#MLT7:NEW DAYS

60 7 6
                                    

"MIKO!!" Naomi mengetuk pintu bilik Miko dengan kasar. Adakalanya dia menendang pintu itu juga. Nasib tidak pecah.

"BANGUNLAHH NANTI KITA LAMBAT!!" Naomi terus mengetuk pintu tanpa dia sedar ada seseorang di belakang dia.

"Yang kau memekak kat depan pintu aku ni kenapa?" Miko sedang mengacau air Milo di dalam cawan. Naomi tercengang kerana Miko sudah siap dengan baju sekolah dia manakala dia masih dalam baju tidur.

"Aku fikir kau belum bangun lagi. Hehe.." Naomi tersengih sambil menggaru kepalanya. Miko hanya memutarkan bola matanya.

"Dah pergi siap aku dah siapkan sarapan tu." Miko terus pergi ke dapur semula.

"Awal gila.." monolog Naomi. Dia terus ke bilik dia.

10 minit berlalu, Naomi keluar dengan baju sekolahnya yang lengkap. Kelihatan Miko sudah siap bersarapan dan sedang baca buku di sofa. Naomi terus ke dapur dan bersarapan.

"Cepat dah pukul 6.45 a.m ni.." kata Miko sambil baca buku. Naomi terus berlari keluar dari dapur dengan mulutnya masih memegang sekeping roti dan terus ke bilik. Miko terkejut dan terus menutup buku dia. Beg disandang olehnya.

Kasut coklat disarung oleh dia. Kelihatan Naomi pun sudah siap dan memakai kasut dia juga. Mereke berdua terus turun dan menuju ke sekolah.
____________

"Fuhh.. nasib sempat!" Naomi mengelap air peluh dia kerana hampir-hampir terkurung di situ.

"Tulah sape suruh lambat lagi." Selamba sahaja Miko cakap. Naomi hanya memberi pandangan tidak puas hati sahaja.

Kini, mereka berdua sudah pun tiba di hadapan pintu sekolah. Bangunan yang mirip dengan istana tersergam indah apabila disinar cahaya pagi.

"Dah jom masuk." Miko mengangguk. Mereka berdua berjalan menuju ke bangunan kelas mereka.

"Baiklah! Ni kelas aku. Kelas kau selang 3 je dari kelas aku. Ooh mungkin lepas ni ada cikgu suruh semua pergi dewan tunggu aku kat sini tau." Naomi menunding jarinya ke kelas Miko sambil memberi info tambahan kepadanya.

"Huh? Ada apa nak pergi dewan?" Naomi menggeleng.

"Dah nanti cikgu kau akan sampai. Jaa~ mata ne.." Naomi melambai. Miko membalas sambil berjalan menuju ke kelas dia.

"Naomi kata kelas aku selang tiga kelas tapi kenapa macam jauh je.." Miko terus berjalan.

Satu kelas dah berlalu,

Dua kelas berlalu,

"Huh.. huh.. kenapa.. kenapa aku dapat sekolah yang kelas dia besar macam dewan kuliah siot.." Miko tercungap-cungap. Tangan dia memaut sebatang besi di dinding yang seperti pemegang.

"Akhirnya sampai juga.. eh cikgu takde lagi ke? Hurm tunggulah." Miko baru sahaja mahu pusing ke depan setelah menjenguk sedikit kelas dia. Tiba-tiba satu sosok badan muncul di depan Miko. Dia terkejut dan hampir terjatuh.

"Tau terkejut.. hihi.." Rupanya Kuro berada di belakang dia.

"Tak baik lah akak! Ehh akak buat apa kat sini?" Miko membetulkan posisinya yang hampir senget. Kuro yang berada di hadapan dia memegang bahunya dan menolak masuk ke kelas.

"Ehh Miss Kuro dah sampai! Bangun!" Seorang ketua kelas bangkit dan memberi arahan kepada pelajar yang lain. Semua berpusu-pusu menuju ke arah tempat duduk masing-masing dan berdiri tegak.

"Selamat pagi Miss Kuro!" Ketua kelas itu memberi salam kepada Kuro. Pelajar-pelajar yang lain juga memberi salam yang sama.

"Duduk semua. Kamu semua pernah dengarkan yang kita ada pelajar baru nanti. Ini dia. Miko sila perkenalkan diri kamu." Miko mengangguk dan berganjak ke hadapan sedikit.

