"Ah! Temberang saja kau ni. Mana ada hantu di sini ni. Selama saya tinggal di sini, tiada pun kejadian-kejadian seram," ucap Chel lalu berdiri.

Neyra agak kecewa dengan kata-kata sepupunya itu. Dia merasakan bahawa Chel tidak mempercayai perkongsian pengalaman yang disampaikannya sebentar tadi.

"Biarlah. Kalau saya kasi tau kau pun, bukan juga kau percaya. Saya harap-haraplah nanti kau berjumpa sama tu hantu," ucap Neyra sambil memuncung.

"Buduh kau ni!" gumam Chel.

"Tau pun. Kau rasa seram juga, kan?" balas Neyra, tersenyum sinis.

Chel hanya menjeling Neyra yang masih tidak berganjak kedudukannya di hadapan pintu rumah itu.

"Sudah! Kau jangan banyak cakap. Kau pigi mandi. Kasi fresh balik otak kau yang biul tu. Silap-silap, semalam ada wayar putus ni di dalam otak kau. Hahahaa!" Chel tergelak lalu meninggalkan sepupunya itu sendirian. Neyra hanya mampu mengeluh.

Neyra bingkas berdiri lalu masuk ke dalam bilik tidur. Dicapainya sehelai tuala dan segera membersihkan diri.

'Apa yang saya nampak semalam tu memang real. Mustahil mimpi. Baru seminggu stay dalam rumah ni sudah ada hal-hal yang bikin seram,' hati kecil Neyra berbisik.

Neyra cuba untuk berfikir secara waras. Dia baru seminggu berpindah dan berkongsi rumah sewa dengan sepupunya, Chel.

* * *

KEHIDUPAN rutin Neyra tidak jauh bezanya dengan orang lain. Pagi kerja, petang balik rumah. Neyra lebih memilih untuk memerap di dalam bilik dan berehat sekembalinya dari tempat kerja.

TOK! TOK! TOK!

Pintu biliknya diketuk dari arah luar. Neyra turun dari katil lalu menguak daun pintu.

"Neyra, kau mau ikut saya ka ni malam?"

"Pigi mana, Chel?"

"Bisuk kau tidak kerja juga kan. Jomlah kita kluar ni malam. Jalan-jalan. Lepak sama member."

"Ermm... bah. Tengoklah dulu. Tidak janji ah, sebab macam malas-malas bah saya mau jalan ni Chel. Macam saya mau duduk rumah saja," Neyra tersengih.

"Ala... kau ni. Bukan selalu pun kita lepak sama-sama. Kebetulan sama-sama juga kita cuti bisuk kan? Marilah kita keluar. Pigi moginum (minum / bersuka ria) kita," Chel tergelak kecil.

Neyra masih belum dapat membuat keputusan. Dia berasa letih dan tidak bersemangat untuk melakukan apa-apa. Wajahnya pucat, tidak sihat. Namun begitu, Chel bagaikan kurang peka dengan keadaan Neyra. Dia terus mendesak dan berharap agar sepupunya itu memberikan jawapan positif kepadanya.

"Bah, Chel. Jam berapa kita mau jalan nanti malam?" Neyra akhirnya akur kerana tidak mahu menghampakan permintaan sepupu rapatnya itu. Wajah Chel begitu ceria apabila Neyra bersetuju dengan pelawaannya.

"Hehehe. Macam itulah. Mungkin dalam pukul 10:00 malam begitu," ucap Chel, girang.

"Bah, yalah. Nanti kau kasi bangun saya lah ah. Saya mau tidur dulu ni sekejap. Penat bah saya. Baru balik kerja lagi. Nanti malam mau jalan sama kau lagi. Nanti kau kasi bangun saya," balas Neyra sambil menguap.

WUJUDWhere stories live. Discover now