Dekripsi satu penipuan. Jangan pernah menilai sebuah buku dengan hanya melihat kulit. Dalam kes ini, jangan menilai isi di dalam kerana deskripsi.
Begitu juga, jangan menilai seorang yang kamu masih belum kenal. Kerana, mana tahu yang disangka sombong itu sebenarnya pemalu?
Orang pemalu ini rumit orangnya. Namun, jika kamu kenal, pastinya dia akan diingati.
Jangan kecewa, jika merasa diri tertipu dengan segala tanda-tanda yang mengena namun buah hatimu sepertinya tidak mahu berkomunikasi denganmu. Mungkin, dia seorang pemalu apabila berkaitan dengan perhubungan. Orang pemalu dalam perhubungan ini sukar mahu didekati namun apabila kau memberanikan diri berdepan, sukar pula untuk berhenti berkata, si pemalu itu. Orang pemalu itu bisa jadi romantis. Mereka juga setia. Namun, hati-hati juga, sensitif mereka boleh membawa kepada cemburu, kecewa dan kekeliruan pada diri mereka.
Itulah orang pemalu. Sejenis homosapiens yang rumit dan sukar dibaca.
Kau menganggukkan kepala kau. Sedar yang aku ingati segala yang kau katakan.
YOU ARE READING
How Are You?
Short StoryDi ambang permulaan era aristokrasi ini, aku sudah mampu melihat semuanya jatuh berkecai sehingga memaksa dua pilihan: kebangkitan seorang diktaktor atau amukan revolusi rakyat. Aristokrat-aristokrat itu tersenyum memandang kamera. Menyuarakan pemb...
