Gegas seorang gadis berlari sepanjang koridor sekolah . Mengharapkan agar dirinya tidak kelewatan dan ditinggalkan. Tetapi itulah, dengan pemakaiannya yang berbaju kurung melambatkan pergerakannya. Kawan sekelasnya yang berjalan lemah lembut dihadapan pun semua ditolak ke tepi.
"Oi, Jangan la tolak-tolak Wawa oii!!" Nadanya separa meninggi menegur tetapi Wawa endahkan dan hanya sisipkan kata maaf ringkas sebelum meneruskan langkah. Tumpuannya adalah untuk cepat agar dapat bertemu dengan ayahnya yang sekian lama tidak berjumpa.
Sesampai sahaja dirinya di luar pagar, anak matanya liar mencari kelibat kereta yang dia kenali. Tetapi hampa, dia hanya mampu mengeluh panjang dan tersenyum kelat.
"Nampaknya.. aku terlepas lagi nak jumpa Walid.." Ujarnya dengan nada lemah, putus asa.
Ting! Ting!
Satu mesej ringkas masuk dan dia baca di skrin. Dari Walid..
From: Walid
Sorry Wa, but i need to catch up the next meeting in an hour later. Naik grab, i'll pay it back to you at home..
Wawa mencebik. "Kalau lah walid balik rumah.". Kemudian dia sisip telefon pintar ke dalam beg kecil setelah menempah Grab untuk ambilnya dari sekolah. Kerana perasaan hampa ni, Wawa membuat keputusan untuk melencong ke pusat beli belah daripada pulang ke rumah untuk menenangkan diri. Yelah, kalau balik rumah pun buat apa, sakit hati saja.
Beberapa minit menunggu, Driver Grab dah sampai di hadapannya . Tanpa berlengah Wawa terus masuk. Beg sekolah dia letak di sisi sebelum pandangannya beralih ke luar tingkap. Keluhan panjang sekali lagi kedengaran.
Ting! Ting!
satu lagi mesej ringkas masuk. Wawa melihat skrin telefon pintarnya dengan malas. Mata terbeliak setelah membacanya sebelum ketawa kecil.
"It such a coincedence that he will be there too" Gumamnya sendirian sebelum tersenyum lebar. Sekurang-kurangnya sakit hati ini pasal tadi tak lah melarat bila bersama si dia.
~~~~
Wawa berjalan-jalan di dalam mall, sambil matanya meliar mencari kelibat yang dikenali. Niatnya ingin membuat kejutan. Biar si dia terkejut dengan kehadirannya ini.
Sedang ralit mencari, matanya tertumpu pada sepolosok orang ramai yang berkumpul di pentas di tengah pusat beli belah tu. "Apahal tu.. ramai je orang..Ade artis ke ape ni!" Gumam Wawa sendirian. Dalam rasa curiga,matanya tetap mencari kalau-kalau si dia ada di kalangan orang ramai.
"Bulleyes! Itu punn kauu ea Alief!" Suara girang dan bernada perlahan. Nanti dianggap gila oleh orang lain pula kalau dia berteriakan dengan kuat.
Langkah Wawa laju ke arah Alief yang berbaju kemeja merah dan berseluar slack hitam. Alief berada jauh sedikit dari tempat orang berkumpul tu. Badannya disandar pada satu dinding. Dari jauh dah terpempang wajahnya yang seakan malas. Kepalanya berulang-alik memandang pada khalayak ramai dan telefonnya. Sekali sekala dia mengeluh panjang.
Wawa masih menghampiri Alief, tetapi dari arah belakang. Apabila kedudukannya sudah pasti tidak disedari oleh Alief, lengan Alief ditarik kasar ke belakang.
STAI LEGGENDO
Oh! Politik Cinta Kita
Storie d'amoreKisah percintaan antara Wawa dan Alief. Yang dihalang oleh ibu dan bapa mereka. Yang mempunyai standard pangkat dalam kerjaya.
