Nasya tersenyum sendiri.  Jari runcingnya bermain di sekitar pipi gebu Elsa.  Bulu mata Elsa yang sedikit lentik itu turut diusik.  Mengeliat bayi itu apabila tidurnya terganggu.  Dan tidak lama kemudian, mata si bayi itu tercelik luas.  Bulat mata Elsa memandang ke arahnya. 

“Hei, bangun dah?  Nak susu tak?” soal Nasya lembut. 

Elsa diam.  Jika dia hendak susu, pasti dia merengek.  Tetapi kali ini dia kelihatan tenang.  Bibir halusnya manarik senyum tipis.  Lekuk lesung pipit jelas kelihatan di kedua belah pipinya.  Comel! 

“Comelnya Elsa ni.  Mummy geram.” Nasya terus menggomol pipi bayi itu.  Elsa mengeliat geli apabila diperlakukan seperti itu. 

“Seronoknya dia…”

Perlakuan Nasya terhenti apabila mendengar suara garau itu.  Kepalanya perlahan-lahan berpaling.  “Ada apa encik datang sini?” soalnya.  Pelik dengan kemunculan tiba-tiba Andi di bilik itu.

“Ikut aku.” Ringkas arahan yang dikeluarkan oleh Andi.

“Pergi mana?”

“Budak tu ada appointment doktor kan?”

Nasya pandang Elsa. “Iya betul. Tapi Encik Andri yang bawa kitorang nanti.”

Andi menjulingkan bebola matanya ke atas.  “Boleh ikut je tak? Jangan banyak cakap sangat. Kau ingat aku nak sangat ke bawa korang?  Kalau tak disebabkan Andri, memang taklah aku nak bawa.  Cepat!  Lima minit kau tak turun, nahas kau. Faham?” Usai memberi arahan, Andi terus berlalu keluar dari bilik itu.

Nasya mencebik bibir  “Sikit-sikit marah. Patutlah muka cepat tua. Urgh,” omelnya perlahan.  Tidak membuang masa, Nasya bingkas bangun bersama Elsa di dalam dukungan.  Beg tangan digantung ke bahu.  Beg galas berisi barang peribadi Elsa turut dibawanya.  Nasya terus keluar dari bilik dan melangkah ke arah lif.  Lif pekerja sahaja yang digunakannya.  Takut sang harimau mengamuk pula seperti tempoh hari.  Jika bersama Andri atau Clark atau Adam, barulah dia berani menggunakan lif VVIP.  Jika berseorangan, lif pekerja yang paling selamat. 

Ting!

Pintu lif terbuka perlahan.  Nasya terus keluar dan matanya melilau mencari kelibat seseorang.  “Aik, mana pula harimau ni.  Lima minit konon.  Dia yang tak sampai lagi.  Cakap tak serupa bikin.” Nasya membebel sendiri. 

“Apa kau cakap?”

Bulu roma Nasya terus meremang apabila bisikan itu kedengaran di tepi telinganya.  Bebola matanya bergerak memandang ke tepi. Bibir diketap. Bila masa agaknya lelaki itu berada di sebelahnya.  Ada magik barangkali. Menyeramkan!   Nasya berdehem kecil.

“Cepatlah!  Lambat nanti, klinik ramai orang.” Nasya menonong melangkah meninggalkan Andi di belakang. 

Andi tergelak sinis.  Langkah diatur.  Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.  Normal apabila lelaki berbuat sebegitu.  Kan?  Nampak ganteng.

“Mana kereta encik?” soal Nasya apabila Andi berdiri di sebelahnya. 

Belum sempat Andi menjawab, sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya.  Seorang lelaki bersut hitam keluar dari tempat pemandu. 

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now