23

2K 100 11
                                    

Ali berlari keluar dari bilik dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tidak menyadari yang Jet berada dihadapannya dan--

BUKK!

"Eh? A-Ali? S-sorry--" ucap Jet sambil menolong Ali bangun. Ali bangun sambil dibantu oleh Jet. Dalam keadaan yang masih lagi menunduk dia mengangguk lalu berlari.

Dahi Jet berkerut melihat perubahan Ali yang sedikit sebanyak telah memberikan kesan pelik kepada Jet. Chris menghampiri Jet sambil memegang penyapu.

"Kenapa dengan Ali?"

"Entahlah--''

Satu suara menyapa mereka berdua dari belakang yang menyebabkan kedua jejaka tampan itu terjerit."Ahh!! Hantu!!" Chris dan Jet berpelukan akibat terkejut.

"Tak payahlah nak terkejut sangat! Aku tampo sekor-sekor baru tau!" Ujar Bulat sambil menjeling mereka berdua. Chris dan Jet melepaskan nafas pasrah sebelum--

"Wargh!! Kenapa kau peluk aku?!" Lalu kedua mereka melepaskan pelukan secara serentak. Bulat membuat muka menyampah lalu beredar dari situ.

"Ali!!" Panggil Khai sambil berlari anak menuju ke arah Ali. Ali mengangkat mukanya yang masih memerah menghadap Khai.

"Kenapa dengan muka kau tu?" Soal Khai sambil memegang dagu Ali. Ali menepis tangan Khai dengan lembut sebelum mula menggeleng lalu tersenyum kecil.

"T-takde apa.."

"You lied."

"Betul! A-aku..tak I means Rudy. Erm..Rudy..pakaikan aku blusher! S-sebab tu lah muka aku jadi macam ni." Ali membuat muka sedih.

"Oh.."

*****

"Kenapa dia lari? Soalan aku tu terlalu straight ke? Aku rasa takdelah straight to the point sangat." Tanpa banyak tanya, Rudy terus berjalan turun dari katil dan keluar.

"Hm..kalau waktu macam ni dia akan ke..." Rudy terus berlari perlahan menuju ke taman akademi yang berada tidak jauh dari pintu utama akademi.

Dan, sangkaan Rudy amat tepat tetapi yang tidak tepatnya ialah Ali bersama dengan seorang lelaki yang Rudy tahu dia amat membencikan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Jet.

"Sedapkan aiskrim ni?"

"Em..dap angat!!"

Jet tersenyum kecil. Dia memandang ke arah Ali yang sedang menikmati aiskrimnya itu dengan senyuman yang tidak henti-henti dibibirnya.

"Eh? Comot.."

Ali yang sedang menikmati aiskrimnya itu terhenti apabila Jet tiba-tiba menyembut 'Comot'

"Hah? Comot? Mana ada Comot. Sebab setahu aku dia tengah tidur.." Ali memandang ke sekelilingnya sebelum mula memandang ke arah Jet. Dan--

CHU~~

Satu ciuman hinggap dibibir Jet. Rudy menggenggam penumbuknya manakala Jet tersengih suka dalam ciuman lembut itu. Ali terkedu.

"DAMN IT!!"

Rudy berjalan perlahan menuju ke arah mereka berdua sambil memakai Hoodnya. Rudy menutup matanya sebelum mula bertukar menjadi Khai.

"A-Ali? What the.."

Ali melepaskan ciuman lalu mengelap bibirnya. Ali memandang ke arah Khai dengan mata yang membesar berpura-pura tidak bersalah. "Hai, Khai." Ali melambaikan tangannya.

"Hai?"

"Ali, Ejen Geetha panggil kita."

"Oh, okay. Bye Jet aku nak gerak dulu sebab Ejen Geetha panggil." Kata Ali sambil tersenyum. Jet mengangguk sambil melambaikan tangannya.

Selepas mereka berdua beredar."Eh? Bukan Khai keluar dengan Ejen Geetha ke? Jap, jadi mamat tu..Rudy!" Semasa menyebut nama Rudy, Jet menggenggam kedua belah tangannya.

"Kau main kotor, Rudy!"

"Khai? Kau nak bawak aku pergi mana ni? Kau kata Ejen Geetha panggil? Tapi ni bukan bilik ketua teras or anything else?" Soal Ali bertubi-tubi apabila mereka berdua tiba dibelakang akademi.

Tanpa banyak soal, 'Khai' terus menolak Ali ke dinding lalu mengunci pergerakkan Ali. Ali terkejut lalu memandang ke anak mata Khai.

"Apa kau buat ni, Khai?!"

Rudy menurunkan Hoodnya sambil menatap Ali tajam."R-Rudy? A-apa kau..tak maksud aku--" Ali sudah mati kata-kata. Rudy mengeluh.

"Jadi, apa yang kau nak? Kalau takde apa-apa aku nak gerak dulu. Aku malas nak layan benda yang tak berfaedah." Ali mula berjalan perlahan meninggalkan Rudy. Belum beberapa tapak, Rudy telah mengunci perjalanan Ali.

"Nak pergi mana?" Sinis Rudy.

Who's should I Choose?[Ali x Rudy]Where stories live. Discover now