Langkah Merangka Plot Cerita

262 27 1
                                    

Semasa di sekolah, kita ada belajar bahawa jalan cerita dapat dibahagikan kepada pengenalan/pembukaan, perkembangan, klimaks dan pengakhiran/peleraian. Samalah dengan halnya dengan Ten-Scene Plotting Tool ini. Kita akan menyusun 10 adegan penting sepanjang jalan cerita berdasarkan panduan dalam carta.

Secara dasarnya, bahagian ini mengajar kita untuk fokus pada perenggan kedua daripada langkah sebelumnya iaitu pada
3 bencana yang sudah kita rancang.

Carta ini sebenarnya satu corak/struktur/corak/template plot seperti ini. Lebih kurang, ia dipanggil 'Hero Journey';

Pengenalan:
Pada mulanya, watak utama menjalani hidupnya yang normal seperti biasa.

1. Tiba-tiba, ada sebuah peristiwa yang mencetuskan perubahan dalam hidup watak utama dari keadaan sebelumya (inciting incident).

2. Hal itu telah memaksa watak utama untuk bertindak dan melakukan sesuatu (Call to action).

3. Namun, perkara menjadi semakin sulit apabila ada masalah yang timbul (Compilcation).

4. Watak utama mengambil keputusan untuk pergi bertindak lebih jauh untuk menyelesaikan masalah itu (Point of no return).

5. Bila penyelesaian yang diambil tidak mendatangkan hasil, mereka harus mempertaruhkan sesuatu untuk risiko yang lebih tinggi (Higher stakes).

6. Usaha mereka mula menampakkan hasil. Tapi, rupa-rupanya itu berakhir kegagalan yang cukup mengecewakan. (False progress)

7. Akibatnya, watak utama menderitai beberapa kesan yang mendalam daripada kegagalan itu (Major setback).

8. Masih belum mahu mengaku kalah, watak utama mempertaruhkan segala-galanya untuk percubaan kali terakhir (Final push).

9. Ketika inilah klimaks terjadi! (Climax) Titik paling tinggi dalam 'gunung' jalan cerita.

Akhirnya, peleraian pun berlaku selepas klimaks. (Ending/Aftermath)

Penutup:
Apakah akhir dari semua cerita ini? Watak utama kembali ke kehidupan asal, tapi dengan perubahan baru (ataupun mengikut kreativiti kamu).

Dapat ideanya?
Semoga bermanfaat!

LATIHAN PRAKTIKAL■
Kembangkan 3 rangka besar kamu dengan menggunakan teknik Hero Journey ini.

1. PREMIS
Seorang detektif yang tanpa rela dijadikan cyborg oleh sebuah organisasi gelap dan dipaksa melakukan jenayah

2. TIGA RANGKA BESAR

A. Situasi Atau Masalah
Detektif bangun-bangun mendapati badannya sudah menjadi cyborg yang dikawal oleh 'Organisasi' yang menjadi suspek kes yang disiasatnya

B. 3 Konflik
☆ Dia dipaksa menjadi mata-mata di dalam pejabat polisnya sendiri dan melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai moralnya sebagai pegawai polis.
☆Dia diam-diam meninggalkan petunjuk apa yang berlaku kepadanya supaya pasangan sekerjanya tahu.
☆ Malangnya, itu menyebabkan nyawa pasangannya di dalam bahaya kerana diculik oleh 'Organisasi'.

C. Penyelesaian Konflik
Menyangka detektif ini sudah tunduk di bawah telunjuk mereka, organisasi itu membuat kesilapan sehingga membolehkan detektif ini melawan balik dan menewaskan mereka.

3. PENGEMBANGAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK HERO JOURNEY

▪ INCITING INCIDENT
Detektif yang bijak berjaya mengesan markas penjahat dan sempat mengumpulkan bukti kukuh untuk menghancurkan organisasi penjahat. Ini ialah kejayaannya yang terbesar. Namun, belum sempat dia kembali, dia telah ditangkap dan tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja, dia mendapati tangan dan kakinya telah digantikan dengan prosthetic dan ada implan di dalam tengkuknya. Dia telah menjadi cyborg yang dikawal oleh organisasi penjenayah itu.

CALL TO ACTION
Dia hanya berbohong mengatakan dia akur kepada mereka. Namun, sebaik sahaja mereka melepaskannya, dia segera cuba mendapatkan bantuan.

COMPLICATION
Ternyata, ia tak semudah yang dia sangka. Detektif tiada pilihan lain selain menjadi agen dua muka yang mengkhianati rakan sekerjanya yang lain atau, semua yang dia kenal akan dibunuh. Lebih parah apabila ternyata organisasi itu memperhatikan gerak-gerinya. Detektif ini tiada pilihan lain selain patuh.

POINT OF NO RETURN
Dia akhirnya memilih untuk mengkhianati seluruh pejabat polis itu. Membocorkan rahsia polis kepda organisasi, memadamkan bukti dan melakukan semua jenayah yang dia pernah bersumpah tidak akan lakukan. Semakin lama tangannya semakin kotor. Dia takkan diterima oleh masyarakat jika apa yang telah dilakukannya diketahui oleh ramai. Keputusan yang diambilnya salah.

HIGHER STAKES
Bila solusi yang diambilnya gagal, dia terpaksa mengambil risiko yang lebih tinggi. Meletakkan nyawa partnernya yang sangat mempercayainya sebagai pertaruhan. Dia meninggalkan hint demi hint pada partnernya itu tentang situasi yang menimpa dirinya.

FALSE PROGRESS
Partnernya mula mendapat lead kepada kes yang sedang terjadi sehinggalah dia hampir melakukan apa yang detektif harapkan. Sedikit lagi, dia akan terselamat. Tapi silap. Organisasi itu tahu apa yang dia rancangkan, partnernya ditangkap dan mereka berdua diseksa.

MAJOR SETBACK
Partnernya nyawa-nyawa ikan dan dia menderita. Organisasi berniat menggunakan pula badan partnernya itu sebagai ujikaji haram mereka yang seterusnya. Detektif diberi amaran, jika dia cuba berbuat pelik-pelik lagi satu demi satu rakan sekerjanya akan alami nasib sama. Dia dilepaskan dengan menanggung beban dan penyesalan yang hebat. Tekanan dan kemurungan. Hampir membunuh diri.

FINAL PUSH
Kerana maklumat yang organisasi itu dapat daripadanya, kejahatan semakin berleluasa di kota itu. Seluruh pejabat polis buntu, tidak dapat menemui penyelesaian dan masyarakat semakin tidak tenang. Detektif sudah menjadi anjing organisasi itu, seolah-olah sudah hilang niat untuk menegakkan keadilan. Ini menyebabkan organisasi itu leka dan pengawasan terhadap detektif mengendur. Ketika inilah, detektif tiba-tiba bangkit melawan.

CLIMAX
Membebaskan dirinya daripada implan yang mengawal tubuhnya, Detektif menggunakan kekuatannya sebagai cyborg untuk menentang balik organisasi itu, mengalahkan satu demi satu penjenayah. Dia mencari bos organisasi untuk melunas dendamnya. Tapi, plot twist, partnernya berdiri di situ sebagai pengawal big boss. Robot-like. Partnernya menyerangnya tanpa belas kasihan. Detektif terdesak. Tiada pilihan lain selain... membunuh partnernya sendiri.

ENDING
Dia akhirnya dapat menangkap ketua penjenayah itu. Tetapi, menyedari membunuhnya tidak akan setimpal dengan seksa yang telah dialaminya. Dia membiarkan penjenayah itu hidup dan menyerahkannya pada pihak polis... dengan tangan dan kaki yang dislocated.

AFTERMATH
Dia menghadapi perbicaraan atas semua jenayah dan dilakukannya. Jasa-jasanya ketika menjadi detektif manusia yang cemerlang padam sama sekali dek jenayah itu. Ketika itu, dia sudah mati rasa untuk hidup. Hanya memikirkan penyesalannya kerana membunuh partnernya sendiri.

Kompilasi Tips Penulisan IBCWhere stories live. Discover now