Nasya menoleh sedikit.  Bibirnya tersenyum melihat lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam bangunan itu. 

“Hei, lama sampai?” sapa Andri peramah.  Adam dan Clark bersamanya.  Manakala Andi tiada.

“Tak juga.  Baru.”

“Habis tu buat apa kat sini?” soal Andri. 

“Err, dia tu tak bagi saya pergi office awak.  Dia kata kena buat appointment dulu,” ujar Nasya sambil jari menunjuk ke arah May. 

May hanya menayang riak bingung.  “Sorry sir, but...”

It's okay.  Continue your work.”

May mengangguk kecil.  Gadis itu terus melangkah ke tempat asalnya. 

Nasya tersenyum tipis. Matanya memandang ke arah Adam.  “Elsa!” bayi yang berada di dalam dukungan lelaki itu diambilnya.  Pipi gebu Elsa dikucup bertalu-talu, sehingga terjaga bayi itu daripada lenanya.  “I miss you baby...

Andri yang melihat tersenyum.  Ya, dia yakin kepada gadis di hadapannya itu untuk menjaga Elsa. “Jom pergi office I.”

Nasya mengangguk. Bersama Elsa di dalam dukungannya, dia mengikut Andri daripada belakang. Mereka semua melangkah masuk ke dalam lif. 

Miss you, miss you, miss you.”  Tidak henti pipi Elsa digomolnya.  Bayi itu mula mengeliat dan merengek kecil.

“You memang suka baby ke?” Andri yang sejak tadi menjadi pemerhati menyoal. 

Nasya mengangkat sedikit wajahnya.  "Sangat suka.  Dulu selalu je gomol anak-anak buah saya.  Cuma...” Ayatnya tergantung.  Sekarang dia tidak mampu berbuat seperti itu.  Abang-abangnya telah melarangnya untuk mendekati anak-anak mereka.  Dia dikatakan pembawa malang.  Jadi mereka tidak mahu malang tersebut singgah kepada anak-anak mereka. 

“Sekarang apa?”

“Tak ada apa.” Nasya tersenyum tipis.  Matanya kembali memandang ke arah Elsa.  Comel sahaja wajah bayi itu.  Putih.  Mata bulat.  Pipi gebu.  Bibir pinkPerfecto!

Terjongket kening Andri memandang gadis di sebelahnya itu. Ada rahsia yang disorokkan oleh gadis itu. 

Ting!

Bunyi pendek itu menandakan mereka sudah tiba di aras yang hendak dituju.  Adam dan Clark keluar terlebih dahulu. Kemudian, barulah Andri keluar. 

“You ikut I.”

Nasya mengangguk kecil.  Kakinya mengikut ke mana sahaja Andri membawanya. Sehinggalah mereka tiba di hadapan sebuah bilik. 

“Ni bilik you untuk jaga Elsa.  Segala barangan dia, ada dalam bilik ni.  Okay?”

Nasya tidak menjawab.  Daun pintu dikuak sedikit.  Membulat matanya melihat keadaan di dalam bilik itu. “Cantiknya...” gumamnya perlahan. Namun masih dapat didengari oleh Andri. 

Do your work okay?  Apa-apa nanti inform I.  Pejabat I ada kat sebelah ni je.”

“Okay.”

ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now