Dheo juga punya kisah seperti Lucca? Kisah lebih kurang Lucca. Lucca juga pernah cakap yang kisah zaman kanak-kanak Dheo juga tak seindah orang lain. Ini entah kali ke berapa aku mendengarnya. D'Ambrusio. Apa kisah keluarga D'Ambrusio ni? Dan aku tahu kalau aku tanya Lucca, jawapan aku dapat mesti sama.

It is not my story to tell. Nak tanya tuan punya badan? Hmmm... Janggut aku dah tumbuh pun belum tentu dia bercerita.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Apa dah jadi malam ni? Kenapa dia kena tembak? Kenapa kepala awak berbalut?" korekku lagi.

"I can't tell you. If you want to know, you have to ask Dheo yourself."

Jawapan yang aku dah agak.

"Was it something illegal?"

Dadaku berdebar ingin tahu. Kalaulah Lucca angguk, aku tak tahu apa yang aku akan rasakan. Hatiku mungkin hancur walaupun aku tak tahu kenapa.

"Jangan risau. Dheo takkan lakukan sesuatu yang illegal sekarang. It's against his principle."

Aku tarik nafas lega lepas Lucca cakap macam tu. Maksudnya apa yang jadi malam ini bukan disebabkan sesuatu yang haram. Mungkin sesuatu yang berisiko dan bahaya. Atau mereka sebenarnya mangsa keadaan?

Tapi apa dia? Mereka ni ejen perisikan ke apa? Pening kepala aku nak fikir.

"Go to sleep, principessa. Dah lewat ni. Maaflah sebab kami redah rumah awak. Because it is the closest."

"It's okay. Lagipun, ni rumah Dheo," jawabku. Kenyataan. Dheo tuan rumah ni. Apalah kuasa aku pada rumah ini berbanding dengan Dheo?

"Awak tu pun kena rehat, Lucca. Awak tu pun cedera," nasihatku pula.

Aku menguap sekali. Baru rasa mengantuk. Hati pun dah tenang bila dah tengok Dheo. Aku bangun dari dudukku. Melangkah keluar. Sempat kepala berpaling sekali lagi untuk melihat Dheo.

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun untuk menyiapkan sarapan. Sarapan yang ringkas. Aku hanya sediakan pancake dan roti bakar. Aku masakkan juga semangkuk bubur untuk Dheo. Tipikal makanan orang sakit. Satu teko teh O panas turut disediakan. Rumah masih sunyi. Mungkin semuanya masih penat.

Fikiranku melayang pada Dheo. Sebaik sahaja aku buka mata, memang Dheo yang pertama aku ingat. Dia macam mana hari ni? Dah bangun ke? Dah okey sikit ke?

Lepas aku letak apa yang aku masak di atas meja di ruang makan, kaki diayun ke bilik tidur Dheo. Ingin melihat keadaan Dheo. Sebaik sahaja aku mendekati pintu bilik Dheo yang sedikit terbuka itu, dapat kudengar suara bagaikan orang bertikam lidah.

Tekap telinga di pintu. Nak curi dengarlah kononnya! Sekali dengar per favore, preoccupata dan entah apa lagi yang telinga tak sempat tangkap. Dia orang cakap Itali daaa! Tekap telinga sampai subuh besok pun aku takkan faham.

Note pada diri sendiri. Mohon belajar Bahasa Itali nanti.

"Morning." Aku memunculkan diri. Sapa pun sekadar untuk memaklumkan kepada mereka tentang kewujudanku. Supaya mereka berdua kalau nak bertegang leher pun, sila pandang kiri kanan.

Diam. Masing-masing berpaling ke arahku. Dheo dah buka mata tapi masih berada di atas katil. Dan Lucca berdiri di sebelah katil Dheo.

"Morning, principessa." Hanya Lucca yang sapa aku.

Dheo pula hanya serius di atas katilnya.

"Apa dah jadi? Kenapa awak berdua bergaduh?" soalku ingin tahu.

"Oh, tak ada apa-apa! Cuma bos kita ni degil nak bersiap pergi kerja."

"What? Are you kidding me?" Suaraku sedikit kuat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DHEO'SWhere stories live. Discover now