I'm back

105 2 0
                                        

Seoul Airport

(Kai's pov)

6 tahun sudah berlalu. Aku kini kembali ke tanah air, Korea. Pengajianku di Oxford University sudahpun tamat. Abangku Kyuhyun, masih lagi menetap di United Kingdom atas urusan kerja, manakala aku mengambil keputusan untuk kembali menetap di Korea.

"Kai!" Seseorang memanggilku dari belakang.

"Jisoo~yah" balasku sambil tersenyum.

"Sorry lambat, I pergi toilet tadi" ujar Jisoo.

"Never mind"

"Mana kawan you?" Soalnya sambil membetul-betulkan skirtnya.

"I dah call dah, dia kata dia dah nak sampai dah"

"Oh really? Okay then kita tunggu kat depan tulah" ujarnya lagi.

"Okay" balasku dan kami pun beredar.

Jisoo merupakan seorang gadis yang belajar di Oxford University juga tetapi kos yang berlainan. Namun dia sangat rapat denganku selama aku menuntut pengajian disana. Dia merupakan satu satunya gadis Korea yang aku kenal di UK. Jadi kemana sahaja aku hanya selesa bersamanya, tapi tak lebih dari seorang kawan. Aku lebih memilih Jessica untuk menjadi teman sehidup semati.

-------------

Kai dan Jisoo masih menunggu kehadiran seseorang yang akan menjemput mereka. Tak lama kemudian.

"Kai~yah" suara Vernon memanggil.

Kai tersenyum lebar melihat sahabat baiknya itu.

"Yaa~Vernon" laju Kai meluru kearahnya dan memeluk erat.

"Wehh, aku rindu kau bro" ujar Vernon yang begitu excited.

"Aku pun rindu kau jugak bro. Aduhai banyak perubahan aku tengok kau ni. Makin handsome" omel Kai sambil menepuk nepuk bahu Vernon.

"Alah apa kurangnya kau. Makin putih melepak dah macam orang UK dah aku tengok" usik Vernon pula.

"Takdelah" balas Kai lalu tersenyum lebar.

Kemudian mata Vernon terpana kearah Jisoo.

"Siapa tu?" Bisik Vernon pada Kai.

"Ohh ini aku kenalkan, Jisoo. Kawan aku masa kat UK. Jisoo, kenalkan ni kawan baik I Vernon" Kai memperkenalkan Jisoo pada Vernon. Dan mereka pun berjabat tangan.

"Hi, I'm Jisoo" Jisoo bersuara.

"Vernon" balas Vernon sepatah.

Jisoo hanya tersenyum melihat Vernon.

"Awak ni girlfriend baru Kai ke?" Soal Vernon.

Jisoo hanya mendiamkan diri lalu memandang Kai.

"Hahahaha kau ni, suka bergurau kan? Ehh budak budak lain Suho Gikwang semua takde?" Kai menukar topik dan mengangkat bagasinya masuk kedalam bonet. Jisoo hanya tersenyum dan menyusuri Kai memasukkan bagasinya kedalam bonet.

----------
Didalam kereta sewaktu dalam perjalanan. Kai & Vernon rancak bersembang, manakala Jisoo hanya mendengar lagu pada telefon bimbitnya.

"Kau kira dah habis belajarlah ni? Kau takde balik balik UK dahlah?" Soal Vernon.

"Balik UK tu adalah tapi untuk singgah jenguk abang aku je"

"Oh abang kau tak balik sini?"

"Nope, dia dah selesa kerja kat sana. So dia kerja jelah kat sana"

Ti Amo, BestfriendWhere stories live. Discover now