1

11.8K 491 39
                                    

Hai semua (^_^)

Cerita pendek ni saya tuliskan hanya untuk melepaskan gian menulis. Suka suka sahaja.

Harapnya pembaca akan ikut terjangkit dengan keseronokan saya semasa menulis kisah ni.

Seperti biasa, terima kasih saya ucapkan pada yang sudi singgah membaca ISTIMEWANYA SHARMILA =)

............................................

"Sebelum apa-apa...."

"Minta maaf. Saya tak berminat."

Sharmila kelu. Tidak sangka bicaranya yang baru bermula dengan beberapa patah kata akan dicantas selaju itu.

"Tak berminat?" Minta kepastian. Jika tidak faham, tanya dan minta kepastian. Itu pesan yang sering Sharmila ulang dalam kepalanya sejak kecil.

"Ya, saya tak berminat dengan aturan keluarga kita." Lelaki yang duduk di hadapan Sharmila bersandar tenang di kerusi. Kakinya disilangkan kemas.

"Err...aturan yang mana satu ya?"

What? Kepala Shukri terkebelakang. Wanita di hadapannya itu memang tidak faham atau sengaja berpura tidak faham?

"Berapa banyak aturan yang family awak dengan saya ada?" Sinis Shukri menembak. Wajah jelas keliru Sharmila membuatkan dia semakin geram.

"Err..." Sharmila tunduk melihat jemari yang sedang bermain sesama sendiri. Dalam diam dia cuba menganalisis keadaan.

Keluarganya dan keluarga Shukri ada dua aturan. Satu, projek kerjasama di antara dua syarikat. Dan satu lagi, rancangan untuk menyatukan dua keluarga. Jadi yang mana satu sedang dibicarakan oleh lelaki itu?

"Dua?" Teragak-agak Sharmila mengangkat jari telunjuk dan jari hantunya tegak bersama.

Shukri mendengus. Is this girl for real? What is she? Stupid?

"You're wasting my time." Shukri terus bangun. Ditarik dompet dari poket slack. Sekeping note RM50 ditarik keluar dan diletakkan ke atas meja.

"Balik beritahu parents awak, kita tak serasi. Saya tak berminat nak peristerikan awak."

"Oh..." Mulut Sharmila membentuk 'O'. Baru faham aturan yang mana satu dikatakan Shukri tadi.

"Tapi..." cepat-cepat Sharmila menyambung.

Langkah Shukri terhenti. Dia kembali menoleh memandang wanita genit yang dari duduknya pun sudah jelas kelihatan tidak berkeyakinan.

"Bukan saya yang nak dipasangkan dengan awak."

Kening Shukri naik meninggi.

"Ada wanita lain yang saya tak nampak di sini ke?" Shukri memandang sekeliling. Beriak sinis. Jelas mahu memerli. Dia tidak peduli kalaupun bukan gadis itu yang sepatutnya dijumpai. Apa yang dia tahu, aturan keluarganya itu memang tidak akan diterima!

Sharmila ikut memandang sekeliling. Mencari kelibat wanita lain yang dicari Shukri.

"Saya seorang saja yang ada kat sini." Lembut Sharmila membalas. Tangannya naik menunjuk dada.

Shukri mendecit kasar. Tadi dia hanya menyangka Sharmila berkemungkinan bendul. Langsung tidak disangka yang wanita itu benar-benar bendul!

"Itu dipanggil sarkastik. Sar.kas.tik. Ada faham Cik Sharmila?"

Sharmila terkebil-kebil. Tidak faham kenapa lelaki itu mahu menyinga.

"Saya minta maaf. Bukan niat nak menipu. Tapi adik saya ada hal, jadi dia minta saya wakilkan dia."

"Whatever. Saya memang tak berminat nak berkahwin. Jadi siapa pun yang datang, jawapannya tetap sama." Acuh tidak acuh Shukri membalas. Jam tangan ditilik sekali lalu. Tidak sabar mahu beredar pergi.

"Saya pergi dulu." Walaupun tidak suka, diringankan juga mulut untuk meminta diri dengan cara yang sedikit kasar.

"Kenapa awak tak setuju?"

Ahh....Shukri mengetap gigi. Kenapa semua soalan wanita itu membuatkan dia rasa jengkel?

