LEYA ERENA PART 1

1.4K 43 4
                                    

PART 1

LEYA

Pagi yang mendung. Begitu juga la mendungnya hati sa. Bukan setakat mendung lagi kalau hati sa ni. Kilat, petir, ribut, tsunami, semua sa rasa sekarang.
Hati anak mana yang nda sedih bila di jadi kan mangsa untuk bayar semua hutang mama sama bapa sa yg kuat berjudi.
Sa berdiri dan pandang muka sa di depan cermin. Make up, dress sexy macam ni. This is not me.

'Apa la yang mau jadi sama sa? '

'macam mana hidup sa nanti? '

'Sa tidak sangka mama sama bapa sanggup buat sa mcm ni.'

Persoalan demi persoalan terlintas di hati sa. Airmata mula bertakung. Pandangan sa pun sudah berkaca.

"kau persiapkan diri kau. Hanya kau saja harapan kami untuk lunaskan hutang kami. Bukan kau buat apa pun. Jadi bini dia saja. Layan dia, Ikut apa yang dia mau." Kata mama tanpa ada rasa bersalah.

"Suda siap ka? Cepatlah! Pakai baju yang mama kau sediakan. Tu Ayden tunggu kita suda. Lambat nanti kena putung pula kepala kami." Ujar bapa sambil menghisap rokoknya.

Apa yang ada di hati sa sekarang adalah rasa benci pada dorang.
Mama bapa apa yang sanggup jual anak untuk bayar hutang judi dorang?! Sedangkan binatang pun sayangkan anak..

"Sa sudah siap. Sa nda sangka kamu buat sa mcm ni. Kenapa kita nda bole hidup macam keluarga org lain?  Sa ni bukan anak kamu ka?" Sa pandang tajam mama sama bapa sa. Airmata suda jatuh membasahi pipi sa.

"Kau jangan banyak tanya sana la. Kami suda susah² kasi besar kau. Sekarang, kami tengah susah, kau balas lah balik budi kami!" Tutur bapa dengan gaya lagaknya. Sa pandang mama meminta simpati, tapi hampa. Mama terus bangun dan berlalu keluar dari bilik.

Uk Club,
Ayden

Setiap pelusuk dan sudut yang ada di dalam Uk Club sa perhati dengan teliti. Semuanya pun under control.
Music kuat di mainkan dan setiap manusia menari seakan hari esok tiada lagi.
Sa adalah anak yatim dan jalanan. Tiada siapa² di dunia ni kecuali Bryan.
Bryan umpama abang yang sentiasa ada utk melindungi sa. Sa jumpa Bryan masa Bryan cuba bunuh diri di dalam toilet club sa. Semuanya sebab perempuan.

" Mana suda tu dua orang tua ? Kata mau datang. Ini sudah jam 9pm. Sa banyak kerja lagi mau buat " Soal sa pada Bryan..

" Tadi dorang ada call, dorang cakap sekejap lagi sampai. Kau betul² ka mau ambil tu anak dia ?  Hutang dia bukan sikit tau. 200k. Kau rasa berbaloi dia lunaskan hutang dgn serah anak dia? "

" Mau buat mcm mana ?  Dari kita nda dapat duit langsung, bagus ambil saja anak dia. Sekurang²nya kita boleh jual. "

" Sa paling malas terlibat sama perempuan. Ikut kau saja la mau buat apa. "

LEYA

Sa duduk di tepi tingkap kereta. Sa perhati pokok² berlalu..
Sekejap lagi hidup sa akan hancur.
Di serahkan sama orang yang sa tidak kenal.
Sa pejam mata..airmata sa jatuh ke pipi.
Sa amati lagu Tomorrow by Avril yang sa dengar.
Kena betul lagu ni sama sa sekarang.
'Ya Tuhan, jika ini yang Engkau takdirkan, sa akur. Hanya satu sa pinta, lindungilah sa Tuhan'
Doa sa dalam hati...

