Ep. 12

645 67 6
                                    


" Chagi, awak bawa charger telefon tak?" Soal Hak Yeon pada Soo Mi.

Yup. Diorang sudah menjalinkan hubungan pada minggu lepas. Di mana, Hak Yeon tidak sengaja termelatah "SooMiAkuPunya" di hadapan kelas apabila Ho Shi mencucuk pinggangnya ketika dia sedang memadam papan putih. Kebetulan Soo Mi baru masuk ke dalam kelas. Maka bermulalah sesi dimana satu kelas mula "menshipkan" dua orang itu, dan keesokan harinya mendapat berita mengenai hubungan mereka. Hampir semua pelajar menyukai mereka berdua memandangkan ramai fans yang merestui hubungan itu. Hanya segelintir yang membantah.

Begitulah ceritanya~

"Ambil lah dalam beg tu." Soo Mi menunjukkan ke arah beg tangannya di atas sofa milik rumah Hye Rim itu.

Mereka semua sudah bersetuju untuk menginap di rumah Hye Rim sehingga tibanya hari yang ditunggu - tunggukan. Iaitu hari untuk menghantar projek yang diberikan oleh Chae Lin Ssaem.

Dengar kata, markah itu akan menentukan sama ada layak untuk memasuki tahun yang seterusnya ataupun dibuang dari  sekolah tersebut. Nampak seperti kejam. Namun, ianya hanyalah untuk memastikan bahawa pelajar di situ tidak mengambil mudah dengan peraturan di sekolah itu.

"Thank you." Hak Yeon mengambil lalu menuju kearah bilik yang diduduki bersama Jung Kook.

Manakala dia dan Erica menumpang di bilik Hye Rim. Bukannya tidak ada bilik tetamu lain. Cuma dia lebih selesa untuk bersama dengan dua orang kawannya itu.

" Soo Mi. Nak ikut aku pergi halaman belakang tak?" Soal Hye Rim. Dia mendekati gadis itu.

"Buat apa?" Soalnya.

"Berkebun."Jawab Hye Rim ringkas.

____xxxx____


"Wah cantiknya bunga ni?" Erica mendekati ke arah sekuntum bunga matahari yang terletak di sebuah pasu kaca.

"Tu Yoon Gi punya. Dia yang jaga bunga tu sejak anak benih lagi." Terang Hye Rim. Dia menyiram pokok bunga tersebut dengan bekas air yang disediakan.

"Ohh..." Erica mengangguk faham.

"Kau tak tanam bunga ke?" Soal Soo Mi disebelahnya. Dia mendekati kearah sebuah bunga yang mawar berwarna merah lalu menyentuh perlahan.

"Tu bunga aku." Kata Hye Rim.

"Kenapa tanam bunga ni?" Soal Erica pula.


"Aku nak bagi dekat first love aku." Balas Hye Rim. Dia mengambil bunga tersebut lalu mendekatkan hidungnya pada bunga itu.

"Wangi." Satu perkataan keluar dari mulutnya. Perlahan - lahan mulutnya menguntumkan sebuah senyuman.


"Hye Rim tak pernah bercinta ke sebelum ni?" Soal Erica dan Soo Mi secara serentak.


Hye Rim menggelengkan kepalanya.


"Yoon Gi tak bagi aku bercinta pada masa persekolahan ni. Lepas sekolah baru boleh." Terang Hye Rim. Mereka berdua mengangguk faham.

"Boleh aku tanya korang satu soalan?" Soal Hye Rim secara tiba  - tiba. Kini mereka sudah melabuhkan punggung di sebuah buaian besar yang terdapat di kebun itu.


"Apa? " Kata Soo Mi.


"Tae Hyung tu orang jenis macam mana ye?" Soalnya.

"Hmm...dia baik,dingin,suka tolong orang. Tapi dia tu jenis misteri sikit. Kenapa? " Kata Soo Mi.


{C}Make Me Cry ft KTHWhere stories live. Discover now