"Lagi dia cerita apa lagi aunty?"

Sedikit demi sedikit Freya mula siasat.

"Malaslah aunty nak cerita. Kamu tanya dia sendiri. Tapi satu aje yang aunty nak bagitahu kamu. Aunty rasa dia tak pernah bagitahu sesiapa pasal ni"

Ha yang ni excited nak tahu ni. Mampuslah kau Hyunjin. Rahsia kau akan terbongkar selama ni.

"Sebenarnya hati dia pernah dilukai dua tahun lepas. Perempuan yang dia sayang pergi tinggalkan dia untuk lelaki lain. Aunty tahu masa tu dia masih budak mentah tak berapa matang yang tahu nak enjoy aje"

Sekarang umur kami 18 tahun. Kalau dua tahun lepas, maknanya umur kami 16 tahun. Umur tu boleh dikatakan matang jugaklah.

"Dia sayang sangat dengan perempuan ni. Tapi perempuan tu tinggalkan dia dan pergi kepada lelaki lain iaitu sahabat baiknya sendiri"

Oh my gad! So kena tikam dengan kawan baik sendirilah ni. Patutlah Hyunjin tak pernah ada sahabat baik di sekolah. Dengan kawan kawan kelas pun, dia kawan biasa biasa aje.

"Sejak kejadian tu, dia berubah jadi pendiam. Tak banyak cakap. Even dengan aunty, mummy dia. Daddy dia apatah lagi. Tapi lepas setahun dia masuk ke sekolah kamu, perangai dia sedikit demi sedikit berubah macam dulu iaitu Hyunjin yang banyak mulut"

Ouh pak cik tua tu banyak mulut rupanya. Tapi di sekolah control macho. Blah lah!

"Dan semuanya sebab kamu Eya"
Hati Freya tidak keruan. Kenapa pula sebab dia. Dia buat apa. Dia bukan jenis perempuan sweetalker. Kutuk Hyunjin lagi ada lah.

"Jadi kalau kamu ada hubungan istimewa dengan dia mahupun kawan biasa, aunty harap kamu tak akan jadi macam perempuan yang pernah lukakan hati dia dulu"

Boleh ke aku janji dengan aunty. Kalau aku mungkir macam mana.

"Eya tak janji boleh jadi yang terbaik untuk Hyunjin tapi Eya akan cuba hati dia sebagai kawan"

Ya sebagai kawan. Tak kan sebagai girlfriend pulak kot. Sejak bila aku taken by Hyunjin ni.

"Terima kasih Eya"

Mereka sama sama senyum.

Hurmm agak agak siapa perempuan tu. Kenapa sanggup tinggalkan lelaki sebaik Hyunjin. Apa kurangnya Hyunjin dimata dia sebenarnya. Sedangkan aku sendiri pun tak dapat cari kekurangan Hyunjin. Rugi betul perempuan tu.

Selepas melepak di kafe mummy Hyunjin, mereka pulang ke rumah. Memandangkan cuaca hari ni baik, mereka memutuskan untuk berjalan jalan di tasik yang tak jauh dari kawasan rumah Freya.

"Bro kalau aku nak tanya kau something boleh tak?"

Hyunjin melihat Freya sebelum pandangannya kembali ke arah tasik besar itu.

"Tanya aje girl. Jangan tanya soalan pelik pelik sudah"

"Ermm kau pernah couple tak sebelum ni?"

Soalan itu simple bagi Freya tapi maut bagi Hyunjin. Freya boleh nampak yang Hyunjin sedang menahan sesuatu. Muka pun dah lain bila Freya keluarkan soalan itu.

"Mummy aku ada cerita apa apa ke pada kau?"

"Maksud kau?"

Freya berpura pura yang dia belum tahu apa apa.

"Nothing" jawab Hyunjin dan Freya nampak Hyunjin melepaskan nafasnya. Lega mungkin.

"Ermm mummy kau memang tak ada cerita apa apa pasal kau pada aku tapi kau ada cerita pasal aku pada mummy kau. Apa cer bro!"

[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00sHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin