Bab 7

10.1K 153 13
                                    


14 Februari 2012.

SYAZAN tarik nafas dalam. Dia pandang lama kalendar kecil di atas meja. Esok hari jadi Adam. Tarikh keramat tu mana boleh lupa. Tarikh di mana dia sedar khilaf sendiri sebaik tangisan Adam kedengaran selepas dilahirkan.

Nak menggugurkan Adam sebelum Adam lahir ke dunia. Pendek kata, dia nak bunuh Adam supaya Adam tak wujud dan alasannya cuma satu. Dia tak pernah bersedia untuk jadi seorang ibu. Dia dan Raimie sangat anticlockwise. Raimie mengharapkan ahli baru dalam keluarga, dia pula tak nak ada tanggunjawab lain.

Memang padanlah dia diceraikan dan dihalau keluar. Dia tak pernah menyalahkan takdir. Dia tak pernah menyalahkan orang sekeliling yang membenci dia sebab dia tahu salah semua terletak pada diri sendiri. Andai masa boleh diulang semula, dia pasti akan perbaiki dan takkan menyakiti hati yang tersayanng.

"Syaza."

Lamunan Syazan terhenti. Jai dan Raimie berdiri di hadapan kubikel. Seperti biasa, Raimie sibuk dengan telefon di tangan. Sengaja tak mahu bertembung mata dengannya. Buat-buat tak kenal, buat-buat tak layan, buat-buat macam dia tak pernah wujud di situ....Syazan dah cukup masak dengan perangai Raimie.

"Jauh termenung." Jai senyum.

"Rindu anak." Syazan tak main tapis-tapis. Mintak-mintak bekas suami kat depan ni faham isi tersiratnya. Tapi bila tengok gaya selamba Raimie mustahillah hati kebal Raimie tu tersentuh.

"Saya awak tak rindu?"

Syazan ketawa. "Your pick up line is not that bad, boss."

Jai turut tergelak sama. Raimie di sebelah masih macam tadi, mata masih melekat pada skrin telefon.

"Jom makan." Niat Jai memang nak ajak Syazan sekali. Masih nak usha Syazan walaupun harapan sangatlah nipis.

"Err..."

"No excuse. Jom." Jai potong ayat Syazan. Kalau bagi alasan berjela dia malas nak dengar. Syazan jenis liat. Kalau tak dipaksa cara lembut memang susah.

"Errr...."

"Kalau orang dah ajak pergi ajelah. Tak payah tolak rezeki." Raimie menyampuk. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata pula pandang ke arah lain. Daripada Jai dan Syazan main tarik tali kat depan dia, baik Syazan ikut aje sekali.

Syazan tersentak. Tapi dia masih mampu tersenyum supaya Jai di hadapan tak menghidu betapa 'tegang' suasana sekarang.

"Fine. Saya join." Syazan berdiri dan mencapai beg tangan di atas meja.

Melihat riak wajah selamba Raimie, dia pun cuba untuk turut berlagak selamba. Kalau ya pun membenci, tak payahlah nak tunjuk terang-terang. Agaknya kat dalam hati Raimie dialah perempuan paling dibenci kat dalam dunia.

Mereka bertiga beriringan menuju ke arah lift. Yang rancak berbual hanya Syazan dan Jai. Raimie buat tak dengar. Nak join sekali memang taklah.

Nak makan apa?

Petang nanti apa plan?

Nak tengok wayang?

Weekend ni ada plan tak?

Dia tak nak tahu semua tu. Soalan-soalan pickup line tu tak payahlah nak tanya depan dia.

"Jap! I forgot my car key." Jai tepuk dahi sendiri bila tangan meraba poket seluar. Memang dia tertinggal di atas meja.

"Tunggu jap. Or bro, kau bawa Syaza pergi dulu. Tunggu kat lobi." Belum sempat Syazan dan Raimie buka mulut, Jai dah berlari anak meninggalkan mereka berdua.

Maaf Tak IndahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang