CHAPTER 1

9 0 0
                                    

"Hisy! Menyampah aku! Tak pasal2 aku pulak yang kena!" Guman Baekhyun di dalam hati sambil menghidupkan enjin motosikalnya.

Setelah enjin motosikalnya hidup, Baekhyun lantas menyarung topi keldarnya dan bergerak meninggalkan halaman rumahnya. Wajahnya terus mencuka sejak tadi. Hanya wajah sahabatnya Suho, bermain-main di mindanya ketika ini.

"Kurang asam punya Suho. Aku dah kata, tak payah buat kerja bodoh tu. Tapi kau tak nak dengar. Menyusahkan aku je!" Guman Baekhyun lagi. Hatinya masih panas. Kalau Suho ada dihadapannya sekarang, mahu sahaja diluku kepala Suho tu.

Sampai sahaja di destinasi, Baekhyun cepat2 melangkah. Berdoa agar sahabatnya yang dicarinya itu berada di situ.

Dari jauh, Baekhyun sudah nampak kelibat seseorang di kedai itu. Namun apabila dia mendekati, bukan Suho tapi Park Chanyeol aka capang. Lantas Baekhyun menepuk bahu Chanyeol. Chanyeol terkejut dan berpaling ke belakang. Tanpa dipelawa Baekhyun terus duduk dihadapannya.

"Hisy, kau ni... terkejut aku. Kau dari mana ni? Tanya Chanyeol. Baekhyun tidak terus menjawab. Matanya tertumpu pada seorang gadis yang duduk di sebelah Chanyeol. Tidak ada seulas senyuman yang dihadiahkan pada gadis itu disaat mata mereka bertemu.

"Ooi, aku tanya! Kau dari mana?" Tanya Roy buat kali kedua.

"Weh, siapa perempuan yang duduk kat sebelah kau ni?" Tanya Baekhyun tanpa memjawab soalan Chanyeol. (Kesian kau Chanyeol)

"Yeochin akulah. Eunji, kenalkan. Ini Baekhyun." Ujar Chanyeol. Eunji mengangkat muka dan kemudian tunduk balik menghadap handphone dia.

"Baek, kau dari mana? Ni dah masuk kali letiga aku tanya tau."

"Dari rumahlah. Lepas habis kerja tadi, aku terus balik rumah. Ingatkan malas nak keluar tapi......" Kata2 Baekhyun terhenti apabila seorang pelayan lelaki datang menghampirinya. Baekhyun cepat2 mengangkat tangan menandakan yanv dia tak nak order apa2. Pelayang itu terus melangkah pergi.

"Tapi apa?" Tanya Chanyeol.

"Entahlah, aku tak tahu nak cakap apa?" Jawab Baekhyun selamba.

"Hisy, peliklah kau ni. Kau tak keeja ke esok?"

"Mestilah aku kerja."

"Dah tu, keluar malam2 ni kenapa? Tak penat ke?" Tanya Chanyeol. Dia berasa pelik melihat Baekhyun keluar malam2. Biasanya dia hanya keluar pada hujung minggu sahaja.

"Penatlah. Ikutkan hati aku, memang aku dah cari bantal busuk aku yang ada kat rumah tu."

(Author: eee.... dah besar pun ada bantal busuk lagi...
Baekhyun: suka hati akulah. Tah2 kau pun ada bantal busuk.
Author: alamak, terkantoilah pulak.     )

Sila abaikan benda diatas ye.
Back to the story

"Habis tu, kenapa kau dok terpacak kat sini? Minum pun tak. Kau ok tak ni?" Tanya Chanyeol.

"Ni semua Suho punya pasallah! Aku dapat call dari bapak dia." Rungut Baekhyun.

Chanyeol terkedu mendengar kata2 Baekhyun. Tajam matanya merenung wajah kacak Baekhyun yang sememangnya kacak.

"Apahal pulak ni? Kalau bapak dia dah masuk campur, ni memang dah ke berat ni." Kata Chanyeol.

"Hah, tahu pun kau. Ni yang aku tak puas jati dengan Suho." Kata Baekhyun. Chanyeol menghirup sikit air coklatnya sambil diperhatikan Eunji. Baekhyun mengeluh. Rambutnya yang pacak diselak ke belakang..

"Suho tak balik rumah. Bapak dia ingat, Suho lepak rumah aku."

"Tak balik rumah?!" Terbeliak biji mata Cahnyeol.
(Oh tolonglah, jangan jadi macam D.o. Hanya D.o je boleh terbeliakkan mata dia... ok joke)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PRANKWhere stories live. Discover now