BAB 1

30 1 0
                                    

Kringgggg...... Bunyi loceng telah menghentikan lamunanku .Sedar tak sedar sudah 4 bulan aku bersekolah di sekolah menengah agama ni.

Hasrat aku untuk bersekolah di sekolah-sekolah elit terpaksa aku kuburkan begitu sahaja sebab... sebabnya pun aku tak tahu.Mak dan ayah aku yang berkeras nak aku masuk di sekolah agama.

(flashback)

"Mak , bukankah sekolah agama tu jauh di pedalaman. Ain ni bukan apalah,seram kot sekolah sana,sudahlah tak ada kemudahan nak pergi pekan,jauh lagi dari rumah.Ain tak nak duduk kat asrama."

"Mak bukan apa Ain , mak cuma nak anak mak ni jadi lebih keperempuanan sikit , kamu tu dah jadi macam lelaki dah,mentang-mentanglah adik beradik kamu tu semua lelaki,perangai pun kamu ikut sekali macam lelaki."

Aku mendengus keras mendengarkan kata-kata mak.Tiba-tiba terdengarkan suara-suara sumbang di tangga."Hahahhaha padan muka akak kena sekolah agama" kata azam kepada abangku Azim. Si Azan pula hanya ketawa kecil manakala Aziz dengan Azmi duduk terkebil-kebil melihat aku yang menayangkan penumbuk kepada mereka.

"Tapi mak....

"Tak ada tapi-tapi,ayah dah daftarkan kamu masuk ke sekolah agama tu"kalini ayah pula dah bersuara.Aku pun mengangguk lemah.Ayah ni bukan apa,memang tak boleh dibantah cakapnya.Kalau dibantah,konfom tidur luar.

Aku pun menaiki tangga rumah bangloku yang mempunyai tiga tingkat dengan wajah yang sugul.Aku melayangkan penumbuk di bahu abangku Azim sebab tak buat apa-apa untuk selamatkan aku daripada perintah ibu dengan ayah.

"Sakitlah bongok.Tulah kau siapa suruh perangai macam jantan,kalau kami berperangai jantan pun tak kisahlah sebab kami memang dari azali dilahirkan jantan,bukan macam kau,dilahirkan perempuan tapi berperangai macam jantan."Sambil menolak lembut bahuku.

"Dah macam mana , sudah aku dikelilingi dengan lelaki,kamu jak kawan aku main,ingat kamu ni main apa,masak-masak?mekap-mekap?kawin-kawin? Memang taklah.Sudahnya aku terjebak ikut main bola,tukang baiki basikal,lepak-lepak ngan kawan-kawan kau,sudahlah kawan-kawan kau semua lelaki." kataku penuh geram.

"Yalah-yalah , nanti aku cuba cakap dengan mak ngan ayah"kata Azim kepada aku.

"Yesssss,janji arhhh"kataku sambil mengeluarkan jari kelingking sebagai tanda perjanjian aku dengan Azim.

"Hmmmm...." sambil meyilangkan jari kelingkingnya dengan jari kelingkingku.Aku tersenyum kegirangan dan naik terus ke bilikku yang berada di tingkat dua.Sempat lagi aku berpaling melihat abangku yang senyum sinis melihatku naik ke atas.

"Hahahahhah tengoklah nanti adikku" katanya dalam hati.

(End flashback)

Aku dikejutkan dengan bunyi fail yang dihentak di atas mejaku.Lamunanku terhenti tatkala melihat gerangan yang berada di depanku.Kecut sekali perutku apabila Ustazah Salma melihatku dengan pandangan yang tajam.

"Ain,saya tanya kamu apakah hukum nun mati berjumpa dengan alif".Alamak apa pula aku mau jawab ni,sudahlah aku ni lemah dalam bab-bab tajwid kataku dalam hati.Semua kawan sekelasku memandangku macam nak telan aku saja.

"Errrrr.....iz..zz izhar halqi cikgu jawabku dengan gagap"nasib berpihak kepadaku apabila Reeza memberitahuku dengan senyap-senyap.Ustazah Salma pun mengangguk seraya menyuruh aku duduk."Lain kali saya tidak mahu ada yang mimpi sampai ke bulan yaaaa."

Serentak itu aku tunduk malu.Aku tahu kata-kata tu ditujukan kepadaku dengan beberapa pelajar lain yang sudah mati di medan peperangan. Innalillah.....

"Okay semua,jangan lupa siapkan kerja rumah yang saya sudah bagi,saya nak semua kerja tu ada di atas meja saya sebelum jam 7:30 esok , ketua kelas sila kutip dan hantar kepada saya esok" kata Ustazah Salma kepada Faris selaku ketua kelas.Faris pun menjawab sebelum mengucapkan terima kasih kepada ustazah.

Reeza yang duduk di sebelahku bercakap denganku , "weii Ain hensem kan Faris tu,sudahlah hensem , bertanggungjawab lagi,uishh memang taste aku lah dia tu."Aku pun apatah lagi melayan saja cerita si Reeza sebab aku ni hati batu.Cuma seorang sahaja yang bertakhta di hati cuma orangnya tak wujud dalam dunia yang nyata ni.

"Woiii kau dengarkah,aku cakap dengan kau ni." "Aku dengarlah Reeza,arhhh lepastu apa lagi taste kau" dan fikiran aku pun mulalah menerawang ke tempat lain sebaik sahaja Reeza memulakan ceritanya yang tergendala tadi.

Dalam kelas ni cuma Reeza seorang sahaja kawan aku sebab jenis aku ni tak pandai bergaul dalam satu kelompok yang besar,aku lebih selesa kalau ada orang yang menegurku dulu.Dan orang yang menegurku dulu itu ialah Reeza.

Lagipun,aku lebih selesa sebenarnya berkawan dengan lelaki taulah kan sebab apa.Kalau perempuan ni kan macam ada janggal sedikt tegurnya,kalau lelaki kau cakap jak hai bro,memang jadi best bro aku lepastu.

**********************

Aku memandang siling asrama yang sudah usang rupanya,aku melepaskan keluhan yang berat.Kalaulah aku di sekolah elit ni,mesti tengok siling yang bersih dan baru,kipas pun tak ada,hanya menggunakan air cond setip bilik.Ini tidak,sudah usang buruk lagi,kalau hujan tembus lagi dari atap terus ke bilik aku.

Tiba-tiba terdengar satu jeritan kuat dari warden yang menyuruh kami makan.Baru sahaja aku ingin melelapkan mata aku."Hishhhhh kacau daun betullah dia ni".

Aku pun turun dari katil lalu ke dewan makan dan makan.Sambil mengunyah aku mencari kelibat Reeza.Aku dan Reeza ditempatkan di blok lain,sudahnya aku dan Reeza berpisah lepas pulang dari sekolah.

"Hai... budak baru kan,tingkatan 1 apa?" tanya Syarifah lembut.

SENYAPPPP................

Aku tak pedulikan senior yang bertanyakan aku soalan tadi.Aku meneruskan suapan yang terakhir lalu meninggalkan senior yang terpinga-pinga melihat aku yang tidak menjawab soalannya.

"Hishhhh kurang ajar punya budak,aku bagus-bagus tanya kau soalan kau boleh blah macam tu jak,kau tunggu lah nanti."kata Syarifah dengan nada geram.









You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jejaka Idaman Dalam NovelWhere stories live. Discover now