TITIK PERMULAAN

1.1K 47 21
                                    

Kedengaran bunyi cengkerik sayup-sayup memecahkan keheningan malam. Cahaya bulan menerangi di setiap sudut tingkap bilik sewanya. Lantas, Neyra bangun lalu melihat ke arah jam yang tergantung kemas pada dinding.

"Aiks, jam 2.45 minit pagi sudah pula," Neyra sempat berkata sendirian.

Tanpa berlengah, Neyra menuju ke bilik air untuk menunaikan hajat kecilnya. Sekembalinya dia, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila kedengaran seperti bunyi derap kaki seseorang yang sedang berjalan di koridor berhampiran jendela bilik tidurnya itu. Fikirannya menerawang membayangkan kelibat orang jahat yang cuba menyusup masuk ke dalam rumah tersebut.

Perlahan-lahan, Neyra menghampiri tepi jendela. Jantungnya berdebar. Risau sekiranya terdapat kehadiran orang jahat. Namun begitu, hati kecilnya sempat berseloroh mengatakan bahawa kemungkinan juga ianya merupakan permainan ghaib yang cuba menguji keimanan di jiwa.

"Uwaaaa... uwaaaa..."

Neyra dikejutkan dengan satu tangisan suara bayi yang begitu lantang. Tidak berlengah, dia dengan pantas menyelak langsir untuk memastikan keadaan.

"Astaga! Anak siapa ni!"

Neyra tergesa-gesa membuka pintu bilik untuk mendapatkan bayi tersebut. Risau sekiranya ia digigit serangga atau diganggu anjing liar. Sekali lagi, pintu utama dibuka dengan tangan yang agak terketar-ketar akibat perasaan cemas. Neyra merasakan pergerakannya begitu lambat walhal dia sudah cukup berusaha untuk mempercepatkan langkahnya itu.

KLIK!

Pintu dikuak luas. Sunyi bertandang. Kelibat bayi tersebut langsung tidak kelihatan. Keadaan tiba-tiba berubah menjadi suram dan menyeramkan. Neyra tergamam. Lantas, dia menutup semula daun pintu lalu menguncinya dari dalam. Alunan nafas begitu kencang. Keringat sejuk mula bertompok pada liang romanya. Neyra dengan wajah pucat segera berpaling untuk kembali ke dalam bilik tidur.

Alangkah terkejutnya Neyra apabila di hadapannya tercegat satu sosok yang menyerupai seorang wanita berambut panjang mengurai, menutupi keseluruhan wajah sambil mendukung seorang bayi. Pandangan Neyra beransur gelap dan akhirnya terjelopok jatuh tidak sedarkan diri.

* * *

"NEYRA! Bangun! Ui, bangun! Kenapa kau tidur depan pintu ni? Astaga... kau ni. Kau mabuk ka ni? Kau keluar ka semalam pigi minum sampai kau tidur di sini? Depan-depan pintu lagi tempat kau tidur ni," Chel membebel panjang apabila mendapati Neyra tertidur di hadapan pintu rumah.

Chel menyangka bahawa Neyra mabuk setelah kembali dari kelab malam sehinggakan tertidur di hadapan pintu. Chel tidak kisah dengan aktiviti sosial sepupunya itu, namun dia risau sekiranya Neyra terlalu khayal sehingga lalai untuk memastikan keselamatan terjamin.

Perlahan-lahan, Neyra membuka mata. Bagaikan diserang panik, jeritannya mengejutkan Chel yang sedang berlutut di sebelah Neyra.

"Hantu! Hantu! Hantu!!!"

"Ui! Kau ni kenapa? Bilang hantu, hantu. Kenapa? Muka saya macam hantu ka? Saya tengok muka kau yang macam hantu ni sekarang," Chel sempat mengusik sambil cuba menenangkan dirinya sendiri.

"Chel, semalam saya nampak ada perempuan dukung bayi. Dia berdiri di depan saya. Gara-gara saya ketakutan, saya pura-pura la pengsan," Neyra cuba berseloroh dalam kebenaran situasi.

WUJUDWhere stories live. Discover now