"Iyelah," angguk Daud.

Setelah itu Mia mengangkut beberapa fail-fail projek syarikat keluar dari pejabat Daud.

"Keuntungan. Duit. Kalau duit-duit syarikat ini mestilah si Mira yang uruskan. Hmmm, something wrong somewhere ni," ucap Mia perlahan sambil berjalan.

"Mira ada?," tanya Mia kepada Puteri, selaku assistant Mira.

"Cik Mira baru je keluar tadi," jawab Puteri.

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu?," sambung Puteri kembali.

"Oh takpe," geleng Mia. Pukul 12 tengah hari pun belum lagi, ke mana Mira menghilang?

Mia meletakkan fail yang dipegangnya tadi ke atas meja kosong. Kemudian dia cepat-cepat menceroboh ke dalam pejabat Mira setelah dia memastikan Puteri sibuk dengan kerjanya.

Fail kewangan di atas meja Mira diambilnya. Lantas cepat-cepat dia keluar dari pejabat Mira dan berlalu turun ke pejabatnya.

"Woo banyaknya fail," tegur Amin.

"Meh saya tolong." Tanpa menunggu jawapan dari Mia dia mengambil sedikit fail dari tangan Mia.

"Terima kasih Amin."

"Oh by the way awak boleh tolong saya tak?," tanya Mia.

"In shaa Allah selagi terdaya saya akan bantu Cik Mia. Cik Mia mahu saya bantu apa?"

"Emm, awak tolong saya siasat pasal keluar masuk wang syarikat ni boleh?," bisik Mia. Tak mahu ada yang pasang telinga.

"Hemm, in shaa Allah Cik Mia. Bila Cik Mia nak?," tanya Amin.

"As soon as possible. Aaa, hal ni antara kita-kita je ya."

"Baik Cik Mia," janji Amin seraya berlalu ke pejabatnya setelah membantu Mia.

"Banyaknya kerja sayang," tegur Danial.

"Bak sini sikit. Biar saya tolong bawakan." Kebetulan dia pulang serentak dengan Mia.

"Kali ini saya pula yang banyak kerja. Sampai kena bawa balik rumah," keluh Mia. Baginya di rumah adalah masa dia untuk meluangkan masa bersama keluarganya serta menguruskan hal rumah tangganya. Kerja syarikat baik selesaikan terus di syarikat.

"Adat bekerja macam ni lah sayang."

"Awak dah makan?," tanya Mia.

"Belum. Sayang?," tanya Danial kembali.

"Sama lah. Saya sibuk analisis fail-fail ni sampai lupa makan. Nanti saya masakkan untuk awak."

"Saya tolong sayang." Kesian isteri dia penat-penat dah kena layan makan minum dia.

Usai mandi dan solat asar Mia terus menuju ke dapur. Nak masak apa ye?

"Kailan ikan masin, ayam berempah dan telur dadar," ucap Danial sambil turun ke dapur.

Mia lalu membuka peti untuk melihat bahan-bahan untuk memasak lauk yang dipinta Danial.

"Awak tolong saya potong kailan dengan bawang ni boleh?," pinta Mia.

Danial lantas mengambil pisau dan memotong sayur tersebut manakala Mia mula memerap ayam dengan kari dan sebagainya.

"Auch!!," jerit Danial.

"Kenapa?," tanya Mia cemas.

"Mata pedih, bawang," adu Danial.

Lalu Mia cepat-cepat memimpin Danial menuju ke sinki. Dibasuhnya wajah Danial dengan air.

"Okay tak?"

Danial geleng. "Tiupkan."

Mia lantas mendekatkan wajahnya kepada wajah Danial. Kemudian dia meniup mata Danial.

Danial mencelikkan matanya lalu memandang ke dalam mata Mia yang bersungguh meniup matanya. Padahal matanya sudah tidak pedih lagi. Danial merangkul pinggang Mia lalu terus mendekati wajahnya.

Melihat wajah Danial mendekati, Mia menutup matanya.

Tiba- tiba, 'Grrrrrr.....'

Danial menjauh apabila terdengar bunyi keroncong dari perut Mia. Danial tergelak. Mia pula menunduk malu. Merah pipinya.

"Jom lah sayang. Kita makan dulu," ajak Danial lalu menurunkan Mia.

"Tapi telur dadar tak goreng lagi."

"Tak mengapalah. Kita makan je apa yang ada." Danial lalu menyendukkan kailan ke dalam pinggan.

Setelah mengaminkan doa mereka makan tanpa bersuara. Mia menunduk sedikit wajahnya. Bahang malu masih menebal dalam dirinya.

Usai makan mereka solat maghrib dan Ishak berjemaah.

Selesai solat Mia terus mengadap fail-fail syarikatnya. Salah satu sebab utama dia sibukkan dirinya dengan fail syarikat gara-gar nak lari dari Danial. Takut perkara di dapur berulang atau lagi teruk.

"Sayang jangan tidur lambat sangat tau," nasihat Danial. Dia mencium dahi Mia sebelum berlalu mengambil novel bertajuk Underworld karya Meg Cabot dan baring di sofa berdekatan dengan tempat kerja Mia.

Mia hanya diam membatu. Dia kemudian meneruskan kerjanya.

"Huarggggg.... Dah pukul 1 pagi rupanya," nguap Mia. Mia mengemas meja kerjanya. Tiba-tiba dia terpandang Danial yang sedang nyenyak tidur di atas sofa. Tak sangka Danial sanggup menemaninya di sofa selama dia menguruskan kerja pejabatnya.

Mia menyelak rambut yang menutupi dahi Danial dengan perlahan-lahan. Dia merenung wajah Danial yang sedang nyenyak tidur. Orang kata nak lihat rupa sebenar seseorang itu adalah sewaktu dia tidur. 'Comel,' getus Mia dalam hati.

"Kenapa saya? I think I've fall in love with you. Jadi janji walau apa yang terjadi jangan pernah tinggalkan saya," bisik Mia lalu dia mencium dahi dan pipi Danial. Kemudian dia terlelap di sisi Danial.

Pagi keesokkannya Mia bangun dan menyedari dia sudah berada di atas katil dan dalam pelukkan Danial. Cepat-cepat dia bangkit dan menguruskan dirinya. 

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now