1: Pertemuan

200 19 46
                                    

"Buat balik semula" fail yang berada ditangannya terus di Baling ke arah salah seorang petugas polis di situ. Aku terus memusingkan kerusi ke arah tingkap yang terbuka luas sedari tadi. Ya ini perwatakan aku dari dahulu lagi. Seorang yang tegas, tidak suka orang yang buat kerja sambil lewa dan melewatkan tugasan mereka. Yang paling penting sekali aku tidak suka dikelilingi gadis, sebagai seorang ketua polis aku menjaga imej aku, prinsip aku senang sahaja.

Find a women that have a very good attitude , cover themselves not like other women 'pakai baju macam tak cukup kain' Then you married that's girl.

Senang sahaja prinsip aku.Sedar diri ini umur tidak lama lagi akan menjangkaui 28 tahun pada tahun ini. Entah tiada lagi jodoh yang baik dengannya kebanyakan semuanya yang lebih berani dari aku seperti hantar bunga, coklat dan ajak dating pun ada juga! Aku pun tak buka langkah macam tu tau!

Tergelak aku dibuatnya apabila mengenangkannya. Kedengaran pintu biliknya diketuk perlahan. "Abam polis! Cukup-cukup lah berangan ya orang suruh cari pasangan hidup tidak mahu kan tengok tu tak habis-habis termenungnya , entah-entah dah sampai planet pluto! " sergah Shazwan rakan sepasukan nya merangkap kawan yang berani mencari pasal dengannya.

"Sila meninggal" itu sahajalah ayat yang terpancul pada mulutnya sedari tadi. "Kau, kau SYAI— Aduh!! " belum sempat Shazwan menghabiskan ayat nya, aku terus capai buku tentang etika polis yang besar dia macam kamus terus dibaling ke arah Shazwan di tepi pintu itu.

"Tak guna!  Kau tahu tak kepala aku ni mahal kau nak ganti ke??! "Marah Shazwan seraya mengosok kepalanya itu. "Jangan risau tayar dekat tepi jalan berlambak nanti bila ada operasi aku kutip aku bagi dekat kau ya alololo siannya dia" hampir sahaja aku tergelak besar melihat muka cemberut Shazwan itu.

"Merajuk! " terus sahaja lelaki itu beredar meninggalkan aku. "Merajuk 1bulan 1 tahun pun tak apa!!! " jerit aku padanya. Aku menggeleng kepalaku mengenangkan sifat masuk air Shazwan ini ada masa lelaki ini mampu membuatkan dirinya tergelak akan kerenah gila nya itu.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunannya. Dia melihat mesej yang tertera pada skrin telefonnya.

UMIE:

Assalamualaikum Joon, jangan lupa datang rumah Makcik Aisya petang ni ya tak lama lagi dia akan berangkat ke Mekah hujung bulan ni.Nanti tak sempat pula kamu nak berjumpa dengannya. Datang ya nak :)❤

Makcik Aisya ouh Ya! Makcik yang aku rapat dari kecil lagi.

Jadi kena datang lah ni? Aku melihat jam di dinding. Gerak sahajalah awal boleh balik awal lepas berjumpa nanti bisik hatiku. Aku segera mengemaskan segala barang-barang yang ada di atas meja tersebut.

"Cepat balik bang? Ada date ke? " Shazwan ni memang tak makan saman ke?  Aku terus menoleh ke arah Shazwan yang sudah tersengih macam kerang busuk. "Mana ada! Aku nak pergi rumah auntie aisya tak lama lagikan dia akan berangkat ke Mekah jadi aku kena datanglah!  Apa lah budak ni tak habis-habis dengan date nya" aku mengetuk kepala Shazwan sebelum beredar meninggalkan nya di belakang.

Tak kuasa melayannya. Aku berjalan menuju ke kereta Volkswagen ku.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Assalamualaikum " aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah Auntie Aisya. "Waalaikummusalam eh Joon! Datang juga ke rumah auntie masuklah umie dengan abah kamu ada di dalam, jemputlah masuk " Auntie Aisya mempelawa aku masuk ke dalam rumahnya.

