Haih, hari Isnin menjelang lagi.
Waduh, aku tak suka! Aku pelik lah.
Kalau hari Isnin nak ke Ahad, ambil masa 7 hari. Tapi kalau hari Ahad nak ke hari Isnin ambil masa satu hari jer. Apakah ini semua?
Ah, lupakan je lah.
Aku segera mencapai tuala mandi dan segera menuju ke bilik mandi. Harus segera bersiap!
😪😪😪
Aku mengambil tempatku. Hell......oooo another bad day! Aku membuang pandangan dekat ahli kelasku. Semua buat benda yang sangat tak berfaedah.
Di sana, sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain pubg. Eh, bawak smartphone! Nak kena report ni!
Di sebelah kiri pula, ada pelajar lelaki yang tekun meniru kerja sekolah. Wah, patutlah BIJAK!
Di seberang situ pula, sekumpulan pelajar perempuan sedang membawang. Takde kerja lain!
Aku hanya mampu menggeleng sahaja kepala ni ha. Nak buat apa ni? Kawan pun takde. Sayu aku melihat kerusi di sebelah aku ni.
Kosong sejak dari awal tahun lagi.
"Hellllooo guys! Rindu I tak?" Oh ya, malang dah datang guys!
"Eh, eh. Hani pun ada dekat sini? Rindu nya I dekat you. Eh, eh tak rindu you pun. Rindu dengan lemak you." ... Aku tak tahu nak respons apa. Dah lali dengan mulut puaka Suraya.
Suraya mendengus. Tak suka aku buat tak tahu dengan sindirannya.
"Hani aku ada petua nak kuruskan badan." Suraya datang mendekat dan berbisik perlahan.
Eh, perempuan ni! Aku tak sukalah kau datang dekat-dekat ni! Perfume kau buat aku nak termuntah!
"Petuanya..... jeng jeng jeng.... gementar tak?" Aku hanya memandang Suraya dengan mata kuyu 😑. Weyh, guys! Someone nak buat lawak tapi hambar. Ceng gana ek? (Macam mana ek?)
"Petuanya, you have to do my homework! Masih ada masa lagi ni kalau nak siapkan. Aku confirm kau boleh selesaikan. Boleh kau kuruskan jari jemari kau yang montel tu!" Dan sekali lagi aku buat derp face.
Maaf, punchline tak sampai!
"Eh eh cikgu dah sampai!" Oh my saviour! Thanks to Hilal a.k.a penjaga pintu kelas.
Suraya aku lihat dia menjeling aku tajam. Geramlah tu tak dapat buli aku.
"Bangun, selamat pagi cikgu!"
"Selamat pagi cikgu!" Wah semangat!
"Waalaikumussalam. Okay boleh duduk." Wah, savage!
Aku lihat muka ketua kelas a.k.a Mizan dah sebijik macam ayam tertelan kapur. Deep kah?
"Okay cikgu. Next time saya bagi salam penuh dekat cikgu. Ok?" Tergelak kami satu kelas. Untung cikgu dengan si Mizan ni sporting.
"K guys. Hari ni korang akan menerima new student." Cikgu Hidayah menganggukkan kepalanya seolah-olah memberikan isyarat kepada pelajar perempuan disebelahnya untuk memperkenalkan dirinya.
"Assalamualaikum. Nama saya Nur Amanda binti Rizal. Sebelum ni saya bersekolah dekat MRSM Sultan Azlan Shah tapi berpindah ke sini atas urusan keluarga."
Wah student MRSM. Mesti pandai ni!
"Okay, Amanda boleh duduk sebelah Hani. Semua sila letak homework yang saya berikan haritu." Terus cikgu hendah mulakan kelas.
"Eh, cikgu bagilah kitaorang berQ&A dengan budak baru ni. Kan cikgu kata haritu, tak kenal maka tak cinta?" Hilal dah buat perangai mereng dah. Pelajar lelaki pun menyokong sekali.
Ceh, muka pecah ada hati nak ngorat?
"Sokay, korang ada banyak sangat waktu untuk berkenalan dengan Amanda." Nampaknya cikgu dah tahu trick mereka. Sengajalah tu nak habiskan waktu Sejarah dengan Q&A mereka 😒
"Alah..." He he, apalah classmates aku ni.
YOU ARE READING
BESTFRIEND
Teen FictionYang aku tahu cerita ni pasal friendship between perempuan dengan perempuan. Bukannya lelaki dengan perempuan yang end up dengan jatuh cinta, kahwin, ex laki tu datang nak jahanamkan rumah tangga, perempuan tu lari sambil mengandung, lelaki tu jump...
