Rriingg! Bunyi loceng menandakan sudah tamatnya waktu sejarah. Sebaik sahaja Cikgu Murni menjejakkan kakinya di luar kelas, kelas 3 UKM menjadi riuh-rendah. Hampir kesemua pelajar bangun dan ke meja rakan mereka.
"Kau dah siap kerja Matematik?" Soal Syifa kepada Fatnin. Dia sedang kelam kabut membuat kerja sekolahnya yang tidak disiapkan di rumah semalam.
"Kau rasa aku dah siap?" Jawab Fatnin dengan soalan sambil menunjuk ke arah muka surat yang tidak lengkap itu dengan keadaan yang marah. Ternyata kerja sekolahnya masih tidak lengkap.
"Relakslah. Aku tanya saja," kata Syifa selamba sebelum berlalu pergi ke mejanya.
Tiba-tiba, Cikgu Zainal selaku guru disiplin, menerjah masuk ke dalam kelas 3 UKM. Syifa ternampak bahawa ada seorang budak yang sedang mengikuti langkah Cikgu Zainal.
"Kelas! Sila beri perhatian. Kamu ada seorang murid baru hari ini. Sila perkenalkan diri kamu" kata Cikgu Zainal sambil menunjuk kepada seorang murid lelaki yang berada di belakangnya.
"Nama saya Dani Haqimi. Saya dari SMK Seri Mutiara," kata Dani sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Baiklah, Dani. Kamu boleh cari tempat dan duduk di situ," arah Cikgu Zainal kepada Dani yang membisu. Dia pun mengangguk dan meliarkan matanya untuk mencari tempat. Setelah jumpa tempat duduk di belakang kelas, dia terus ke situ lalu merebahkan punggungnya di atas kerusi tersebut.
"Kamu semua perkenalkan diri kepada Dani ok? Dan tolong senyap. Ketua kelas tolong jaga kelas," arah Cikgu Zainal kepada Zamri selaku ketua kelas. Zamri pun menganggukkan kepalanya tanda faham akan arahan Cikgu Zainal
......
"Hai! Aku Nurul Syifa. Kau boleh panggil aku Syifa sahaja," perkenal Syifa kepada Dani yang kelihatan lonely.
"Aku sudah perkenalkan diri aku tadi. Kau tahu kan nama aku?" Jawab Dani ringkas. Semasa dia jawabkan soalan Syifa, dia hanya memandang ke arah tingkap di tepi kelas.
"Arrogantnya!" Kata Syifa di dalam hatinya lalu terus pergi dari meja Dani dan ke meja Fatnin pula.
"Arrogant gila mamat tu! Aku tegur dia jawab tak tengok muka aku pun," kata Syifa kepada Fatnin yang membuat muka tidak kisah. Dia tahu bahawa Syifa memang pantang kepada orang yang sombong dengannya.
"Aku tengok muka dia saja aku dah tau," jawab Fatnin dengan muka bangganya.
"Blah la kau," melawak Syifa sambil manampar bahu Fatnin. Dia tahu bahawa Fatnin kadang-kadang annoying sikit. Syifa hanya mampu membuat muka.
Kemudian, mereka sambung perbincangan mereka (gosip). Sebaik sahaja mereka mahu bergosip, Dani pula yang datang kepada mereka.
"Oi, aku nak tanya," panggil Dani kepada mereka berdua.
"Kau ni memang tak boleh kurang ajar lagi kah? Mak bapa aku bagi nama mesti ada sebab. Baru masuk sekolah dah buat pandai," marah Syifa sambil rolling her eyes. Dia tahu, kalau bukan dia yang tegur, siapa lagi?
Dani tersentak. Dia tidak sangka bahawa Syifa begitu berani untuk berkata kepadanya sebegitu. Dia hanya mampu untuk kembali ke tempatnya. Dia turut tidak jadi untuk bertanyakan soalan kepada Syifa.
"Wow," kata Fatnin terpegun. Dia tidak pernah nampak Syifa begitu marah kepada lelaki. Setahunya, Syifa selalu berbuat begitu kepada perempuan sahaja.
YOU ARE READING
Mr Arrogant
HumorSyifa dan Dani merupakan kawan rapat di sekolah. Tetapi selepas 10 tahun, Syifa tidak sedar bahawa mereka sedang bekerja bersama. Dia turut lupa akan Dani. Bolehkah Dani ingatkan Syifa tentang dirinya kembali?