"Saya tak setuju...maknanya saya tak setuju lah! Jangan banyak soal boleh tak? Awak ingat kahwin ni benda yang boleh dipaksa-paksa ke?"

"Tak. Kahwin tak boleh dipaksa." Sharmila menggeleng. Dia tahu bahawa perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng.

"Itu bukan soalan!" Merah cuping telinga Shukri menahan sabar. Tangan sudah mengepal penumbuk di sisi.

"Oh.." Kali ini sabar Shukri susah menipis. Sebelum bibir mungil yang kerap membentuk 'O' itu disumbat dengan kek yang dihidangkan tadi, lebih baik dia beredar.Kali ini tanpa pamitan, dia terus berlalu pergi. Cepat-cepat menjauhkan diri dari wanita yang memperkenalkan dirinya dengan nama Sharmila itu.

Sharmila anak perempuan Tuan Hasan.



PAGI Sabtu Shukri yang selalunya indah, terus hancur bila dia dipaksa ke rumah Tuan Hasan! Barbeque hari keluarga!

"Why me?" Tajam suara Shukri mengeluh di dalam kereta.

"Jangan banyak bunyi. Mama kata pergi, pergi." Tajam juga terdengar balasan Puan Jun dari tempat duduk penumpang belakang. Bila Ma'am besar sudah bersuara, mana mungkin Shukri mampu melawan.

Shukri melirik imej ibunya dari dalam cermin pandang belakang. Mata mereka bertembung. Puan Jun menjegil, Shukri menjeling.

Hanya semata-mata untuk memastikan anaknya tidak melarikan diri di pertengahan jalan, Puan Jun sanggup menaiki kereta Shukri. Disebabkan itu juga anaknya terpaksa memandu kereta dengan kadar lajuan sederhana. Tidak mahu dibebel.

"Ri tak mahu. Kenapa Mama dengan Papa masih nak paksa?" Shukri mengambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa tidak setuju dengan aturan jodohnya. Tempoh hari dia sudah menegakkan pendiriannya yang tidak mahu hidupnya diatur. Jika dia mahu berkahwin, dia sendiri yang akan memilih calon isterinya, bukan orang lain.

"Ada Mama cakap nak paksa Ri?"

"Dah tu buat apa paksa Ri pergi event family diorang?" Bengang pula bila hari cutinya disekat dengan aktiviti yang tidak menguntungkan itu.

"Tuan Hasan jemput Abah, kena lah pergi. Sekali dengan nama Ri pun disebut."

"Adalah tu. Sengaja nak temukan Ri dengan anak dia kan?" Selamba Shukri menembak. Tidak puas hati.Satu tangan liar datang dari arah belakang. Tanpa amaran memiat telinga Shukri.

"Aduhh!! Mama!!!" Shukri menjerit kuat. Ditarik kepalanya sejauh mungkin dalam keadaannya yang sedang memandu.

"Ri tengah drive ni!" Bentakan Shukri menambahkan satu lagi tamparan di bahunya. Pap! Pedihnya membuatkan dia menggeletikkan bahu beberapa kali.

"Ri yang nanti nak jadi ketua projek kerjasama tu kan? Dia nak berkenalan dulu dengan Ri. Otak tu, asyik nak cari salah orang saja! Cuba fikir yang baik-baik."Shukri mendengus. Fikir yang baik-baik? Kalau isu itu berkaitan dengan hal perkahwinannya, kepala memang selamanya tidak akan berfikir yang baik. Ada saja angin jahat mahu menular masuk.

Sampai di rumah Tuan Hasan, sekali lagi Shukri mengeluh bila melihat deretan kereta yang sudah menanti. Kereta Abah juga ada sama, terselit di celahan kereta lain.

"Buat perangai elok-elok!" Puan Jun mengingatkan sekali lagi sebelum mereka menapak ke arah halaman luas yang sudah dipenuhi ramai orang.

"Tahulah!" Shukri membalas sama. Tidak suka ditegur tentang hal kecil begitu. Dia juga tahu membezakan waktu dan tempat untuk membuat perangai. Dengan Mama dan Abah, boleh lah 24 jam dibuat perangai keanak-anakannya. Tapi di khalayak ramai, dia akan memakai topeng sopannya seketat mungkin.

Dijamin tidak akan tertanggal!

Istimewanya Sharmila ( ✔ )Where stories live. Discover now