Kringgg...Kringgg...Kringgg
"Haaa bisinglah jam ni kacau jer nak tido dibuai mimpi indah bersama anak raja" kata ku sambil menggaru kepala dengan rambut yang serupa hantu mak limah
40 minit berlalu akhirnya aku siap menghias diriku ini.Sekejap bukan.Ihihihi aku hanya mengenakan dress ala-ala jubah kembang yang berwarna biru dengan tudung shawl berbulu berwarna ungu.Cantik bukan ihihihi tengok le siapa Emma kan.
Setelah siap aku terus turun ke tingkat bawah lalu menuju ke meja makan.Kelihatan ibuku yang sedang sebok menghidangkan makanan untuk aku dan adik.Ibu seorang ibu tunggal semenjak usia ku mencecah 15tahun tapi itu bukan makna yang abah melupakan tanggungjawabnya.Aku berjaya membuka butik ini semua dari hasil duit abah.Abah seorang Pengurus di sebuah syarikat yang terkemuka.Hubungan antara aku,adik dan abah sentiasa baik meskipun ibu sudah tidak ingin berbaik dengannya.
"Ibuuu ibuuu engkaulah ratu hatiku"
"Banyak le kamu ratu hatiku lah apa lah.Dah duduk makan.Ni adik kamu manalah penat dah ketuk pintu biliknya"
"Kuda ku lari gagah berani" Nyanyi Syai sambil turun satu persatu anak tangga
"Ha ni lagi sorang dua kali lima jer macam kakaknya turun tangga nyanyi.Nyanyi jer turun tangga.Jatuh karang baru tahu" bebel ibu
Syai yang baru sahaja habis turun dari anak tangga terus menuju ke arah ibu lalu memeluk ibu dari arah belakang.
"Dah-dah makan cepat ibu nak keluar ni"
"Ibu nak pergi mana?"
"Ibu nak dating le"
"Alaaaa cakap jer lah ibu nak pergi shopping mall dengan kawan-kawan bawang ibu tu" perli Syai
"Eiii karang aku ambik bawang kat dapur tu karang makan jer le"
"Ha take care ye ibu.Ha orang dah lambat ni orang pi dulu ehh"
Aku terus menyalam tangan ibu lalu pergi ke rak kasut untuk memilih kasut.
"Ehh Syai nak akak hantar tak?"
"No thank Syai naik motor jer"
"Ha ok"
---
Akhirnya aku tiba di rumahku syurgaku yang kedua.Mana lagi kalau bukan butik kesayangan aku ni.
Tringgg *bunyi pintu dibuka*
"Selamat datangggg"
"Ye saya hendak membuang semua pekerja yang bekerja di butik ini" acah ku
"Eiiii apa lah aku mati-mati ingat customer rupanya bos yang datang lewat tak habis-habis ni ha"
"Eiiii lantak aku lah aku bos"
"Dah lah riena kau ni duk gaduh jer macam anjing dengan kucing kome berdua ni" geram eliya
"Alaaa nama pun kembar lain mak bapak nenek moyang of course lah ada macam anjing dengan kucing.Betul tak Emma?"
YOU ARE READING
Adakah Benar Ini Cinta?
RomanceMengisahkan Emma seorang Usahawan Muda yang tidak mempercayai tentang erti cinta.Beliau bertekad tidak akan jatuh cinta pada mana-mana lelaki selepas perpisahannya yang amat menyakitkan pada usianya 16 tahun oleh seorang lelaki yang Emma yakin akan...
