Bab 1 :PERMULAAN

122 11 0
                                        

Sinaran cahaya matahari terpencar dari celah langsir tingkapku. Ia membuatkan aku terjaga dari tidur kerana sinaran cahaya matahari itu mengenai kedua belah mataku. Aku menggosok kedua-duanya lalu menyarung kedua-dua kakiku dengan selipar tidurku. Aku menoleh ke arah meja belajarku lalu mengambil telefon pintarku. Aku membuka skrin telefon dan melihat jam sekarang 6.30 pagi. Tanpa membuang masa, aku memasuki bilik air untuk bersihkan diri.
•••
Aku sedang menuruni tangga lalu menuju ke ruang makan untuk bersarapan.
"Selamat pagi, kak Rinne,"ucapku dengan senyuman.
"Selamat pagi, cik muda. Saya sudah sediakan sarapan untuk cik. Jemputlah makan. Kalau ada apa-apa, panggillah saya," pelawa kak Rinne dan menundukkan kepalanya lalu ke dapur Kak Rinne merupakan maid yang termuda dalam rumah ini. Berambut coklat terang dan diikat seperti ekor kuda. Matanya pula berwarna hijau tua dan dihiasi dengan cermin mata.
Aku menarik kerusi lalu duduk dan melihat sarapan yang disediakan oleh kak Rinne di atas meja makan.
Di atas meja, ada telur mata,roti bakar, dan susu. Tapi ada juga makanan kegemaran aku, iaitu pancake~. Selepas aku melihat sarapan itu dan duduk dalam keadaan sopan, aku mencapai jag kecil yang dipenuhi dengan syrup yang keemasan lalu menuangkannya di atas pancake ku.
"Ittakadimasu~"
•••
"Ah,selamat pagi, nenek!" Aku menyapa nenek aku yang sedang bermain dengan kucing-kucingnya.
"Hmm? Selamat pagi, cucu kesayangan nenek," dengan segera nenek membalas sapaanku.
"Haru, kamu nak ke sekolah dah? Dah makan ke belum? Bekal untuk tengah hari dah bawa?"tiga soalan ditanya oleh nenek aku yang prihatin akan diriku.
"Ya,Hari dah nak pergi sekolah. Baru habis makan sarapan tadi dan ni, Haru dah bawa bekal tengah hari yang kak Rinne sediakan sebentar tadi," jawab aku sambil menunjukkan bekas bekalku padanya.
"Jalan tu elok-elok,tau." Pesan nenekku sambil membelai badan kucing kesayangannya itu.
Aku menuju ke ruang tamu di mana ibu, ayah dan abang ketigaku berada sekarang.
"Selamat pagi, ibu, ayah dan abang hiromi!" Sapa aku lagi.
"Selamat pagi, Haru," jawab ibu dan ayahku.
"Oh, budak kecil tu dah bangun. Selamat pagi, budak kecil Haru," ejek abang Hiromi. Kemudian, dia sambung balik baca novel ringannya yang baru dibeli olehnya.
"Eh? Mana abang Haruto dan abang Hiroto? Mereka dah pergi sekolah ke?" Tanya aku.
PAT!
Sesuatu yang keras berada di atas kepalaku lalu aku menoleh ke belakang. Rupa-rupanya, abang Haruto yang meletakkan sesuatu di atas kepalaku, manakala abang Hiroto mengangkat tangan kanan sebagai tanda selamat pagi.
"Apa yang abang Haruto sedang lakukan?!" Tanya aku dengan nada marah.
"Aku cuma nak bagi balik buku nota yang kau tinggalkan atas meja belajar aku semalam. Nah, ambik balik ni!" Jawab abang Haruto dengan modnya tak baik sambil menghulurkan buku notaku kepada aku. Tanpa aku membuang masanya, aku mengambil buku notaku darinya.
"Cepatlah, budak! Tercegat apa lagi tu, cepatlah! Nanti kitorang tinggalkan kau, kan!" Kata abang Haruto.
"Janganlah kasar sangat dengan Haruka, Haruto." Abang Hiroto berkata begitu kerana kesiankan aku. Walaupun dah 5 tahun berlalu, kehidupan aku berubah sedikit demi sedikit.
•••