"Nama aku Asune Himiko. Kamu semua boleh panggil aku Miko. Selamat berkenalan." Miko menunduk hormat di hadapan mereka. Segelintir pelajar mula berbisik antara satu sama lain.

Perperangan lagi ke nanti..

"Terima kasih Miko kamu boleh duduk di tepi tingkap itu." Miko mengakur dan terus ke tempat duduknya yang baru.

Beg diletaknya di tepi meja dia. Buku dan kotak pensel dikeluarkan daripada begnya. Telinga dia sentiasa pasang dan terdengar bisikan dari sekumpulan pelajar perempuan di sebelah dia.

'Rambut dia putih mesti pelikkan. Haha'

'Dari segi perwatakan dia aku rasa dia ni golongan bawah.'

'Sekejap kalau dia kat bawah kita mesti dia kat bangunan lain kan kenapa kat sini?'

'Cikgu salah letak lah tu. Haha'.

'Bising betul lah' monolog hati Miko. Telinganya mampu dia pekakkan sahaja daripada geng makcik-makcik bawang sedunia antarabangsa sahaja.

30 minit sudah berlalu, gosip tentangnya masih tidak hilang. Susah kalau makcik-makcik bawang ni dapat topik hangat sehangat cinta dia dengan bawang.

"Ok murid-murid. Setakat ini sahaja. Sekarang kemas barang-barang kamu dan terus ke dewan kerana kita akan adakan ujian untuk mencari team S.U.R.V.I.V.E kita. Ayoh cepat." Semua orang pantas mengemas barang mereka dan membawa sehelai baju t-shirt bersama mereka.

Kesemua murid sudah memakai baju t-shirt mereka yang disalin di tempat persalinan di belakang kelas mereka. Miko terus pergi ke kelas Naomi. Perjalanan satu marhalah dia bermula sekarang.

"Miko!" Naomi melambai tangannya apabila dia ternampak Miko. Terus dia mencapai ke Miko yang sudah hampir pengsan.

"Asal lemah je ni?" Miko mengambil nafas dia dan terus memandang Naomi dengan muka tidak puas hati.

"Kau tau tak jarak kelas kau dengan kelas aku macam Perlis-Johor je." Naomi mengetuk kepala Miko. Tiba-tiba Naomi mengipas-ngipas tangan dia.

"Kau nak menipu agak-agak ah. Dan keras gila kepala kau!" Dia meniup tangan dia. Miko hanya menjeling dia sahaja.

"Wehh asal si budak hantu tu kawan dengan Naomi?? Dia kan anak pahlawan terbilang gemilang cemerlang ni! Haishh berita sensasi nii!! Hangat!!"
Tiba-tiba seorang member makcik bawang antarabangsa lalu dan terjerit-jerit macam orang terlepas dari Tanjung rambutan.

"Susah kalau ada persatuan makcik-makcik bawang bersatu ni..." Naomi mengangguk dengan pendapat Miko.

"Dah lah jom pergi cepat. Tak yah layan bukan dapat pahala pun." Miko mengangguk dan mereka berdua terus berjalan menuju ke dewan.

"Naomi.. team S.U.R.V.I.V.E tu apa?" Naomi terkejut. Dia terus memandang Miko.

"Itu adalah pasukan yang menjalankan misi secara rahsia dan juga barisan pertahanan sekolah kita. Setiap tahun dia akan mencari ahli baru." Panjang lebar Naomi bercerita. Miko hanya mampu ber-ooh sahaja.

Kini mereka berdua sudah pun berada di dewan. Kesemua pelajar beratur mengikut tingkatan masing-masing. Miko dan Naomi berdiri bersebelahan. Pengetua mereka menaiki pentas dan memberi sepatah dua kata. Tapi kenapa macam dua patah dibahagi kepada enam belas je..

"..Saya harap pencalonan ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mengelak daripada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Sememangnya dua ahli sudah terpilih tapi ianya tidak cukup untuk menjalankan misi mereka. Sekian itu sahaja." Pengetua mereka turun dari pentas dan Kuro pula menyambung majlis itu.

"Muda betul pengetua korang eh."

"Nampak je muda tapi dah 500 tahun weh.." Mata Miko membulat serta merta dan terus memandang ke hadapan.

"Baiklah ujian mencari Team S.U.R.V.I.V.E bermula sekarang!!" Semua murid bersorak dengan kuat dan lantang.

'Bosannya'

Tbc..

Rajin pulak Ey menaip agagaga!!😂😂

Ok nantikan chap terbaru!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Little Twin(H.I.A.T.U.S)Where stories live. Discover now