CHAPTER 12: BALAS DENDAM

Start from the beginning
                                    

"Kalau macam tu mi gorenglah."

"Mi tak ada. Belum beli lagi."

"Ermmm... Kalau macam tu, kita masak sup ayam macam semalam, nak tak? Sup yang awak buat tu sedaplah. Awak masak sup, saya tolong awak masak nasi. Ok?" kataku teruja. Tidak kesahlah kalau pagi-pagi pun sudah makan nasi dengan sup. Apa yang penting, sup dia sedap!

"Kau dah basikan sup ayam semalam. Tak ada sup lagi selepas ini," katanya dengan nada dingin sambil melihat aku dengan pandangan tajamnya. Aduh, aku menepuk dahi sendiri. Mati-mati aku fikir dia sudah move on tentang hal semalam. Belum lagi rupanya.

"Kalau macam tu, suka hati awaklah nak masak apapun," balasku mendatar. Rasanya, aku patut cakap macam itu saja lagi tadi.

........

"Dah, makan," katanya lalu meletakkan pinggan berisi beberapa keping lempeng di atas meja. Aku terus mencapai dua biji cawan dan menuangkan kopi o panas ke dalam cawan itu. Satu cawan aku letakkan di hadapan Indrawan dan satu cawan lagi aku letakkan di hadapanku.

Setelah itu, aku mengambil sekeping lempeng dan aku letakkan ke dalam pinggan di hadapanku. Indra juga mengambil sekeping dan diletakkan ke dalam pinggannya. Aku berdua mula makan.

"Sekejap lagi aku hendak keluar sekejap," Indra memulakan perbualan setelah sekian lama kami berdua fokus pada makanan. Aku terus berhenti makan dan melihat ke arahnya.

"Awak nak pergi mana?"

"Aku mahu cari sampan. Kita kena pergi ke kampung sebelah."

"Kampung sebelah? Buat apa?"

"Ketua kampung di situ tahu jalan keluar di sini. Jadi dia boleh bantu kau keluar dari tempat ni."

"Pergi kampung sebelah kena naik sampan?"

"Iyalah. Sebab kampung tu dekat kawasan tepi tasik. Kita kena naik sampan kalau hendak ke sana."

"Ouhh, okay, okay. Faham," kataku sambil mengangguk-angguk faham. Selepas itu, aku sambung makan kembali lempeng yang tinggal separuh bahagian di dalam pinggan.

"Tapi kau dah sihat betul atau belum? Kalau belum, kau rehat dahulu. Esok kita pergi ke kampung tu," soalnya lagi. Kali ini matanya fokus melihat aku. Cawannya yang sudah kosong sudah diletakkan ke dalam pinggan yang juga sudah kosong, tanda bahawa dia sudah habis makan. Sekeping saja dia makan? Alaaa, aku baru nak tambah lagi sekeping. Malulah kalau aku seorang yang tambah.

"Eh, saya dah sihat dah. Dah kuat dah pun. Betul."

"Aku tak nak kau pengsan di tengah jalan. Menyusahkan aku saja nanti."

"Taklah. Saya dah kuat jalan dah ni. Jangan risaulah," jawabku sambil mencuit sedikit hujung lempeng dan aku masukkan ke dalam mulut.

"Kalau kau pengsan aku tinggal saja, tau? Aku malas nak pikul badak," balasnya selamba sambil mengangkat cawan dan pinggan miliknya dan terus berlalu menuju ke dapur.

Mataku terus sahaja kecil besar kecil besar memandangnya dari belakang. Penatlah kalau setiap hari asyik ditindas begini. Mana boleh jadi. Kalau macam ini gayanya, lama-lama aku boleh jadi bebal.

Tiba-tiba datang satu idea. Idea untuk mengenakan dia semula.

Aku cepat-cepat menghabiskan baki lempeng yang tertinggal di dalam pinggan dan air kopi yang masih tinggal separuh di dalam cawan. Setelah itu, aku cepat-cepat datang ke arahnya. Kelihatan Indra sedang menunduk 90 darjah ke bawah seperti sedang mencari sesuatu di tepi para-para. Aku mula tersenyum senget. Ya, ini yang kita mahu.

Aku terus datang dan meletakkan pinggan dan cawan di atas para-para. Selepas itu, aku sengaja hayunkan siku ke kepalanya. Gaya biar bersahaja. Jangan nampak sangat yang aku sedang balas dendam.

"Aduhhh!" dia menjerit kuat dan terus bangun secara mengejut. Tiba-tiba bahunya yang besar itu melanggar tubuhku dan aku tertolak ke belakang hendak jatuh.

"Indra!!!" jeritku kuat. Aku rasakan tubuhku kuat tertolak dan melayang ke belakang. Sedikit lagi belakang tubuhku hampir mencecah ke bumi. Aku sudah memejamkan mata rapat-rapat.

Tiba-tiba aku merasakan sepasang tangan menarikku ke atas. Aku terus berpaut pada sesuatu yang menarikku itu. Dan apabila aku membuka mata, wajah milik Indra betul-betul tepat di hadapanku dan matanya yang tajam itu ibarat menembus masuk ke dalam anak mataku. Tiba-tiba jantungku berdegup tidak keruan.

"Kau tak ada apa-apa?"

Soalan itu ibarat angin yang berlalu sahaja. Aku masih terpaku di situ. Apa yang aku dengar saat itu adalah degupan jantungku yang kuat berdegup dan helaan nafasnya.

"Asha, kau baik-baik saja, kan?"

"Asha," tegur Indra lagi bersama sedikit goyangan pada tubuhku. Aku ibarat tersedar dari khayalan terus terkerdip-kerdip memandangnya. Saat itu barulah aku perasan bahawa dia sedang memeluk aku dan aku sedang berpaut pada bahunya.

"Ah, maafkan saya," ucapku seraya melepaskan pautan pada bahunya dan menolaknya sedikit ke belakang. Dia terus meleraikan tangannya dari belakangku.

Saat itu aku rasa yang wajahku betul-betul membahang. Ya Allah, malunya!!!

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now