Hey, how are you?” Andri menyapa sebaik Nasya berada di hadapannya.

Nasya hanya memberi senyuman kepada Andri yang sedang bersandar pada pintu kereta.  “Elsa mana?”

“Ada kat belakang.  Jom.”

Nasya mengangguk kecil.  Pintu bahagian penumpang hadapan dibuka lalu dia terus masuk ke dalam perut kereta.  Kepalanya berpaling ke belakang, memandang Elsa.  Bayi itu sedang leka bermain dengan mainan di tangannya itu. 

“Kita pergi breakfast dulu ya?” Andri menoleh ke arah Nasya.  Menanti persetujuan daripada gadis itu.

“Tapi saya dah makan tadi.”

“Kalau macam tu teman I breakfast.  I tak makan lagi ni.”

“Hmm yalah.” Nasya akur.  Hendak membantah, Andri yang memandu kereta.  Jadi dia hanya mampu untuk mengikut ke mana sahaja lelaki itu pergi. 

Perjalanan selama sepuluh minit itu sepi tanpa apa-apa perbualan.  Sehinggalah mereka masuk ke dalam sebuah kafe, keadaan masih sepi. 

“You nak makan?  Minum?” soal Andri sambil membelek buku menu di tangannya. 

“Tak.  Saya kenyang lagi.  Saya teman awak je.”

Andri mengangguk.  Dia memandang ke arah pelayan kafe.  “Pancake with butter and honey, and hot chocolate,” pesannya lantas meletakkan semula buku menu di atas meja.  Hilang kelibat pelayan kafe, Andri memandang Nasya yang sedang melayan Elsa itu. 

“You ada masalah ke?”

Soalan daripada Andri buat Nasya tersentak. Angkat wajah, matanya tepat memandang Andri.  “Maksud awak?”

“Siapa lelaki tadi?”

“Abang sulung saya.”

“Kenapa dia marah you?  You ada buat salah ke?” Andri menyoal lagi.

“Err, mana ada. Okay je.” Nasya menafikan.

Andri hela nafas. “Jangan tipu. I dengar semuanya Sya.  Apa masalah you sebenarnya?  I tahu you ada pendam sesuatu, dan you cuba sorokkan dengan keceriaan you tu.  Kan?” tebak Andri. 

Nothing.  Saya okay.” Nasya masih cuba berahsia.

“Okay pada mulut, tapi bukan pada hati dan perasaan.  Wanna share with me huh? I sudi tadah telinga I untuk dengar.”

Nasya tarik nafas panjang sebelum dihela perlahan  Matanya sudah berkaca.  Ikutkan hati, dia tidak kuat.  Memang benar apa yang dikatakan oleh Andri.  Dia cuba sorokkan segalanya dengan keceriaan. 

“Tak apalah kalau tak sedia.  I tak paksa.  Tapi you kena ingat satu benda.  I akan sentiasa ada dengan you.  Okay?”

Nasya memandang Andri bersama kerutan di dahi.  “Maksud awak?”

“Seperti seorang abang dengan adik.  Okay with that?

Nasya tersenyum tipis.  “Thanks Andri.  Awak terlalu baik.”

“Tak ada apalah. I yang sepatutnya berterima kasih dengan you, sebab you dah banyak bantu I.  Terutama dalam hal uruskan Elsa.  Thank you very much,” ucap Andri ikhlas.  Bibir mengukir senyum lebar.  Sekaligus menampakkan lesung pipit di pipinya. 

“Awak ada tu?” soal Nasya teruja. 

What?  This?” Andri menunjuk ke arah kedua belah pipinya. 

Nasya mengangguk.  Jarang sekali dia bertemu lelaki yang mempunyai lesung pipit. 

“Ya, I ada lesung pipit.  Andi tak ada.  Sebab tu dia hodoh sikit daripada I.  Hahaha!”

Nasya turut tergelak.  “Kiranya Elsa...”

“Ya, Elsa ikut I sikit.  Sebab dia ada lesung pipit.  Kalau ikutkan Andi ataupun bekas isteri Andi, diorang tak ada benda tu,” jelas Andri.

Really?”

“Ya.  Lagipun, muka I dengan Andi kan lebih kurang je.”

Nasya terangguk faham.  Pandangannya terarah kepada Elsa.  “I love you baby...” Dahi dan pipi Elsa dikucup kasih. 

Andri yang melihatnya tersenyum.  Abangnya perlu berkahwin dengan Nasya.  Kerana gadis itu sahaja yang mampu menjaga Elsa.  Mampu menyayangi Elsa.  Dan dia yakin, gadis itu akan membahagiakan abangnya. 

*****

I nak pergi tandas sekejap.  You jangan pergi mana-mana.  Tunggu sini.  Faham?”

Nasya mengangguk sahaja mendengar arahan Andri.  Pemergian Andri dihantar dengan pandangan.  Sementara menunggu lelaki itu, dia duduk di sebuah bangku yang terletak di tengah-tengah pusat beli-belah itu.  Stroller Elsa ditarik rapat ke arahnya. 

“Hai, seorang je?”

Nasya menoleh ke sisi apabila mendengar sapaan itu.  Dahinya berkerut sedikit melihat wanita yang duduk di sebelahnya itu.  Macam pernah jumpa.  Apabila diteliti lama wajah itu, barulah dia teringat.  Bekas isteri Andi.  Nasya buat tidak endah dengan sapaan itu.  Dia menjarakkan sedikit kedudukannya dengan wanita itu. 

“Hei, kenapa takut dengan I?  I ada nampak macam orang jahat ke?”

Nasya masih membisu.  Dia berharap agar Andri cepat sampai ke situ. 

“I bukan nak ganggu you.  I cuma nak bagitahu you satu perkara.  Jauhkan diri you daripada diorang semua.”

Dahi Nasya berkerut.  Kepalanya menoleh ke sebelah.  “Diorang?  Maksudnya?”

“Jauhkan diri you daripada Andi, Andri, Clark dan Adam.”

“Kenapa saya perlu dengar cakap orang yang saya tak kenal?” Nasya menyoal kembali.  Wajah wanita di sebelahnya dipandang pelik. 

“Sebab diorang pembunuh.  Mafia paling kejam dekat France.”

Tidak berkelip kelopak mata Nasya setelah mendengar apa yang dikatakan wanita itu.  Mafia?  Pembunuh?  

“You nak tahu kenapa I tinggalkan Andi?  Sebab I tak nak hidup dengan pembunuh.  Membunuh seperti hobi dia.  Sama juga dengan Andri, Adam dan Clark.  Mereka berempat adalah orang atasan dalam kumpulan mafia diorang.  You kena ingat.  Jangan disebabkan you berkawan dengan diorang, hidup you akan susah.  Musuh-musuh diorang akan attack setiap orang yang rapat dengan diorang.  Dan orang tu termasuk you.”

Nasya terdiam seribu bahasa di tempat duduknya.  Pemergian wanita tadi dihantar dengan pandangan.

“Hei, maaf lambat.”

Pandangan Nasya beralih ke arah Andri yang sudah berdiri di sebelah bangkunya itu. Dia bingkas bangun.  “Jomlah.” Stroller Elsa ditolak perlahan, meninggalkan Andri di belakang.  Kata-kata wanita tadi masih terngiang di telinganya.  Mafia?  Pembunuh?  Dua perkara itu membuat fikirannya sesak.

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now