Ya... Ya... Aku curious! Nak buat macam mana? Aku ni memang tinggi sifat rasa ingin tahu. Dah tahu aku macam tu, mohon jawab soalan aku.

"We're going to The Mines. Ada Art Exhibition."

Dengar aje Art Exhibition, terus bersinar mataku.

"Ya ke?" tanyaku teruja. Tak boleh nak kawal.

"Tapi... Kenapa bawa saya? Kenapa Cik Nancy tak ikut?" Aku bertanya lagi.

Bila dia suruh aku ikut dia, aku ingatkan Nancy ikut sama. Maklumlah... PA, kan. Tapi, bila masuk kereta, aku tengok cuma ada Dheo, aku tahu yang PA dia tu dah kena tinggal. Pelik juga bila Dheo bergerak tanpa PA dia. Tapi, siapalah aku nak pertikaikannya, kan?

"Ni bukan pasal kerja, so kenapa dia nak kena ikut?" Mudah jawapan Dheo.

Kalau bukan pasal kerja, kenapa saya pula yang kena ikut? Soalan yang sama terlintas, tapi tak terluah.

"Lucca told me that you fancy artworks."

Terus aku pandang Lucca. Macam mana Lucca tahu? Oh, baru teringat! Kejadian aku terceroboh masuk galeri peribadi Dheo. Macam mana aku boleh lupa?

Tiba-tiba aku telan liur. Aku haraplah cuma itu yang Lucca cerita. Lucca yang seakan-akan tahu gundah dalam hatiku memandangku melalui cermin pandang belakang. Senyuman dihadiahkan. Dan aku tahu yang rahsia masih selamat dalam kocek. Yang aku dan dia masih partner in crime sejati.

Lega sikit hati aku.

"Haah... Saya suka melukis," jelasku. Cakap pasal melukis, aku baru sedar aku dah lama tak melukis. Tangan aku dah lama tak dicemari dengan warna-warna cat. Buku lukisanku entah-entah dah berhabuk. Tiba-tiba rasa rindu yang amat.

"Encik pun sukakan seni ke?"

Giliran aku mengorek. Teringat balik galerinya dulu. Lukisan yang ada bukan sekeping dua. Pelbagai jenis. Pelbagai seniman. Dan yang paling banyak adalah...

J.H.

Nak aje aku tanya siapa J.H? Tapi kalau aku tanya, aku yakin Dheo akan syak sesuatu. Elok-elok rahsia tersimpan, semuanya pecah. Kerana apa? Kerana mulut tempayanku yang tak reti nak tutup.

"Ya... I love arts."

"Encik pun pandai melukis?"

Aku nampak dia sedikit terkedu. Kemudian dia pandang aku sekali. Aku nampak dia angguk sekali.

"Wah... Encik pun pandai melukis?"

Sekali lagi aku teruja. Bila kita jumpa geng, siapa tak gembira? Lagi... Aku sungguh tak sangka mamat wajah beku macam dia pun berjiwa seni.

Dalam kepala, entah kenapa aku bayangkan Dheo yang sedang melukis. Pakaiannya kotor dengan warna cat. Tangan besarnya pegang berus cat. Dengan muka seriusnya, tangannya menzahirkan apa yang berada dalam fikirannya.

Ada masanya, boleh bergurau senda. Kacau orang sedang melukis pun seronok. Dan sebab itulah, senyap-senyap aku calitkan cat di tanganku. Perlahan-lahan serang hendap. Bila tiba masa yang sesuai, aku calitkan warna di hidung mancungnya.

Wajah dia terkejut. Muka nak marah. Tapi sudahnya, dia gelak. Gelak yang sangat bahagia. Wajahnya bercahaya. Dia cuba kejar aku, tapi aku lari. Akhirnya, kami gelak bersama.

Kami?

Terkedu aku dengan bayangan itu. Telan liur! Bukan main tinggi imaginasiku. Sampai-sampai boleh rasakan dah macam realiti. Dah kenapa aku nak fikir pasal dia? Aku malu sendiri.

"But... I've stopped painting."

"Kenapa?"

Aku kecewa mendengarnya.

DHEO'SWhere stories live. Discover now