♛Bab 1♛

697 4 0
                                    

Selepas balik daripada shopping, Liesha terus meluru masuk ke biliknya dengan mengangkat beberapa barang yg telah dibelinya.

"Mama, mama ada masak apa-apa tak malam ni?" tanya Liesha yang baru sahaja habis mandi.

"Ada. Apa pulak takda. Mama masak special malam ni." Jawab Puan Sri Aida, ibu kepada Liesha.

'Mama masak special ? Ade tetamu ke nak datang?' detik hati Liesha.

"Malam ni ade tetamu nak datang rumah kita. Hah! Liesha pergi lah siap cepat. Nanti nak kena sambut tetamu pulak. Liesha kena ingat, Liesha je satu-satunya anak ibu. Jangan bagi tetamu nampak Liesha belum bersiap lagi. Malu nanti". arah ibunya yg sedang bercekak pinggang sambil memandang wajah anak perempuannya itu.

"Beres ma'am besar"gurau Liesha sambil gelak dengan karenah ibunya yang sudah lama tidak memarahinya.

♛♛♛♛

Kedengaran dari luar bunyi kereta kedengaran. Keluarga Liesha terus ke luar dimana mereka ternampak Dato'Harun dan anak lelakinya keluar dari kereta mewah BMW bewarna hitam.

Dato'Harun terus menyapa Tan Sri Sulaiman ayah kepada Liesha. Ternyata tetamu mereka adalah kawan lama kepada ayahnya yang pernah menjadi rakan sekerja ayahnya di Francis dulu.

"Apa khabar sekarang ni Dato? Sihat ke? Lama kita tak jumpa"sapa Tan Sri Sulaiman.

"Saya, macam ni lah. Sihat je. Cuma ada lah sekali-sekala sakit ringan tu." Jawab Dato'Harun dengan senyum sekali.

Puan Sri Aida menjemput Dato'Harun dan anaknya ke dalam Vila mereka dengan penuh ramah.

Mereka pun sama-sama masuk ke dalam Vila Tan Sri yg cukup besar itu.

Tiba-tiba Puan Sri Aida mula membuka bicaranya dan mengacukan soalan kepada Dato'Harun. "Dato, ini anak Dato ke?"
Dato'Harun mengangguk dan memperkenalkan anak tunggalnya yang bernama Nazmi.

"Ini Nazmi. Nazmi ni memang pendiam sikit lagi-lagi bila tiada sesiapa yang menyoalnya." Dato'Harun memperkenalkan anak tunggalnya kepada mereka.

Setelah selesai bersiap, Liesha pun meniti anak tangga untuk turun ke bawah bersama keluarganya. Dia tidak tahu yang tetamu sudah pun sampai di Vila mereka.

"Haih, Liesha. Baru siap ke? Tetamu dah sampai baru nak turun" sinis sekali kata-kata ayahnya terhadapnya.

"A-ahh la pa, girls kan ambik masa lama nak bersiap, so papa relax lah" jawab Liesha tanpa menghiraukan tetamu mereka. Liesha memang seorang yang nakal kekadang macam perangai budak-budak pun ade tapi, hati dia baik.

"Liesha tolong buatkan air untuk tetamu kita ni sayang, eh"? arah ibunya dengan senyuman yang menyenangkan sekali.

"Ok! No problem. Air ape, cakap je. Biar cef Liesha ni buatkan." Walaupun Liesha anak orang kaya, namun dia tidak mengabaikan kerja di rumah. Dia juga minat untuk memasak. Untunglah sape dapat Liesha dijadikan isteri. Tapi, Liesha ni sukar nak berkenalan dengan lelaki sebab dia ni suka bersangka negatif sikit. Maklumlah pernah kena game dengan mamat mana yang sanggup tinggalkan dia dulu, sebab tu dia tak percaya dengan lelaki di dunia ni.

"Anak you ke? Cantik!" Tanya Dato'Harun.

"Ye, anak tunggal saye. Degil budaknya." jawab Tan Sri Sulaiman sambil senyum.

"Air dah sampai. Jemput minum." jemput Liesha sambil meletakkan dulang air di atas meja.

Nazmi memerhatikan tingkah laku Liesha yang cukup cantik dengan rambut panjangnya yang lurus, mata yang bulat dan bersinar serta mempunyai lesung pipit di pipi kananya.

Namun lamunan Nazmi terhenti apabila Liesha mula beredar keluar untuk mengambil angin di tepi swimming pool mereka. Liesha duduk di tepi kolam tersebut sambil menghirup udara segar malam.

Nazmi memulakan langkahnya untuk ke arah Liesha yang santai sahaja duduk disitu. Nazmi berdiri tidak jauh dari kedudukan Liesha. Dia berasa bosan dan tiba-tiba ada keinginan untuk berkenalan dengan Liesha. Walaupun dia digelar Encik Sombong oleh rakan-rakannya, namun hatinya tiba-tiba terbuka untuk menyapa gadis itu.

Liesha memandang Nazmi dengan keningnya diangkat sebelah tanda pelik.

'Apehal pulak mamat ni buat kat sini? Bukan dia ade kat dalam tadi ke? Perosak udara betul lah mamat ni. Tapi hensem juga kan?hehehe' tanda tanya bermain di minda Liesha.

"Hai, awak buat ape kat sini?" tanya Nazmi dengan muka serius sangat.

"Ehh aq tengah menari sini. Joget-joget, kau nak ikut ke?" jawab Liesha dengan nada yang malas untuk melayan lelaki itu.

"Amboi, orang tanya betul-betul..kau main-main pulak. Kau ingat aku hadap sangat perangai kau tu? Tolong sikit ehh!" Tegas Nazmi

"Oii, kau tak nampak ke aku tengah buat ape sini? Yang kau sibuk sangat nak sakitkan hati aku ni kenape? Kau sakit jiwa ehh? Buta ke ape tak nampak aku tengah buat ape." Kesabaran Liesha tergugat bila dengar jawapan yang sinis itu tadi.

"Suka hati kau lah. Aku tak nak gaduh dengan kau sebab aku tak kenal kau. By the way, nama aku Muhammad Izna'azmi bin Muhammad Harun. Panggil aku Nazmi atau Naz aje. Tapi family aku je boleh panggil aku Naz, kau tak boleh. Nama kau ape?" dengan muka serious Nazmi memperkenalkan dirinya kepada Liesha.

"Hempphh! Aku Aliesha Alaina binti Sulaiman Kassim. Papa dan mama aku panggil aku Liesha. So, kau panggil aku Liesha jelah.

♛Mr. And Mrs. Ego♕Donde viven las historias. Descúbrelo ahora