Bab 1

7.4K 94 5
                                    

**DARAH DARA** PART 1

Tahun 2018.....

       Ikmal memakirkan kereta Toyota Viosnya di kawasan rehat rnr lebuhraya utara selatan. Setelah penat memandu, Ikmal bercadang ingin berhenti sebentar di rnr itu buat beberapa ketika.

Sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari perut kereta, sempat dia melirik jam berjenama di tangan kirinya. Waktu sudah pun menunjukkan ke pukul 10.45 malam. Ikmal mengeluh. Penat dengan pemanduan yang panjang.

Lalu terus sahaja dia keluar dari perut keretanya yang diparkir betul-betul berhadapan dengan kereta Volkswagen Beetle lama keluaran tahun 1960. Ikmal memandang kereta Volkswagen itu dengan ekor matanya sahaja. Namun, langkahannya terhenti apabila sudah menghampiri betul-betul dihadapan kereta Volkswagen itu. Entah kenapa dia merasakan kereta Volkswagen  dihadapannya ini sangat cantik pada pandangan matanya. Dirinya bagai ditarik-tarik untuk lebih dekat lagi pada kereta itu.

Walaupun waktu pada ketika itu sudah pun sudah semakin lewat, tetapi dengan bantuan cahaya lampu jalan dan limpahan cahaya dari kedai-kedai makan di kawasan rnr itu sedikit sebanyak membantu matanya melihat rupa dan warna kereta Volkswagen lama itu. Warna putih susu pada kereta Mercedes itu sangat memukau pandangan matanya.

"Pandai tuan kereta ni jaga kereta dia...." monolog Ikmal.

Justeru itu sempat dia mengeluarkan handphone di dalam poket seluarnya. Tanpa membuang masa, terus sahaja dia menangkap gambar kereta Volkswagen itu. Setelah puas melihat hasil foto kereta Volkswagen itu di dalam galeri handphonenya, Ikmal terus berjalan menuju ke kedai makanan yang masih lagi dibuka menerima kunjungan pelanggan jauh dan dekat untuk mengisi perut.

Tanpa disedari ada sepasang mata sedang memerhatikan setiap tindak tanduknya. Seseorang yang sedang memerhati setiap tingkahnya. Iaitu sejak dari awal dia tiba lagi di kawasan rnr itu. Dari saat Ikmal menangkap gambar kereta Volkswagen putih itu lagi, sudah ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya.

Ikmal meraba-raba perutnya yang sudah berkeroncong dek kerana kelaparan. Diusap-usap perutnya yang meronta-ronta minta diisi.

Kemudian dia melalui deretan kedai- kedai makan itu. Hanya terdapat tiga buah kedai sahaja yang masih dibuka untuk menjamu  penghuni lebuh raya yang masih setia melalui lebuhraya itu. Salah satu kedai makanan telah mula menggamit seleranya. Tanpa berlengah, menu makanan segera dipesan agar perut yang kelaparan dapat diisi segera.

Usai menjamah makanan yang sudah dipesan, Ikmal tersandar kekenyangan sambil mengelap mulutnya yang masih berbaki dengan minyak makanan.

Sedang Ikmal yang masih lagi tersandar, tiba-tiba dia didatangi seorang pemuda yang kelihatan seusia dengannya. Apabila melihat dari segi luaran, gaya pemuda itu tidak ubah seperti seorang ustaz dari pejabat ugama. Bersongkok, berkemeja lengan panjang serta berseluar slack.

"Assalamualaikum...." lembut ucapan salam dari pemuda itu. Lalu tangan segera diangkat ke atas tanda lambaian perkenalan kepada Ikmal.

Ikmal terkejut. Terkejut kerana dilambai seseorang yang tidak dikenalinya. Walaubagaimana pun Ikmal tidak segera membalas kembali lambaian dari pemuda berwajah polos itu. Sungguh pun begitu matanya masih tersorot pada pemuda itu. Kemudian dia menoleh kebelakang, cuba meninjau kalau-kalau lambaian dari pemuda itu ditujukan untuk orang lain. Sekurang-kurangnya tidaklah dia merasa malu apabila ingin membalas kembali lambaian dari pemuda itu.

Kini pemuda itu sudah berada dihadapannya. Ikmal terdiam. Tidak tahu hendak berbuat reaksi yang bagaimana. Lalu....

"Waalaikumsalam ustaz....." balas Ikmal tersipu-sipu.

Pemuda itu hanya tersenyum. Faham dengan reaksi yang ditunjukkan Ikmal itu padanya. Sesungguhnya pemuda itu langsung tidak ambil hati. Malah dibalas dengan satu senyuman yang ikhlas.

DARAH DARAWhere stories live. Discover now