kelebihan yg dimilik Sayyidah Fatimah Az-zahra

8.4K 275 0
                                    

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

*KELEBIHAN BUATMU.*

_Diriwayatkan daripada Ibni A’bud r.a_
bahawa sekali Ali r.a berkata, “Mahukah aku menceritakan kepada kamu kisahku dan Fatimah r.ha (puteri Baginda S.A.W) yang sangat dikasihi antara seluruh keluarga”?

Aku berkata, “Ya.”

Beliau berkata bahawa Fatimah r.ha sendiri mengisar gandung sehingga kesannya jelas kelihatan ditelapak tangannya. Fatimah r.ha juga mengangkut geriba berisi air sehingga kesannya jelas kelihatan di dadanya. Dia juga mengemas dan membersihkan rumah sehingga pakaiannya penuh dengan debu dan kotoran, meskipun hamba-hamba lelaki dan wanita ramai bersama dengan Baginda Rasulullah S.A.W.”

Aku berkata kepada Fatimah, “Alangkah bagusnya jika engkau pergi menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta seorang hamba daripadanya, untuk meringankan sedikit bebananmu.”

Tanpa banyak bicara, lalu Fatimah r.ha pergi menemui Rasulullah S.A.W, tetapi sewaktu tiba berhampiran dengan Rasulullah, ramai umat manusia yang berada di sisi Baginda S.A.W, maka Fatimah r.ha pulang ke rumah dan tidak dapat mengajukan permintaannya.

Pada keesokan hari, Baginda S.A.W. datang menemui Fatimah r.ha dan bersabda, “Kelmarin engkau datang untuk menemuiku, adakah engkau mempunyai hajat?” Namun Fatimah r.ha hanya terdiam kerana malu.

Aku (Ali r.a) berkata, “Wahai Rasulullah, dia sendiri mengisar gandum sehingga terlihat kesan di tangannya, dia sendiri mengangkut air sehingga menampakkan kesan di dadanya, dan dia sendiri membersihkan rumah sehingga pakaiannya dipenuhi kotoran. Oleh kerana kelmarin beberapa hamba sahaya dibawa kepadamu, lalu aku memerintahkannya pergi menemuimu untuk minta seorang hamba agar dapat meringankan bebanannya.”

Kemudian Baginda S.A.W bersabda, “Wahai Fatimah, bertakwalah kepada Allah serta tunaikan hak-hakNya dan lakukan kerjamu serta ucapkanlah سُبْحَانَ اللَّهِ (33 kali) اَلْحَمْدُلِلّهِ (33 kali) اللّهُ أَكْبَرُ (33 kali). Seratus kalimah tersebut adalah lebih baik daripada khadam.”

Fatimah r.ha berkata dengan sejujurnya, “Aku redha dengan (ketentuan) Allah dan (anjuran) Rasul-Nya.”

Hadis yang lain mengisahkan cerita yang sama bahawa dua orang saudara Baginda S.A.W. bersama puteri Baginda S.A.W. Fatimah r.ha mengadap Rasulullah S.A.W. dengan merayu hal berikut kepada Baginda S.A.W. iaitu untuk meminta seorang khadam.

Baginda S.A.W. bersabda, “Untuk memberikan khadam-khadam itu, maka anak-anak yatim lebih utama yang bapa-bapa mereka telah gugur syahid dalam perang Badar. Aku berikan kepada kamu yang lebih baik daripada khadam iaitu, selepas tiap-tiap solat hendaklah kamu ucapkanlah سُبْحَانَ اللَّهِ (33 kali) اَلْحَمْدُلِلّهِ (33 kali) اللّهُ أَكْبَرُ (33 kali) dan sekali itu lebih baik daripada khadam.”

*_(Riwayat Abu Daud)_*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Sayyidah Fatimah Az-zahraWhere stories live. Discover now