JOM MAIN!

21 4 1
                                        

JOM MAIN!

by Al Aswad (KSP)

TITISAN hujan masih jatuh membasahi makhluk bumi. Kelihatan sinar jingga kekuningan milik kenderaan berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Skrin telefon pintarku amati. Jelas jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Tiga hari lagi peperiksaan besar yang aku kena hadap hujung semester 4 ini. Aku bergegas pulang ke hostel setelah belajar berkumpulan bersama rakan sekelasku. Ini yang aku malas. Kalau belajar bersama rakan-rakan aku, lebih pada berborak. Kalau tak, main game. Lebih baik aku berehat di bilik.

Kunci bilik dikeluarkan. Pintu di tolak. Gelap. Nampaknya rakan sebilikku keluar. Aku duduk berdua dengan Fizi di dorm ini. Selesa bersamanya kerana kami dah lama kenal sejak dari sekolah menengah. Lebih-lebih lagi apabila kami di negeri orang ini.

Tit tit tit!!!

Aku terus menoleh dari mana sumber bunyi itu. Oh, telefon samsung aku minta tenaga untuk disedut. Samsung? Ewww.. What you talking about.. Ewww nenek kau! Hah, marah ni..marah ni.. Nak je aku cerita kelebihan samsung, tapi tak jadi seram pulak. Ish, tak baik mengata. Exam dah dekat. Kau oranglah ni ajak aku mengata. Kau oranglah yang baca ini, siapa lagi. Hihi. Bergurau, jangan marah.

DUP!

Pintu bilik terbuka seolah ditendang.

"Woi!!" Fizi menyerbu masuk dengan tiba-tiba.

'' Empat sem dah kau kat sini. Memang kau tak ada belajar bagi salam ea?" sindirku. Aku yang sedang sibuk mengemas almari terkejut juga dengan tingkah lakunya. Mengenangkan peperiksaan nak dekat, sabar aku boleh pergi jauh lagi. Ish.

"Wad, kata nak main spirit kat tingkat 13." Fizi tiba-tiba bersuara.

" Jomlah, esok cuti. Peperiksaan lewat lagi." sambungnya lagi. Keningku bercantum melihatnya. Betul. Seminggu yang lepas, aku yang mengajak Fizi dan Shahir untuk naik ke tingkat 13. Hostel kami ada 13 tingkat, 11 tingkat untuk kediaman pelajar, tingkat 12 tempat untuk teknikal lif dan tingkat 13 untuk simpanan tangki air. Ajakan aku disetujui oleh semua barisan rakanku cuma Shahir mengajak agar pergi waktu cuti hujung minggu. Yelah, apa-apa aktiviti lebih elok buat waktu cuti. Tak letih sangat pada keesokan harinya. "Wad!" Lamunanku terhenti. Fizi masih menggesaku.

"Hehehe.. betul juga kata kau. Mana kertas yang kita buat hari itu?"tanyaku Fizi pasal kertas yang kami buat seolah permainan OUIJA. Penuh dengan abjad dari A sampai Z serta nombor. Sambil Fizi mencari kertas itu di meja belajarnya, aku buka apps whatsapp untuk berhubung dengan Shahir.

Shahir, jum ke tingkat 13. Aku dengan Fizi dah siap ni.

Shahir is typing...

Ish kau. Tak berani aku.

Bukan kita main-main je ke?

Hahahaha...

Dahiku mengerut. Hari itu beria sangat. Jarang Shahir menolak pelawaan aku. Apa yang aku buat, mesti dia nak ikut.

Mari ler..

Esok cutilah. Lepaklah kejap.

Shahir is typing...

"Wad, jom. Siap dah ni. Shahir dah tunggu kat luar bilik tu hah." Ujar Fizi. Pandangku hairan.

"Shahir luar bilik? Betul ke kau ni?" tanyaku balik.

Aku terus keluar untuk mendapat kepastian. Memang ternyata Shahir berdiri menyandar di koridor luar. " Bila masa kau sampai? Tadi kau bagitau aku.."

"Apa kau ni Wad. Haha. Fizi dah beritahu aku dulu sebelum kau tanya dalam mesej." Shahir memotong kata-kata aku.

"Oh yeke, tak apalah. Semua dah ada kat sini, jom. Jap, aku nak ambil lampu suluh."

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Apr 11, 2018 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

JOM MAIN!Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon