HARAPAN

8 0 0
                                        

takut...
hormat...
kebenaran...
jaga hati...

takut abah akan marah..
sebab dia dh berusaha betulkan tayar itu untuk aku..
tapi entah kenapa, aku rasa abah seakan sambil lewa...
tak bersungguh nak betulkan tayar itu..
aku dapat rasa, seperti ada yang tak ikhlas dan tak redha tentang penukaran tayar ini...

hormatkan abah...
aku bincang dulu dengan dia sebelum aku tukar tayar itu...
minta izin dari abah...
tuan empunya motor...
agar tak bertindak melulu...
nanti dia kata aku membelakangi dia...

kebenaran yang aku harapkan nampaknya berbeza...
aku seolah bermasalah untuk abah...
banyak songeh...
hari tu, cecair tayar keluar...
hari ini tayar motor bergoyang...
aku nak cakap...
aku nak beritahu...
aku nak maklumkan...
yang pekara nie serius...
merbahaya...

tapi....
aku tak tahu langkah yang betul..
semua hipotesis aku cipta...
agar keputusan yang terbaik akan ku terima...

sekali lagi tapi....
aku tiada guru yang nak semak hipotesis aku betul...
aku tiada guru yang nak maklum keputusan aku betul...

apa yang aku ada...
penilai yang tak pernah jaga hati...
selepas aku ambil keputusan...
sepatutnya kau jangan buat begini...
sepatutnya kau perlu buat begitu...
kau salah, dari awal perlu buat yang ini...
kau salah, buat begini yang terbaik...

manusia...
suka menilai...
mereka rasa, hanya mereka yang betul...
mereka rasa, tindakan aku semuanya salah...
tiada kata semangat...
tiada kata bantuan...
hanya...

pematah...
pematah semangat...
yang tiada kenal erti apa itu menjaga hati...

sabarlah duhai hati...
kuatlah wahai diri...

ceramah radio telah katakan...
saat kamu merasa diri kamu yang terbaik dan sempurna...
sebenarnya kamu adalah manusia yang jahat....

LuaHWhere stories live. Discover now