dia pandang Jisung.

"Apa dia? Noona nak tahu juga" Renjun dekatkan telinga pada Jisung. Jisung mula membisikkan pada telingannya.

"Junghee noona dan Yesung noona mengandung serentak. "

"Oh my god! Betul ke? Rasa macam tak percaya je yang abang-abang noona yang noob dulu anak diorang akan bertambah lagi" Renjun cuba tahan sesuatu daripada keluar dari mata kerana ianya akan rosakkan mekap yang dipakai walaupun setakat cuma lipbalm dan bedak putih.

"Betul lah, takkan nak tipu noona pula. Berita baik harus dikongsi bersama" Jisung ambil Areum pula dan geletek badannya sehingga dia ketawa.

"Nanti petang kitaorang nak tengok wayang. Nak ikut tak? Kalau tak boleh takpe" Ujar Mark dan Renjun mengangguk setuju kerana Jihoon telah bagitahu pada Renjun yang dia akan balik lambat.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now