“Aku tak janji boleh jaga kau selamanya.  Tapi aku akan jaga kau selagi aku hidup,” ujarnya perlahan.  Pipi Nasya dielus lembut dengan jari, sebelum tangannya bergerak turun ke pinggang gadis itu dan dipeluk erat. 

Ermmm...” Nasya mengeliat sedikit apabila tidurnya terganggu.

Syyhh. Tidur.” Belakang badan Nasya ditepuk lembut, menenangkan kembali isterinya itu.  Apabila Nasya kembali lena, Andi mengeratkan pelukannya.  Kepala Nasya dirapatkan ke dadanya.  Ubun-ubun isterinya dikucup lembut.  “Goodnight.”

*****

BUNYI jam loceng yang kuat itu membingitkan telinga Nasya.  Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka.  Mata yang kuyu itu terus bulat apabila melihat figura manusia di hadapan wajahnya itu. 

Arghh! Perogol!” Nasya menjerit kuat. Kakinya laju bertindak menendang tubuh di sebelahnya itu. 

Buk!

“Adoi... Woi!  Apa ni?” Andi sudah terduduk di atas lantai itu. Punggungnya diusap.  Mata merenung tajam ke arah Nasya yang duduk di atas katilnya itu. 

“Err, encik... Sa… saya...” Nasya sudah menelan air liur.  Wajah tegang suaminya itu dipandang takut. 

“Saya apa?  Sakit tahu tak!” hambur Andi.  Dia bangun daripada duduk di atas lantai dan merebahkan semula tubuhnya di atas tilam.  Wajah Nasya dijeling tajam.  Sakit tubuhnya akibat terhentak ke atas lantai tadi.

Nasya membisukan diri.  Tangannya mencapai telefon yang berada di atas meja sisi lalu jam loceng dihentikan.  Kemudian dia memandang semula ke arah Andi.  “Err, encik marah ke?” soalnya takut-takut. 

“Ada nampak macam aku suka?  Hah?” tengking Andi kasar.  Pinggangnya yang terasa sakit itu diurut perlahan. 

Nasya terdiam apabila ditengking.  Perlahan-lahan dia mencapai tangan kasar suaminya itu lalu dikucup belakang tapak tangan itu.  “Saya minta maaf.  Saya tak sengaja.  Saya terkejut tadi,” ujarnya perlahan.

Andi memandang dingin ke arah Nasya yang masih menunduk mengucup tangannya itu.  Tangannya ditarik daripada pegangan gadis itu.  “Aku nak tidur,” ujarnya ringkas.  Tubuh diiringkan membelakangi si isteri. 

Nasya memandang kosong ke arah suaminya itu.  Nafas dihela berat.  “Pinggang encik sakit ke?”

Senyap.  Tiada jawapan. 

Nasya menggaru kepalanya.  Marah ke suaminya itu?  “Encik nak saya urutkan ke?” soalnya lagi. 

“Boleh diam tak? Ke nak aku yang diamkan?”

“Saya tanya je. Janganlah marah,” gumam Nasya perlahan.  Dia terus turun daripada katil. Berura mahu ke bilik air. Namun teringatkan sesuatu, Nasya berpatah semula ke arah katil. 

“Encik, janganlah tidur.  Jom solat subuh.”

“Ergh! Diamlah!  Bising tahu tak? Nak tidur tak senang,” bebel Andi seraya menutup wajahnya dengan bantal.

“Salah ke saya ajak encik solat?”

“Kau nak solat, pergi jelah.  Tak payah nak memekak kat aku.  Sakit telinga aku tahu tak? Blah sana!” hambur Andi.

“Kat neraka nanti lagi sakit. Bukan setakat sakit telinga je,” balas Nasya.

“Kau nak ceramahkan aku ke?” soal Andi sinis.  Geram pula dengan sikap bajet alim isterinya itu. 

