"I hope one day you'll find your heart back, supaya awak boleh belajar menjadi manusia semula."

Menyilau pandangan mata Karl.

"Do not try me, Maryam. You wouldn't like to see what happens when you fight fire with fire. Jangan bagi saya peluang untuk hancurkan awak sekali lagi. Awak takkan dapat bangun."

"Semua baik-baik saja, ke?" Lisa muncul dengan raut muka bimbang. Matanya silih berganti antara Maryam dan Karl.

"No." Sedikit kuat suara Maryam membalas pertanyaan Lisa. Maryam tidak tahu sejak bila Lisa berada di sisinya. Dia harap Lisa tidak mendengar isi perbualannya dengan Karl tadi.

"Saya nak balik," sebut Maryam. Beg totenya diraih dan dia mula melangkah. Dia tahu dia telah menjadi kawan yang sangat kurang ajar. Kawan yang tidak menjaga air muka kawan sendiri. Namun keadaan terlalu teruk, memaksa Maryam mengambil inisiatif bersikap kurang ajar.

Sayup-sayup dia mendengar namanya dipanggil. Namun langkahnya semakin deras. Hujan turun lebat sewaktu dia membuka pintu restoran. Payungnya yang diletakkan di tepi pintu masuk restoran itu diambil.

"Maryam." Suara Lisa, begitu dekat. Apabila Maryam berpaling, Lisa sudah berada di sebelahnya.

"Kita balik sama."

"Aku boleh balik sendiri. Lagipun apa kata mereka kalau kau balik awal."

"Kau kawan aku, mestilah kau lebih penting berbanding mereka. Lagipun dah lewat ni, aku penat."

Langkah Maryam terhenti. Dia memandang Lisa tepat. Raut wajah tegangnya mulai kendur.

"I'm sorry, Lisa. Aku rosakkan hari bahagia kau."

"Nope," kata Lisa. Tangannya melingkar lalu lengan Maryam dipaut mesra.

"Aku masih lagi gembira sebab kau orang semua sudi meraikan berita gembira aku."

Tunduk kepala Maryam. Rasa bersalahnya menebal.

"Fasal Karl tu, kau janganlah kisah sangat. Bella dah cerita dekat aku, yang Karl tak suka kau jadi brides maid Bella. Tapi keputusan tu di tangan Bella. Karl takkan menang kalau Bella berkeras."

"Tentang hal tu, aku akan beritahu sendiri pada Bella. Aku tak boleh jadi brides maid dia."

"Kenapa? Sebab Karl?"

"Aku tak nak keruhkan hubungan mereka berdua. Kalau boleh elak, kita elak. Tak eloklah kalau mereka berdua bertegang urat fasal aku."

Lisa nampak seperti berfikir panjang. Dia memandang Maryam, memandang tepat pada mata Maryam.

"Aku harap Bella dapat pujuk kau."

Keluhan Maryam mengisi suasana. Bercakap tentang Karl selalu melelahkan hati Maryam.

"Kau parking kereta dekat mana?" Maryam memberi isyarat supaya cerita tentang bridesmaid ditamatkan.

"Follow me."

Baru sahaja memasuki perut kereta, Lisa kembali bersuara. Pandangan matanya nampak galak dan penuh usikan.

"Aku nak cakap ni, tapi apa aku cakap ni base on my point of view."

"Kalau fasal Karl, aku tak nak dengar." Maryam menggelengkan kepalanya. Jari telunjukkan ditarikan di depan Lisa.

Lisa ketawa. Enjin kereta telah dihidupkan. Brek tangan turut diturunkan. Kurang sepuluh saat, Suzuki Swift warna hitam milik Lisa telah memasuki jalan besar. Baru semalam Lisa memandu semula keretanya setelah hampir seminggu dirawat di bengkel.

"Bukan fasal Karl, tapi Isa. I think he likes you, even his mother likes you very much."

"Lisa, aku tak pernah terfikir nak bercinta dengan boss kau."

MARYAM | Best Seller Where stories live. Discover now