CHAPTER 9- TERIMA KASIH

Comincia dall'inizio
                                    

"Berani kau tarik rambut aku!"

"Tak sengajalah. Bukan sengaja pun. Alaaaaa..." aku menarik muncung panjang. Saja. Padahal memang sengaja pun aku tarik rambut dia.

Bunyi desiran air terjun kedengaran sayup-sayup dari jauh. Aku memasang telinga untuk memastikan yang aku dengar memang air terjun.

"Air terjun?" soalku. Indrawan menganggukkan kepalanya.

"Wahh, bestnya!" aku menjerit kegirangan. Uishhh, siapa yang tidak suka air terjun? Semua orang suka!

"Amboi, dengar bunyi air terjun terus sihat dah? Rasanya dah boleh jalan kaki sendiri, kan?" perli Indrawan. Aku menunjukkan muka masam.

"Eh, bukannya saya yang nak awak dukung saya. Awak yang beria-ia. Turunkanlah saya, saya boleh jalan sendiri," ujarku.

"Dahlah. Diam! Peninglah aku dengar kau membebel."

Mengecil mataku memandang dia dari belakang. Kalau boleh, mahu sahaja aku tarik rambutnya sekali lagi. Iyalah, siapa yang membebel lagi tadi sebenarnya ini? Aku atau dia?

Bunyi air terjun yang deras semakin kuat kedengaran. Ini bermakna kami semakin mendekati air terjun. Terhidu bau nyaman dari air terjun itu. Bunyi cicipan burung-burung juga kedengaran. Entah kenapa bunyi burung itu buat aku rasa takut. Mungkin kerana pontianak tadi datang bersama satu kawanan burung. Jadi aku rasa trauma. Tanpa aku sedar, aku memeluk kepalanya erat.

"Eh, kenapa ni?"

"Bunyi tu. Bunyi tu sama dengan  bunyi burung yang datang dengan pontianak tadi. Mungkin... Pontianak tu ada kat situ," kataku.

"Taklah. Tu bunyi burung biasa. Ini hutan kan, jadi biasalah bunyi burung begitu di sini. "

"Tapi, kat hutan pun ada air terjun, eh?"

"Kau ingat hutan tak ada air terjun. Lebih dari itu pun ada."

"Apa lagi yang ada?"

"Sungai, tasik. Semua tu ada," balas Indrawan. Aku membulatkan mata. Sungai? Setahu aku dekat-dekat dengan universiti aku tiada sungai. Apatah lagi tasik.

Tapi entah kenapa pertanyaan itu seolah-olah melekat di kerongkongan. Aku hanya terdiam.

"Kita dah sampai," kata Indrawan lalu meletakkan aku di atas sebuah batu besar di tepi air terjun.

Aku melihat sekeliling, terdampar satu keindahan yang tidak mampu aku ungkapkan. Air terjun yang mengalir deras itu kelihatan berkilauan apabila permukaan airnya dibias dengan sinaran matahari. Warna-warna pelangi terbit di balik air terjun itu. Air terjun itu putih bersih dan tampak lut cahaya, sehingga batu-batu di balik air terjun itu kelihatan.

Sebenarnya, di balik air terjun itu bukanlah batu semata-mata. Ia ibarat sebuah gua kecil yang tersorok. Mungkin boleh muat seorang atau dua sahaja.

Dari air terjun itu, wujud sebuah sungai di bawahnya. Airnya masih putih jernih. Seolah-olah tidak pernah terkena pencemaran langsung. Ikan-ikan jelas kelihatan berenang-renang di air sambil mengelak batu-batu besar. Ikan yang berwarna-warni dan bermacam-macam jenis itu ibarat sedang menari-nari seiring mengikut rentak air yang mengalir.

Aku memandang Indrawan yang sedang membuka lilitan kain pada kepalanya dan membasahinya dengan air sungai. Selepas itu dia mendekatiku dan mencangkung betul-betul di hadapanku.

"Eh, kenapa ni?" aku mengesot ke belakang sedikit dengan wajah pelik.

"Diam- diam!"

Kain basah itu dilapkan ke wajahku yang penuh dengan lumpur dan darah. Sesekali aku menyeringai kesakitan apabila tuala basah itu mengena pada luka di wajahku.

"Tak payahlah, biar saya buat sendiri," kataku lalu mencapai tuala itu.

"Kau nak duduk diam ke atau aku ikat?" ugut Indrawan pula. Terus aku diam membatu dan merelakannya mengelap wajah dan lenganku yang kotor.

Tatkala itu hanya satu yang aku ingat. Sentuhan ini. Dahulu, aku pernah merasakan sentuhan lembut ini. Kerinduanku padanya semakin meluap-luap. Setitik air mata jatuh dari tubir mata.

"Ibu."

TERSESAT KE ALAM BUNIANDove le storie prendono vita. Scoprilo ora