“Saya cuma ajak encik buat kebaikan. Tak apalah. Sekurangnya saya dah menegur. Selebihnya, encik tanggung sendiri,” balas Nasya selamba.  Pusingkan tubuh, langkah diatur ke bilik air.  Tidak guna berbalah dengan Andi.  Bazir air liur sahaja bercakap dengan lelaki yang berhati keras seperti suaminya itu.  Cuma, dia perlu berusaha untuk mengubah lelaki itu.  Dia tidak mahu Andi terus hanyut dalam dunia gelapnya. 

Andi hanya memandang susuk tubuh isterinya pergi sehingga ia hilang daripada pandangan.  Pandang siling, nafas dihela kasar. Dia solat?  Solat tetapi membunuh. Tidak ke ianya akan menjadi sia-sia? 

“Encik betul ke tak nak solat?” Nasya yang baru sahaja keluar dari bilik air menyoal. 

Andi buat tidak endah dengan soalan isterinya itu.  Matanya terus dipejam rapat.  Sengaja dia berdengkur, acah-acah tidur.

“Isyh ajak buat baik pun payah.  Kalau buat jahat tu, senang je,” omel Nasya perlahan.  Telekung disarung.  Sejadah dibentangkan di atas lantai.  Nasya terus berdiri di atas tikar sejadah.  Niat solat dibaca.  Setelah itu, dia mula menunaikan solat subuhnya tanpa menghiraukan sekeliling.

Mendengar seperti sayup-sayup suara halus Nasya mengalun ayat suci Al-Quran, Andi mencelikkan sedikit kelopak matanya.  Melihat Nasya yang sudah memulakan solat itu, kelopak matanya terus dibuka luas.  Setiap pergerakan isterinya itu diperhati.  Dia termenung sendiri.  Sudah lama dia meninggalkan ibadah yang satu itu.  Semenjak tertubuhnya kumpulan mafia itu, dia sudah meninggalkan ibadah itu.  Niat solat pun dia sudah lupa.  Bahkan cara mengambil wuduk pun dia lupa.  Apatah lagi bacaan serta gerakan dalam solat.  Lagilah dia tidak ingat.  Nikah semalam pun, Adam yang mengajarnya untuk mengambil wuduk.

“Encik!”

“Hoi!”

“Hahaha!  Tahu terkejut.” Nasya tergelak.  Sejadah dan telekung yang digunakannya itu digantung pada palang yang tersedia di tepi almari baju. 

“Banganglah kau ni!  Nak aku mati ke?”

“Aik takut mati ke? Bukan sebelum ni pernah angkuh kata tak takut mati?" sindir Nasya selamba. 

Andi ketap gigi. Geram. Kecil besar kecil besar dia memandang isterinya itu. 

Nasya tersengih. Dia melangkah ke arah katil.  Punggung dilabuhkan di birai katil.  “Encik, baring,” arahnya.  Tangan kanannya sudah memegang sebotol minyak angin. 

“Nak buat apa?” soal Andi, blur.

“Saya nak urut pinggang encik.  Sakitkan terhentak tadi?”

“Tak payah.  Tak mati pun,” balas Andi mendatar.

“Kalau mati?”

“Kau memang minta aku mati ke?”

“Hehe taklah.  Encik kalau mati, siapa nak jaga saya dengan Elsa.  Kan?  Alolo, jangan marah.  Nanti buruk.  Andri kata encik ni hodoh,” ujar Nasya lalu tersengih seperti kerang busuk.

“Dia tu lagi hodoh daripada aku,” balas Andi.  Jika adiknya itu ada di depan mata, sudah ditembaknya lelaki itu. 

“Nak saya urutkan tak?”

“Tak payah.  Aku nak tidur.” Sejurus itu, Andi menarik selimut sehingga ke paras dadanya. 

“Hmm okay.  Saya nak ambil Elsa.  Sian dia.” Nasya bingkas bangun.  Langkah diatur menuju ke arah pintu bilik. 

“Buatkan aku air.”

“Okay.  Sleep tight, suami dudaku.  Muah!” Nasya acah-acah membuat flying kiss ke arah suaminya itu. 

Andi sudah membuat wajah menyampah.  “Gila,” omelnya perlahan.  Mata dipejam rapat.  Tidak sampai setengah minit, dia sudah terlena.

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now