Aku ada 6 adik-beradik termasuk aku. Abang pertama, Tachibana Haku,25 tahun, seorang doktor dan suatu hari nanti, dia akan jadi ketua keluarga Tachibana. Dia serius lakukan kerja tapi mesralah juga dengan semua orang.
Abang kedua, Tachibana Hayama, 23 tahun, seorang tukang masak di restoran kawannya. Orangnya peramah, jujur dan prihatin.
Abang ketiga, Tachibana Hiromi, 20 tahun, penjaga kaunter peminjam buku di perpustakaan awam. Dia suka suasana yang tenang, kuat membaca novel ringan, kadang-kadang susah nak berbual lama dengannya.
Abang keempat, Tachibana Haruto, 18 tahun, ketua pasukan B di Akademi Yuu. Seorang yang selalu bad mood, serius, garang tapi penyayang. Abang Haruto tidak mahu berbaik dengan aku sebab aku seorang budak perempuan yang memiliki rambu putih seperti salji dan ada sebab yang lain.
Abang kelima, Tachibana Hiroto, 17 tahun, pelajar biasa di sekolah menengah tinggi. Abang Hiroto tidak pernah kena marah dengan ayah kerana abang Hiroto budak manja, baik hati, taat kedua ibu ayah dan lemah-lembut. Dia juga tidak dibenarkan untuk melakukan kerja berat seperti angkat barang yang berat, memegang pedang dan sebagainya kerana badannya lemah sejak lahir lagi.
Akhir sekali, adik bongsu iaitu aku, Tachibana Haruka, 15 tahun, pahlawan pedang dalam pasukan D. Aku seorang baik, suka benda comel, kadang-kadang aku terlalu serius dingin dan nakal.
•••
Sesampainya aku di hadapan pintu pagar Akademi Yuu, aku melambaikan tangan kananku kepada abang Haruto dan abang Hiroto. Abang Hiroto membalas lambaianku, namun abang Haruto tidak. Dia hanya tersenyum kemudian dia bermuka serius.
"Cepatlah, Hiroto! Nanti aku masuk lambat ke kelas aku!" Abang Haruto ingin cepat kerana pada hari ini, dia kena menyampaikan pembentangannya di hadapan rakan-rakan sekelasnya.
"Baiklah, Hiro datang ni~ Oh, Haru! Abang Hiro dengar yang kelas kamu akan dapat pelajar baru. Jadi, berkawan baik dengan pelajar baru tu, ye," kata abang Hiroto sambil membelai rambutku. Betul tu, hari ni, pelajar baru akan menyertai aku dan rakan-rakan sekelasku dalam pembelajaran, latihan perlawanan dan lain-lain. Tak sabar rasanya.
•••
"Ohaiyo, Haru-chan!" Sapa seorang remaja perempuan yang berambut merah jambu yang panjang sehingga pada paras pinggang manakala matanya biru laut. Aku yang baru sampai di tempat dudukku hanya mengangkat tangan sebagai tanda selamat pagi.
"Jadi, kau rasa macam mane rupa pelajar baru tu? Comel, kacak ataupun dingin macam kau?" Ayat terakhir remaja perempuan itu seperti menyindir tetapi aku tak kisah.
"Macam mana kau tau pelajar baru tu lelaki? Entah-entah dia tu perempuan?" Tanya aku kerana remaja itu betul-betul yakin bahawa pelajar baru itu adalah seorang lelaki.
"Pasal tu...tadi aku terserempak dengan Setsuna-sensei. Lepastu, aku tanyalah dekat sensei pasal pelajar baru tu. Tapi...bila cakap pasal pelajar baru tu, tiba-tiba Setsuna-sensei buat muka pelik... Sensei cakap, 'pelajar baru tu lelaki dan kawaii~ Wah, budak tu memang comel~!' Itulah sensei cakap dekat aku lepastu pergi entah ke mane?" Remaja perempuan itu berterus-terang kepada aku hal yang sebenar.
"Kenapa dengan Setsuna-sensei jadi macam tu, Akina?" Tanya aku dengan hairan.
"Haish~ Kalau aku tau, dah lama aku bagitau," remaja perempuan itu, Akina berkata dengan suara lemah.
---•---•---•---•---•---
Bersambung...

VAMPIRE {Malay}Where stories live. Discover now