"Tengku Nur Maira Irdina!"
Maira berpaling memandang ibunya, Tengku Wardah Sofea.
"Pergi ambik air yang ibu dah bancuh tu! "arah Puan Wardah lalu duduk di atas sofa. Maira mengeluh, baru je nak tengok anime, ibu dah kacau.
"Baik bu! " Maira patuh, sempat lagi dia menyelitkan remote tv ke dalam sisi sofa. Tak nak ibu tukar channel. Laju tangan Maira mengambil beberapa biskut kering, selepas meletakkan teko dan beberapa cawan di atas dulang.
Maira tersenyum memandang wajah ibunya yang monyok.Tengah cari remote tv laa tu.
"Kenapa ibu pandang kakak macam tu? "soal Maira sambil menuangkan air teh ke dalam cawan. Matanya pula ralik menonton anime kegemarannya di tv.
"Mana remote tv? Ibu nak tengok berita yang ibu rakam semalam. " Puan Wardah berkata sambil matanya melilau mencari remote tv yang disorok anaknya.Muka Maira terus berubah monyok.
"Alaaaa buuu! Kakak nak tengok cerita kakak ni. " Maira merengek kecil. Lama gila dah tak tengok cerita kegemarannya itu, tapi ibu dia pulak nak tukar.
"Bukan best pon! Kakak kan dah besar, tengok cartoon lagi buat ape. " Bulat mata Maira dengar ibunya mengutuk cerita kegemarannya.
"Ibuuu, first itu bukan cartoon. Itu anime, dua dua lain ea. Second, perlu ke ibu tengok berita?Kakak tak suka tengok berita, bosan..."Laju Maira membalas.
"Eh ibu pulak tak suka tengok cite kakak ni, tak de tak de bagi ibu pulak tengok tv. Haih ,umur dah besar pun tengok cartoon lagi.."arah Puan Wardah tegas. Maira terpaksa akur.Diberi juga remote tv yang disoroknya tadi.
Maira mengambil iphone nya yang diletakkan di atas meja. Nak hilangkan bosan, instagram lah jawabnya.
"PUTERA MAHKOTA KERAJAAN AIREEZ TELAH DIJUMPAI SETELAH 20 TAHUN MENGHILANG "
Perhatian Maira terganggu seketika apabila terdengar ucapan pemberita tadi. Terasa menarik pulak nak tengok berita kali ini.
"Putera mahkota yang hilang 20 tahun yang lalu akibat diculik telah ditemui semula namun rupa sebenar putera mahkota masih lagi tidak diketahui sehingga sekarang " ucap pemberita itu mula mengakhiri ucapannya berkenaan Kemunculan putera mahkota sebelum menukar topik baru.
Maira mengeluh, baru je nak tahu perkembangan. Siapa je tak tahu tentang kehilangan putera mahkota negara ni. Sudah dibuat pencarian namun masih tak jumpa. Akhirnya berita tu makin hilang ditelan zaman sampailah tiba tiba muncul sekarang.
"Ibu, mana along bu? "Soal Maira sambil matanya ligat mencari kelibat alongnya.
"Along pergi jumpa kawan dia tadi " jawab Puan Wardah sambil mata sibuk menonton tv.
"Ohhh..." Sekali lagi Maira mengeluh. Baru nak gosip.
" Along dah balik!!!!!! " jerit Qaira saat dia masuk ke dalam rumah. Maira menoleh lalu tersenyum. Gosip time!
" Along!!!!Along...jom jom naik atas...Rugi along tak de tadi ,ade gosip menarik ni... " Maira terus menarik tangan kakaknya, Tengku Nur Haniey Qaira. Qaira akur ,walaupun dia masih penat.
"Hah ape benda?" soal Qaira setelah mereka selamat berada di dalam bilik.Adiknya yang terkinja kinja itu, dia pandang sebelah mata.
" Nii ,niii...Along tahu tak? Putera Mahkota kita dah jumpa ditemui semula...Omaigodd...Mesti orang lain terkejutkan..." Ucap Maira teruja.Gila tak teruja, dia paling benci kalau Fateh,putera bongsu Negara Airezz jadi pewaris takhta. Perangai macam hape jer... Perempuan keliling pinggang. Kalau putera sebenar dah balik ,sah sah la dia tak jadi pewaris takhta dah.Ohohoho...
" Lah, tak kan la kakak baru tahu kot.Berita ni dari semalam lagi tau..." Ucap Qaira tergelak.Maira berpaling memandang kakaknya.
"Hah, so along dah lama tahu la ni ! Along tahu macam mana ?" soal Maira tak puas hati. Bukan semalam ibu tak bukak berita ke.
" Kakak ni dah duduk zaman mana? Sah sah berita tu dah tersebar dekat instagram,twitter, facebook semua laa... Kakak je yang ketinggalan zaman.." kutuk Qaira lalu tergelak. Memang itu la kebenarannya, Maira memang selalu lambat. Orang dah lama tahu benda tu ,dia baru tahu harini.
"Ish ,diam ah! Okeh,tukar topikk!! Tadi, along gi mana ? Dating dengan abang Fawwaz lagi eaa? Kantoi ah!" usik Maira supaya Qaira pula berasa malu. Tapi benda lain yang dia nampak. Muka kakaknya itu kelihatan sedih.
"Memang keluar dengan dia pun.." jawab Qaira perlahan.
"Kenapa? Ade ape ape jadi ke, Abang Fawwaz buat ape kat along? " soal Maira tanpa henti. Risau betul dia kalau ade orang ganggu kakaknya.
" Tak de la.Dia tak buat ape ape pun..Dia cuma bagitahu something je kat along..." balas Qaira. Maira makin pelik.
"Bagitahu ape ?" soal Maira.
"D-dia la...putera mahkota yang hilang tu.." perlahan Qaira menjawab tapi masih dapat didengari Maira.
"Omaigod!"
Tbc~
Hyeee,guysss~~~ Sape baru baca cite ni ,baguslah.Sape yang dah lama baca,harap diulangin lagi, sebab sis ingat nak ubah sikit cite ni. Cara penulisan pun mungkin ubah skit. Bila sis baca balik ,rasa mcm nak tepuk dahi kat dinding. Mcm hape jer, hehe so harap dimaafin yah.
But ,yah hope u guys still baca and vote..,Oh kalau dah tukar ni mungkin peluang nak update tu besar laa.Ohoho...Tata..
YOU ARE READING
The Royal Prince
Romance(Remake) _(:з」∠)_ ʕ•ﻌ•ʔTengku Nur Maira Irdina Jika dulu,dia hanyalah seorang rakyat biasa, kini hidupnya mula dikelilingi dengan golongan diraja. Dalam sekelip mata , hidupnya mula berubah lagi apabila Si putera mahkota tiba tiba datang melamar dia...
