BAB 2

1K 19 1
                                    

SELESAI mengemas beg pakaian yang hendak bawa ke kampung, terus aku hempas tubuh atas tilam sambil merenung siling. Tiada apa di situ melainkan sebuah kipas ligat berpusing menyejukkan ruang bilik.

Tak semena keluhan berat aku lepaskan. Dengan badan separuh di atas tilam manakala dua-dua kaki dijuntai ke bawah, aku merenung nasib. Tangan pula aku letak atas perut.

Sudah dua minggu kejadian itu berlalu tapi hingga saat ini wajah dan senyuman Izrahim masih menghantui hidup. Bukan aku tak boleh move on dari Izrahim, cuma untuk melupakan kisah cinta kami aku perlukan masa yang panjang.

Disebabkan kemurungan aku ini, mama dan papa mengarahkan aku bercuti di kampung. Kata papa, dari aku duduk sini mengingati Izrahim, ada baiknya aku duduk di kampung teman Opah Tijah, ibu kepada Dato' Ayyob, papaku. Terpaksalah aku pergi walau hati berat untuk tinggalkan papa dan mama.

Selepas papa dapat tahu Izrahim curang, papa dah haramkan aku berjumpa dengan Izrahim. Dulu papa sangka Izrahim tu lelaki setia, tapi selepas apa yany terjadi, papa terus gunakan kuasa vetonya menghalang aku mengingati Izrahim. Nasib baik saja mama dan papa tak mulakan apa-apa lagi pasal majlis aku tu. Kalau tak, entah masalah apa lagi yang aku harus hadap nanti.

Tok! Tok!

Pintu bilikku diketuk. Beberapa saat menunggu, terjengul kepala Wahida disebalik pintu. Wahida Surina, sepupu aku sebelah mama. Mama cuma ada seorang saja adik, Ayah Ngah, ayah kepada Wahida. Aku dan Wahida memang rapat dari kecil lagi. Pasal Izrahim aku dah cerita semuanya pada Wahida.

"Nak masuk boleh?" Wahida meminta kebenaran mahu masuk sambil tayang muka mengada.

"Bila pulak pandai main mintak izin masuk bilik aku ni?" Aku buat muka. Kepala aku angkat sedikit, bagi membolehkan aku melihat Wahida di jenang pintu.

"Sejak si tuan punya bilik ni tengah sedih. Takutlah kalau-kalau mood sedih kau tu masih on."

Ayat Wahida sengaja nak bagi mood aku down ke apa?

Sebaik saja Wahida labuhkan duduk di sisi aku, serta merta jemari aku naik mencubit peha dia. Rasakan penangan sepit ketam Dahlia Tihanie!

"Auch! Kau ni dah kenapa, Lia?" Menyeringai Wahida dengan cubitan berbisa aku. Tangannya cepat bertindak menggosok-gosok pehanya. Itulah, usik aku lagi.

Aku hanya tayang wajah tak bersalah. Sejak aku beritahu Wahida perangai sebenar Izrahim, sejak itu Wahida tak habis-habis menyalahkan aku sebab tak percayakan amaran dia. Bukan Wahida tak tahu, perempuan kalau dah cinta mati, mana layan kata-kata manusia lain tentang lelaki kesayangan dia. Yang mereka nampak, hanya yang indah-indah saja. Selebihnya, mereka tak peduli.

"Betul ke kau nak balik kampung teman Opah Tijah?" Berkerut muka Wahida semasa menyoal aku mengenai keputusan aku untuk pulang ke kampung. Semalam aku beritahu Wahida, sepupu aku ni apa lagi, meroyan bagai nak gila.

"Yup! Malas nak duduk sini. Duduk sini pun aku tak buat apa-apa. Papa aku suruh teman opah dekat kampung." Tubuh kembali dibaringkan.

"Seriuslah Lia? Bukan ke kau tak suka balik kampung?" Wahida menyoal aku seperti tidak mempercayai keputusan aku balik ke kampung itu adalah benar.

Kepala aku toleh ke arah Wahida yang ketika itu sudah merebahkan tubuhnya sama seperti aku.

"Aku tak ada pilihan. Papa dah warning aku. Kalau aku tak nak balik kampung, papa nak cari pengganti Izrahim."
Wahida ketawa-ketawa setelah aku meluahkan alasan terpaksa pulang ke kampung. Betul. Papa dah buat keputusan untuk aku. Kata papa kalau aku menolak tidak mahu pulang ke kampung, maka papa akan satukan aku dengan salah seorang anak rakan bisnesnya. Eii, tak nak aku kahwin paksa-paksa ni!

LELAKI PILIHAN HATI ( SUDAH TERBIT )Where stories live. Discover now