1.

11 1 6
                                        

Hana's POV

Telefon bimbit di pegang erat. Seakan-akan tidak percaya bahawa aku akan melalui semua ini. Semuanya hanya kerana........ harta. Dan aku yang menjadi mangsa.

"Hana, dah siap tak? Pengantin lelaki dah tunggu lama ni." kata Tengku Zulaiha sambil mengetuk pintuku tanda dia mahu aku untuk segera turun kebawah bagi meneruskan majlis.

"Okay ma, kejap lagi Hana turun", balasku. Mahu tidak mahu aku kena hadapi semua ini.

Aku dengan berat hati melangkah keluar diiringi dengan degupan jantungnya yang kuat. Aku seperti tidak percaya dengan semua ini.

"Haaa dah turun pun pengantin perempuan, boleh lah kita mula ye majlis kita" kata Imam Izam selaku tok kadi sambil tersenyum indah ke arahku. Aku tersenyum kelat. Aku melihat ke arah bakal suami ku, dia juga mempamerkan senyuman kelat kepada semua. Tidak tahu, samada senyuman itu menunjukkan yang lelaki itu nervous atau dia tidak suka dengan perkahwinan ini.

Ya Allah, betulkah apa yang aku lakukan ini?

Aku hanya mampu tunduk dan sedar tak sedar, butir-butir panas mula turun. Ya, aku sedih. Aku tidak rela dengan perkahwinan ni.

"Aku nikahkan akan dikau dengan Afifah Hana binti Hisyam dengan mas kahwinnya 700 ringgit dibayar  tunai"

Aku semakin tidak kuat. Air mata mula mengalir deras ke pipi ku. Aku semakin menunduk bagi menutupi airmataku. Tolong.... katakan ini semuanya mimpi...

"Aku terima nikahnya Afifah Hana Binti Hisyam dengan mas kahwinnya 700 ringgit dibayar tunai"

"Sah?" tanya Imam sebagai tok kadi.

"Sah" jawab ayah sambil tersenyum riang.

Dan.... tiba-tiba kepala ku menjadi pening. Berat. Penglihatanku juga menjadi kabur.

"Awakkk.. Bangun awakk..." ya. Suara ini yang aku dengar, sebelum aku menutup mata.







Vote & subscribe. First try lol 😂

Afifah HanaStories to obsess over. Discover now