( Red fox )

Hitori sempat lagi membuat jenaka tetapi tetap dengan mukanya yang sirius. Tanpa sempat tae berkata apa-apa hitori berkata lagi "dah aku nak tidur..kau fikirkan lah apa yang aku cakap ni..night bye.." hitori menolak tae keluar dari biliknya dan menutup pintu. Tae yang masih dalam keadaan serabut memikirkan masalahnya terkebil-kebil berjalan masuk kebiliknya sambil membebel "tak guna betul kau kucing..aku siat bulu kau baru tau..tak habis bincang dah halau aku..siap cakap aku jenis sesumpah pulak tu.. 😑"

Keesokan harinya..

Setelah siap untuk ke sekolah, tae dihantar oleh hitori seperti biasa. Sebelum tae turun dari kereta, hitori berkata "hari ni aku tak balik..aku ada hal sikit..jangan tunggu aku..bye.". Tae menganggukkan kepalanya lalu turun dari kereta.

Tae terus berjalan masuk ke dalam kelas. Tae duduk di tempatnya sambil termenung keluar tingkap. "Woii...tae.." tegur hediaki yang sedang duduk di tempat min gyu.

Tae : (angkat kening )
Hediaki : Yurika ada mesej kau tak?
Tae : (anggukkan kepala dengan perlahan)
Hediaki : dia dah cerita kat kau belum?"
Tae : cerita apa?
Hediaki : kau tak tahu ke? Alaa..tak best la kalau aku cite kat kau sekarang..nanti kau tahu la..

Tiba-tiba min gyu masuk kedalam kelas dan menyuruh hediaki bangun dari tempatnya. Min gyu bertanya "korang sembang apa?". Hediaki terus berkata "pasal homework semalam.. tu je.." sambil mereling ke arah tae memberi isyarat supaya jangan menceritakan perbualan mereka. Tae hanya tersenyum kepada min gyu.

Tetapi tae berasa hairan melihat min gyu yang asyik memandang ke arah tae seperti ingin berkata sesuatu.

Pada waktu rehat, cikgu lia berkata "baiklah..hari ni latihan tak ada.. tangguh esok..isnin depan kita dah nak ada perlawanan. Jumpa esok..tempat biasa..".

Tae seperti biasa ingin ke kantin bersama min gyu dan hediaki. Tiba-tiba *ting* bunyi mesej masuk di telifon bimbitnya. Tae melihat telifonnya ( tae balik karang boleh kita jumpa?). Rupanya mesej itu adalah dari yurika. Tae teringat akan pesan hitori dan menyimpan telifonnya semula kedalam poketnya.

Sedang tae bergelak ketawa melihat telatah hediaki yang sedang membuat tarian yang pelik dihadapan semua orang di kantin, tae perasan akan min gyu yang memandangnya dan sengaja bersembang membuka cerita.

Tae : min gyu..tengok hediaki tu..semua tengah tengok dia..
Min gyu : hediaki tu memang macam tu dari dulu lagi..dia tak kesah apa orang nak cakap kat dia..dia akan buat macam tu bila dia rasa sunyi..tapi yang pelik dia ramai peminat walau pun aku dengar banyak gosip pasal dia tu gay sebab tak pernah lagi ada gosip cinta pasal dia dan dia tak pernah terima mana-mana perempuan.
Tae : hahaha..tapi aku suka kawan dengan dia..sebab dia jadi diri dia sendiri.
Min gyu : tae..kau dah tahu belum?
Tae : tahu pasal apa?
Min gyu : sebenarnya....
Tae : apa?
Min gyu : sebenarnya aku dan yurika dah tak ada apa-apa..
Tae : (terkejut) tapi kenapa?
Min gyu : dia cuma anggap aku sebagai kawan je..
Tae : kenapa kau bagi tau aku semua ni?
Min gyu : aku rasa kau patut tahu supaya kau tak akan abaikan mesej dia tadi..

Rupanya min gyu ternampak mesej yang dihantar yurika di telifon tae tadi. Tae hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum.
Hediaki pula masih membuat tariannya yang pelik.

Habis sahaja waktu sekolah, tae berjalan perlahan apabila melihat yurika yang menunggunya di hadapan pintu pagar sekolah.

Yuri : tae ..
Tae : yee..kenapa?
Yuri : kau marah aku ke?
Tae : tak la kenapa?
Yuri : kau tak balas mesej aku pun..sebenarnya aku nak cerita yang..
Tae : yang kau dan min gyu dah tak ada apa-apa?
Yuri : yee ( menundukkan kepalanya )
Tae : habis tu kenapanya?

Kata-kata tae membuatkan yurika terdiam dan berkata didalam hatinya " tae dah tak sukakan aku ke? Atau dia sengaja usik aku haritu? ". Tae terus berjalan menuju ke perhentian bas. Yurika terus menarik sedikit baju tae dan berkata "tae maafkan aku.." kata-kata maaf yang dikeluarkan oleh yurika membuatkan airmata yurika turut menitis.

" kata-kata maaf yang dikeluarkan oleh yurika membuatkan airmata yurika turut menitis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tae memandang sedikit ke belakangnya dan menyedari yurika sedang menangis. "Alaa kau ni..jangan la nangis..tak sampai hati aku tengok kau nagis yuri " kata tae didalam hatinya.

Tae berhenti berjalan dan berkata "kau dah makan belum? Aku lapar ni". Yurika yang mendengar kata-kata tae terus memeluknya dari belakang dan berkata " yee..aku lapar.". Tae tersenyum sambil menarik tangan yurika dan mereka pun naik kedalam bas.

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bersambung
..................................................
Terima kasih kepada yang sudi baca sampai ke episode ni dan sudi vote cerita saya..saya sangat hargai masa yang korang luangkan untuk baca buku saya ni..

😘💜💜

She's MineWhere stories live. Discover now