BAB 2 KAWAN

1.1K 130 9
                                    

"Hurmm.. "

"Ifa? "

Panggil seseorang menyentakan Ayfa. Mata digosok, menyahkan kabur. Terkebil-kebil Ayfa memandang susuk tubuh yang lena dikerusi. Tanpa sedar, tanganya naik mengusap pipi Zack yang masih diuli mimpi.

"Kenapa awak lindungi saya? " gumamnya.

"Kenapa kau tak sedar kehadiran aku? Aku ni memang tak wujud eh dalam mata kau? " sampuk Mirana yang lemas dalam pelukan Ayfa. Nak drama pun lepaskan aku dululah!!

"ARGHH!! "

"MAKK!!! "

"MAMA!! "

Terkebil-kebil Mirana dan Ayfa mendengar Zack melatak 'Mama'. Selang beberapa saat ketawa dua gadis itu terhambur. Ayfa terkejut sebab Mirana, Mirana terkejut sebab Ayfa. Zack? Terkejut sebab diorang dua. Hahahaha, lawak betul muka! Anak Mama katakan. Zack dah merah muka menahan malu.

"Booo Zack! Hahaha. Dasar anak Mama ! Hahaha. " kutuk Mirana diatas badan Ayfa. Dek kerana bengang, Zack mengangkat Mirana lalu dibalingnya jauh! Kejam punya member! Ayfa pula dah tutup mulut apabila melihat mata Zack menyala merah.

'Aku ni dah lah spesies musang terancam. Kalau Mira bolehlah mendarat sempurna, aku ni? Mahu patah riuk. Aku tukar jadi musang pun lima bulan sekali. Tah-tah badan aku pun dah lupa macam mana nak tukar jadi musang.'

"Kau gelak, aku humban kau macam sahabat neraka kau tu. " ugut Zack dengan gaya ala-ala nak humban Ayfa. Ayfa yang gelabah terus paut leher Zack.

"Janganlah! Nanti kaki saya patah! Saya ni musang biasa aje kut! "

"Eh, okay apa kaki kau patah. Boleh aku kurung kau dalam bilik aku. Tak payah aku nak kongsi kau dengan sesiapa. Balik Uni aje, kau sambut. Tak gitu? "

Ayfa menumbuk bahu Zack geram. 'Bapak psycho mamat ni, fikir aku benda ke? '

Zack pula sengih nakal. 'Eleh, tumbuk pun tak serupa tumbuk, Pikir sakit?'

"Walaweh, boleh kena obes aku kalau hadap gula-gula moment dua orang ni. Betul tak Zarf? "

Zarf mengangguk setuju. Baru sampai. Tadi dia datang pun terkejut jugaklah, sebab alih-alih kepala dia jadi tempat landing Mirana. Selamat dalam bentuk musang, kalau manusia? Jahanamlah setiap struktur tubuh dia.

"Zarf! "

Panggil Ayfa lalu laju kaki berlari ke arah Zarf . Tangan pula naik melilit tubuh si jejaka. Zarf ketawa dengan telatah comel Ayfa. Diusapnya kepala gadis itu dengan senyuman manis. Zack yang melihat, buat muka.

'Sikit-sikit Zarf. Sikit-sikit Zarf. Bila aku pulak?'

"Woi Zack! Cepatlah! Nanti kelas dengan Prof Rayan. Lambat nanti kena tambah kerja! " Lamunan Zack hilang begitu sahaja apabila laungan Ayfa bergema. Zack mencebik tetapi diangkat juga kaki berjalan kearah rakan-rakanya.

"Lambatlah Zack ni, sian Mira. Merana dia sebab lambat jumpa Prof kesayangan. "

"Pale kau! "

Ayfa mengekek ketawa apabila mendengar bebelan gadis berambut ungu itu. Zack dan Zarf hanya mendengar dan ketawa dengan celote si gadis musang sehingga sampai di dewan kuliah.

"Aku tak suka dialah! Dia yang suka aim aku dalam kelas, pastu nak menggatal. Pikir orang suka? "

"Siapa yang suka aim dan gatal dengan awak tu Cik Mirana Mikaela? "

Nak tercekik Mirana apabila Prof. Rayan berpeluk tubuh dihadapanya. Serius aje muka. Boleh nampak jugaklah telinga jejaka 20-an itu merah.

'Nyesal pulak den pergi bukak pintu kuliah ni. Huhu.. Duhai pintu, mengapakah anda wujud?'

SERIGALA BERSAYAP [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang