Berisi lagi

3.5K 167 34
                                    

"amboi orang tuu.. Bukan main lagi nampak happynya bang.." usik Azlin. Tasya menjeling sekilas lalu menekan di skrin telefonnya. "eh, akak, abang.. Bila sampai?" tanya Tasya dengan muka menahan malunya. Mana taknya, siap ber i love you tadi di corong telefon. "5 minit tadi kami duk tercegat kat sini Tasya." perli Faris. Tasya membuntangkan matanya. "ye ke? Eh, jomlah.. Kita lambat dah nii.  Ya Allah..." Tasya kalut mencari kunci kereta. Azlin dan Faris hanya sembunyi ketawa.

"Nadinnn.. I miss you so much!!!" Azlin terus menerkam tubuh Nadin, dipeluk erat tubuh sahabatnya itu. Nadin ketawa. "wehh, kalau ye pun, sakitlah kau terkam aku macam ni oi." kata Nadin. Azlin turut ketawa. "macam dah lama kut tak jumpa kauuuu.." kata Azlin. Nadin ketawa lagi. "dah jadi mak dah perangai tak ubah macam zaman sekolah kau ni." kata Nadin. "ye lah.. Suka hati akulah.. Kau bila nak kahwin?" tanya Azlin. Nadin garu kepala yang dilitup dengan tudung rona biru itu. "Esok lusa aku kahwin lah!" jawab Nadin. "seriuslah weh?" tanya Azlin. Nadin ketawa. "Next month insha Allah.." kata Nadin. Azlin terkejut. "kau tak cerita pun kat aku..." rajuk Azlin. "aku nak cerita lah ni.. Eh mana Arsyad? Aku nak cium dia dulu baru aku cerita kat kau." kata Nadin. Azlin senyum. "ada kat ayah dia. Jomm." ajak Azlin. Nadin mengikut Azlin dari belakang.

"tak sangka.. Dalam diam ubi berisi oii.." sindir Faris. Nadin dan Taufiq senyum sahaja. " weh, tak sangka betul.  Siyes aku cakap! Pandai korang buat senyap eh?" kata Udin. Mereka galak ketawa. Pandai Nadin dan Taufiq merahsiakan hubungan mereka. "well, kawan kita sorang lagi ni pun bakal jadi pengantin jugak ni." kata Udin sambil menjeling ke arah Hafiz. Hafiz tersengih malu. "cepat kau dapat berita?" perli Hafiz. Udin menjungkit bahu. "Udin kann.." kata Udin dengan nada bangganya. "nanti kita set date lagi, aku bawak dia jumpa korang. Okay?" kata Hafiz. "Okay sangat!" jawab Nadin. "ya Allah, rindunya kat korang, zaman sekolah kita.." kata Taufiq. " kau rasa macam nak back to school pulak ke?" tanya Faris. "eh, kalau lah boleh. Aku nak sangat.. Kalau tahu, dari dulu lagi aku ngorat si Nadin ni." kata Taufiq. "wuuuuu.." semua pakat mengusik Taufiq. "eh betul lah.. " kata Taufiq yang menahan malu. "habis? Korang start bila lagi ni? Macam mana boleh terjadinya bibit-bibit cinta tu?" tanya Hafiz. "erm.. Entahlah.. Sebab selalu sangat jumpa kut. Hospital Selayang tu tak lah jauh sangat dengan tempat kerja aku. Then, aku pulak jenis selalu mengajak Nadin makan sama-sama. Entah bila perasaan cinta and sayang tu ada. Kan sayang kan?" kata Taufiq. "wuuuuuu" sekali lagi mereka mengusik. Nadin masih menahan malu. "apa lah korang ni! Malu aku tau!" marah Nadin. Ketawa mereka meletus di restoran itu. Nasib baik tiada orang sangat pada waktu, kalau tidak sudah tentu mereka sudah kena 'sound'.

Azlin bersiap untuk pergi ke kerja. Lilitan terakhirnya terhenti seketika apabila tiba-tiba perutnya berasa sakit. Kepalanya pula terasa berat. Rasa mual. Nak muntah. Azlin duduk dan baring sebentar di atas katil. Azlin katup mata rapat. "sayang.." Faris menapak masuk ke dalam bilik sambil memegang lengan baju kemejanya. "kenapa ni?" tanya Faris lalu duduk di sebelah Azlin. Azlin membuka matanya. "pening sikit. Rasa macam nak pitam kalau berdiri." kata Azlin. Faris menekapkan tapak tangannya ke dahi Azlin. "Kita pergi klinik la nak?" ajak Faris. Azlin geleng. "tak larat nak bangun. Maybe i just need some rest. Kalau Lin okay sikit, Lin ajak Tasya pergi klinik. Abang pergilah kerja. Lin okay je. Nak rehat je." kata Azlin. Faris angguk. Faris membantu Azlin membuka tudungnya. "ajak Tasya tu nanti.. Nanti abang cakap kat mama yang sayang tak sihat eh."kata Faris. Azlin angguk. Faris tunduk lalu mengucup dahi Azlin. "tidur.." ucap Faris. Azlin senyum sahaja.

"Alhamdulillah, Arsyad dah nak ada adik dah Cad." kata Tasya sambil menggoyangkan tangan kecil Arsyad yang sudah berusia 3 tahun itu. Pn Hanum dan Encik Othman senyum bukan main lagi. "Alhamdulillah, bertambah cucu kita bang." kata Pn Hanum. Azlin sengih sahaja. "Faris dah tahu ke?" tanya Encik Othman. Azlin geleng. "belum papa.. Nak bagi surprise sikit kat dia nanti." jawab Azlin. Tasya senyum bila pandangannya dan Azlin bertemu.

"Assalamualaikum.. Sayang tidur dah ke?" Suis lampu ditekan. Eh? Mana Azlin? Faris bergerak ke balkoni, namun tiada. Ada sebuah bungkusan yang cantik di atas katil. Terus bungkusan itu di ambil.

A gift for you abang. 💕

Terus bungkusan itu dibuka. Ada alat pengesan hamil di dalam kotak itu. Faris terkejut. Sudah faham apa yang ditunjukkan pada alat itu. Pintu dikuak dari luar. Azlin senyum melihat Faris yang sudah membuka bungkusan itu. "Sayang?" Seru Faris. Azlin menapak ke arah Faris lalu duduk berhadapan Faris di birai katil itu. "I'm pregnant.!" ujar Azlin. Faris lantas memeluk tubuh si isteri. Azlin membalas pelukan Faris. "Tadi pergi klinik ke?" tanya Faris. Azlin angguk. "dengan Tasya." kata Azlin. "kenapa tak call?" tanya Faris. Azlin geleng. "saje je, nak kasi kejutan sikit. Ni terkejut tak?" tanya Azlin. Faris ketawa. "Of courselah terkejut. Sayang nii!" kata Faris. Azlin menghela nafas. Senyuman mereka belum berhenti lagi. "Ishhh.. Sayang ni. Arsyad nak dapat adik lah ni?" tanya Faris seakan tidak percaya. Azlin angguk. "iyelah.. " jawab Azlin. Faris memegang pipi Azlin. "thank you sayang.. Thank you for being a good mother to Arsyad, for being a good wife to me. I love you so much." ucap Faris. Azlin memegang pipi Faris juga. "Thank you for being a good husband to Sharifah Azlin too abang. I love you too." ucap Azlin. Faris mengucup dahi Azlin lama. "Thank you cik ketua pengawas for accepting me, eventhough at the first time we got married, you seem hate me and not interested to me." kata Faris. Azlin ketawa. "Yeahh.. Seem like that. But now i love you.. And i am always interest to you." balas Azlin. Faris pula ketawa kecil. "jom teman abang mandi." Faris mengenyit matanya. Azlin mengerut dahi. "takpayah. Lain kali je lah. Sejuk malam-malam macam ni nak mandi." kata Azlin. "oh ye ke? Okay lepas abang mandi ni, abang tolong panaskan sayang eh?" kening Faris diangkat. Ada senyuman nakal juga terselit di wajahnya. "takpayah jugak! Mengada je!" lengan Faris ditampar lembut. Faris ketawa. Dalam hati mereka berdoa agar bahagia akan menjadi milik mereka berdua selamanya.

Tamat

Hey readers! Thanks for being faithful in waiting for my updated part in this story. Thanks for the votes too.

LOL from Lyn. 💕💕💕💕💕💕💕



Encik Ketua Pengawas Rakan Sebaya vs Cik Penolong Ketua Pengawas SekolahWhere stories live. Discover now