"Emm auntie, sebelum tu Joon nak tumpang solat dekat sini boleh? Joon tak sempat nak singgah solat dekat RNR tadi sebab nak cepat" terangku padanya. "Boleh kamu naik atas pergi bilik yang berada di belah kiri ya " aku mengangguk seraya melangkah untuk menuju ke bilik yang berada di tingkat atas.

Aku membuka pintu bilik yang dimaksud kan oleh Auntie Aisya. Bilik perempuan ke? Melihat dari segi kekemasan dan hiasan mengambarkan bilik ini didiami oleh wanita. Aku terus menggeleng kepalaku argh! Abaikan sahajalah aku naik atas ni nak solat bukan meninjau bilik orang ni!

Aku segera mengambil wuduk dan mengambil sejadah untuk solat asar.Dalam rakaat terakhir, kedengaran pintu bilik dikuak sedikit menandakan seseorang masuk ke dalam bilik. Aku yang masih khusyuk berdoa mengabaikan sahaja bunyi tersebut.

"Aduh! " suara perempuan menerjah di ruang pendengarannya, sebaik habis membaca doa, aku terus menoleh ke arah bunyi tersebut. Ya Allah! Habis barang yang berada di dalam beg jatuh bertaburan di atas lantai. Aku segera mengutip barang-barang tersebut.

Mana tuan dia ni?! Desis hatiku.

Dalam mengutip barang aku terjumpa sekeping gambar seorang gadis.

Cantiknya dia bisik hatiku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cantiknya dia bisik hatiku. Aku terus meraup wajahku astaghfirullahalazim Joon jangan melihat bukan mahram lama-lama berdosa. Aku terus menyimpan barang-barang tersebut, sedang aku menyimpan barang, aku baru tersedar yang ada seorang wanita yang berada di situ juga.

Aku mendekatinya, melihat dari muka baru aku tahu inilah gadis yang melihat pada gambar itu tadi. Dia ni memang sengaja tak nak bangun ke apa?

"Cik boleh bangun? " tanyaku padanya setelah sekian lama gadis itu membisu.Dia menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari arah gerakan suara aku."Suara lelaki? Macam mana awak boleh berada dalam bilik saya?! Siapa yang benarkan lelaki masuk!" marahnya padaku. Eh aku pula kena marah dengannya! Pantang betul aku kalau orang marah dekat aku, kau tak kenal lagi Kim nam joon ketua polis paling garang di Putrajaya ni!

"Maaf, cik memang tak perasan atau memang sengaja? Saya di sini menumpang solat sahaja ,auntie aisya yang membenarkannya "aku cuba mengaturkan kata-kata yang baik padanya.Tidak mahu memanjangkan hal ini.

Esah pembantu rumah Auntie Aisya menjengah masuk ke dalam bilik gadis itu. "maaf pak, saya tidak perasan yang anak majikan saya masuk ke dalam bilik nya" ujarnya padaku. Aku menggeleng "tak apa saya sudah terangkan padanya" aku menjelaskan padanya.

Esah segera membantu gadis itu bangun dari tempatnya. Teruk sangat ke jatuhnya sampai ada orang kena bantunya? Aku mengurut dagu ku.

"Awak ni tak nampak ke? "Soalku padanya.

"Ouh!maafkan saya encik.. Saya tidak nampak dan sememang tidak nampak langsung akan keadaan di sekeliling ini"ujarnya padaku ,aku mengangkat kening ku. Tidak faham apa yang dia cuba sampaikan padaku.

"Maksud awak apa?" soalku tidak mengerti maksudnya.Dia membetulkan kedudukan nya.

"Saya buta encik"

Aku terpana di situ.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••

(SU)♥ Love Is You ♥||사랑은 당신입니다 {Short Story}Where stories live. Discover now