🎵🎶🎵🎶
I don't know how to feel,
tomorrow, tomorrow,
I don't know what to say,
tomorrow, tomorrow
Is a different day
🎵🎶🎵🎶

UK CLUB
" Sa mau jumpa tu bos kamu si Ayden. Kami ada temujanji " bilang bapa sa sama tu pengawal.
Sa tinguk tu pengawal terus bertelefon dan mengangguk² tanda dia faham.

" masuk. Bos Ayden di office. "

Sebelum masuk kami kena check satu². Bodyguard dia pun ada perempuan ada lelaki.

' siapa lah si Ayden ni ?  Orang tua ka ? Mudah²an la dia tergerak hati ambil sa jadi maid dia seja '
Doa sa dalam hati lagi.

Bapa sa ketuk tu pintu office.

" masuk " tegas suara sa dengar.

Kami semua masuk. Sa berdiri di tengah² antara mama sama bapa sa.
Sa nda mau tinguk sapa². Sa tunduk ja..
Hati sa hancur, sedih, mau menjerit, mau menangis..tapi nda da guna lagi.
Sebab sekejap lagi sa akan bertukar milik.

AYDEN

" masuk " sa cakap bila dengar bunyi ketukan pintu.

Dorang bertiga terus maju dan berdiri di depan meja sa.

" Boss, inilah anak sa tu. Ambil la dia sebagai bayaran hutang² kami " bilang ni aunty tua

' pak, pak, pak, pak '

Sengaja sa tepuk tangan sebab dari tadi sa tengok anak perempuan dorang tunduk saja.

"Sa tidak sangka ada jugak orang tua yang nda sayang anak. Kamu siuk² berjudi, berhutang, anak kamu pulak yang jadi mangsa"

" tidak kira la boss. Kalau boss ambil dia, kira langsai la hutang kami "

Dia masih tunduk. Sa terpaku tengok dia. Berambut pendek sampai bahu. Dengan dress hitam yang agak sexy.
Jelas nampak dia nda selesa bila dia tertarik² kain di paha nya.

' cantik ' bicara hati sa sendiri.

" sa akan ambil dia tapi dengan syarat sa tidak mau tengok muka kamu dua lagi di sini. Jangan berani² tunjuk muka kamu di sini even bayang² kamu pun. Dan satu lagi, kamu sudah tiada kaitan sama dia "

" Ok boss, kami janji. Kami tidak akan tunjuk muka kami di sini lagi. Leya, kami pergi dulu. Kau pandai² ya. Jangan cuba² lari. Kalau nda nanti kami punya kepala kena potong !  "

Dasar bapa nda guna. Kau main judi, anak kau yang jadi mangsa. Panas pula hati sa tengok orang tua macam ni.

" sudah, kamu dua keluar sekarang. " usir sa

LEYA

" Ok boss, kami janji. Kami tidak akan tunjuk muka kami di sini lagi. Leya, kami pergi dulu. Kau pandai² la. Jangan cuba² lari. Kalau nda nanti kami punya kepala kena potong !  "

" sudah, kamu dua keluar sekarang. "

sampai hati bapa sama mama buat macam ni. Airmata yang sa tahan² tadi suda jatuh bercucuran.

Sa masih tunduk. Takut sebab tinggal berdua dengan Along.
' Tuhan, lindungilah sa '
Itu lah doa sa berulang kali. Tiada apa lagi yang sa boleh buat melainkan berdoa.

" Kau boleh angkat kepala ka ?  Dari tadi sa tengok kau tunduk saja "

Sa tidak tunggu lama. Sa terus angkat kepala dan pandang dia.
Sa lap airmata sa di pipi..

Sa tengok dia lama. Badan dia macam kaku, mata dia nda berkedip.

' Ya Tuhan, kenapa sama Along ni ?  Mati la sa lepas ni..lindungi sa Tuhan '
Hati sa mula berdoa lagi...

To be continued..

LEYA ERENAWhere stories live. Discover now