Tiga saat....

Lima saat...

Sepuluh saat...

Dua-dua diam. Dan bila pandangan masing-masing bertaut, dua-dua memalingkan wajah ke lain. Raimie yang cuba berlagak tenang dan Syazan yang cuba mengawal tempo jantung yang dah berubah.

"Apa kes pulak tertinggal kunci kereta? Beria nak ajak makan tapi...." Raimie merungut sendiri. Dia abaikan debaran jantung berdua dengan Syazan begini. Segala rasa benci yang mungkin dah lama mati, dia cuba 'hidupkan' kembali. Lemah juga kalau setiap kali berhadapan dengan Syazan. Segala kenangan lama tak kira pahit manis akan bersilih ganti di dalam kotak memorinya.

You still love her.

You still love her not.

You still love her.

You still love her not.

Raimie berperang dengan diri sendiri. Bila dia berpaling memandang Syazan di sebelah, Syazan turut memandangnya.

"Ray...." Daripada diam macam tunggul kayu, baik Syazan buka mulut dulu.

Uhuuu....lama tak dengar suara Syazan panggil namanya.

"What?" Raimie angkat kening.

"Adam apa khabar?"

Duh! Ingatkan nak tanya khabar papa Adam yang kat depan ni. Raimie masih tenang macam tadi.

"Adam sihat."

"Boleh saya jumpa Adam?" Syazan mengharap.

"Dah lama tak jumpa Adam. Saya....saya rindu dia..." Syazan mengawal nada suara yang bergetar. Oh air mata sila jangan menitis. Asal sebut tentang Adam senang sangat tubir mata berair.

"Adam is fine." Raimie larikan pandangan ke arah lain. Dia tak kalah dengan wajah menghadap Syazan. Pada masa yang sama pintu lift terbuka. Baru dia nak menapak masuk, lengannya ditahan Syazan.

"Ray. Kejap."

"Saya nak jumpa Adam." Syazan masih mengharap.

"Untuk apa?" Dah tahu sebab tapi Raimie bertanya juga.

"Saya rindu dia."

Raimie senyum senget. Dia tepis perlahan tangan Syazan. Beridri menghadap wajah bekas isteri yang tampak tenang. Pintu lift yang sudah tertutup semula tak dipedulikan.

"Hari jadi Adam eosk. Jumpa kejap pun tak apa. Tapi bagilah saya peluang untuk jumpa Adam. Please."

Sejak bercerai, dah tak pernah berjumpa dengan Adam. Satu juta alasan yang Raimie akan berikan padanya. Tapi kali ini dia tak nak berdiam, sebab rindu pada Adam dah tak tertahan.

Raimie merapat. Senyum senget masih tak padam dari bibirnya sebelum dia tunduk dan merapatkan wajah mereka berdua.

"Saya ada satu syarat." Raimie menduga.

"Apa dia?" Tolonglah jangan syarat luar alam. Syazan lawan pandangan mata Raimie.

"Awak kena jumpa saya dulu sebelum jumpa Adam."

Oh, kacang aje tu! hati Syazan dah berbunga. Baru nak senyum, ayat Raimie seterusnya buat dia rasa macam nak muntah hijau.

"Temankan saya untuk satu malam. How about that?" Raimie sengih.

Syazan terkejut tapi dia paksa diri untuk turut tersengih. Dia mendekat, hinggakan Raimie terpaksa berundur setapak. Boleh aje kalau bekas suami aku ni teringin nak kena hempuk dengan lesung batu.

"Takkan Zila tak mampu berikan semua tu untuk awak...." Ikut hati, Syazan nak tampar Raimie. Mesti Raimie ingat dia perempuan paling murah. Bila dah jadi bekas isteri tak bermaksud dia tak ada harga diri. Permintaan dia rasanya tak berat. Nak jumpa Adam aje pun. Tapi syarat yang Raimie berikan melampau. Tak padan dengan status suami orang.

Raimie ketawa kecil. Nama Zila jangan disebut sebab Zila tak ada kaitan dengan hidup mati mereka berdua.

"Satu malam aje, Gegirl. One night is nothing compared to all the nights that we spent together over the years before we separated." Suara Raimie perlahan saja, tapi cukup menusuk hati Syazan yang sedia terluka.

Your nothing means everything to me, Ray....Syazan kecewa tapi dia masih mampu tersenyum.

"Set the time and date. Saya akan datang." Syazan menyahut cabaran. Bila senyuman Raimie semakin lebar dan bila tangan kanan Raimie naik menepuk pipinya perlahan, Syazan menahan rasa.

"We see how it goes." Raimie kenyit mata.

Bersabarlah, Syazan! Dia akan buktikan pada Raimie bahawa kasih seorang ibu pada anaknya adalah di luar batasan. Jangan pernah dicabar. Jangan sesekali mencabar!



SYAZAN belai rambut Tia yang sudah nyenyak di atas katil. Bersungguh-sungguh Tia ajak buat jus mangga, siap pergi ke Giant tak jauh dari rumah sewa mereka untuk mencari buah mangga. Bila perut dah kenyang elok aje Tia baring sampai terlelap.

Rindu Adam.

Rindu Mama.

Rindu Papa.

Rindu...Ray.

Rindu yang menggunung membawa langkah Syazan menuju ke arah almari sederhana besar di sudut bilik. sampul surat besar di sebalik timbunan pakaian dicapai.

Gambar-gambar lama. Itulah antara harta paling berharga yang dia ada. Dia tatap satu persatu.

Gambar dia dengan papa dan mama masa Hari Raya pertama. Tema warna ungu. Berseri aje wajah gembira mereka bertiga.

Gambar dia dan Raimie pergi bercuti di Rome berlatar belakangkan Fontana Di Trevia.

Gambar nikah mereka berdua yang sedondon berpakaian putih.

Gambar Adam yang tidur nyenyak di dalam baby coat.

Gambar Adam yang tersenyum memandang kamera.

Tanpa sedar air mata Syazna menitis. Dia bawa gambar-gambar yang dipegang rapat ke dada. Mendongak menahan air mata yang sudah semakin.

"Maafkan mama....maafkan mama, Adam."

Kalaulah Adam faham. Kalaulah Adam dapat maafkan dia. Syazan rindukan anak sulung yang disayangi sepenuh jiwa raga. Andai dia dapat tanggung sengsara Adam yang sudah cacat itu, dia sanggup. Agaknya sampai ke mati dia takkan dapat maafkan diri sendiri. Jadi tak hairan kalau kedua orang tua dan Raimie pun tak dapat maafkan dia.

Dia kehilangan suami yang dicintai sepenuh hati.

Dia kehilangan kedua orang tuanya.

Dia kehilangan anak sulungnya.

Pendek kata, dia hilang segalanya.


p/s : Maaf sebab dah lama tak update. Saya bercuti sampai tak ingat dunia ;) Moga kita jumpa Maaf Tak Indah dalam versi cetak kalau ada rezeki. Love! 

Maaf Tak IndahWhere stories live. Discover now