Aku dah rasa macam tengah duduk dekat taska, bukannya duduk dekat hospital.

"Kalau Aryan ada, mesti dia bagi je aku keluar." Sambil berpeluk tubuh aku merungut. Hayqal pula bila terdengar aku sebut nama Aryan terus memberikan perhatiannya kepada aku semula.

"Kau cakap apa?"

Aku membalas dengan nada suara malas. "Takde apa."

Hayqal menghabiskan sisa roti dalam mulutnya dan membuang plastik roti ke dalam bakul sampah yang berada di tepi pintu. Aku ingat mungkin dia malas nak bertekak dengan aku, tapi macam biasa, jangkaan aku mesti salah.

"I'm sure you said something" Hayqal berjalan mendekati katil aku.

"Siapa suruh tak dengar? Aku cakap sekali je, takde ulangan." Aku hanya menggumam perlahan. Perlahan je okay. Nak mati ke kalau cakap macam tu kat dia?

Malangnya aku lupa yang dia ada pendengaran super bionik. Jadi setiap bait perkataan aku tadi dia dengar.

"So kau mengaku kau memang ada cakap something tadi." Kata Hayqal yang kini sudah pun berada betul-betul di sisi katil aku. "Now ulang balik apa kau cakap."

Aku menggigit lembut bibir. Baru sekarang rasa menyesal pergi sebut nama Aryan depan dia. Pandangan aku dicampak ke luar tingkap untuk mengelak dari bertembung matanya.

"Aku dah cakap takde ape. Dah lah aku nak pergi tandas." Cepat-cepat aku bangun dari katil untuk melarikan diri. Tapi Hayqal yang lebih awal menyedari niat aku tu telah menarik tangan kiri aku, menyebabkan aku terduduk semula.

"Oh no you're not going anywhere until you repeat your words, Mia Alysha." Katanya sedikit tegas.

Disebabkan tarikan yang kuat itu, badan aku dan dia hampir berlanggar. Tergamam sekejap aku. Muka aku memanas apabila menyedari yang jarak antara kami terlalu dekat.

"Sekarang cakap."

"Taknak."

"Kenapa taknak?"

"Se–sebab...."

"Sebab?"

Hayqal mendekatkan lagi mukanya ke arah aku. Aku tahu dia sengaja. Bukannya dia tak nampak muka aku dah semerah tomato segar sekarang.

Tak boleh jadi ni. Dengan satu nafas, akhirnya aku berikan dia jawapan yang dia nak.

"Sebab kau jealous bila aku sebut nama Aryan depan kau!"

Hayqal tergamam. Aku pula rasa macam nak buat facepalm dekat situ jugak.

Oh my god oh my god Mia apa kau cakap ni?! Serious aku tak tahu apa aku cakap! Tu cuma ayat spontan sebab aku tengah gelabah.

"Ke–kejap! Tu bukan apa aku nak cak–"

Tok tok!

Bunyi ketukan pintu terus buatkan kitorang terlupa apa yang baru jadi. Kata-kata aku terhenti di tengah jalan. Hayqal pula cepat-cepat melepaskan tangan aku yang dipegangnya. Kedua-dua kami kini fokus ke arah gerangan yang mengetuk pintu.

Seorang nurse perempuan yang agak muda memunculkan diri. "Cik Mia, ada orang datang nak melawat cik."

Aku dan Hayqal saling berpandangan.

Setahu aku, orang yang tahu aku masuk hospital cuma Hayqal, Hanni, Danial dan Aryan sahaja. Tapi ketiga-tiga orang tu dah sedia maklum yang diorang sibuk dengan hal masing-masing harini.

Jadi siapa yang datang melawat?

Sebelum sempat aku atau Hayqal bertanya, nurse wanita itu telah pun mempelawa 'orang' itu untuk masuk.

Maid MaidenWhere stories live. Discover now