Tajuk: Dua dunia
Genre: Fantasy
Pengenalan :
Pada suatu malam seorang bayi perempuan selamat dilahirkan namun ibu kepada bayi perempuan itu tidak dapat diselamatkan kerana bayi perempuan yang diberi nama Kaira itu mempunyai kuasa yang jarang sekali dimiliki oleh mana-mana keturunan iaitu berkomunikasi dengan hutan dan mampu menyuburkan pokok yang hampir mati. Dia juga digelar ratu rimba. Disebabkan kuasa yang dimiliki oleh kaira, nyawa Lairida, ibu kepada kaira menjadi galang gantinya.
Bapa kepada kaira meninggal dunia kerana mahu menyelamatkan nyawa anaknya yang diburu oleh keturunan manusia singa. Sejak bapa kaira meninggal dunia, kaira dibesarkan oleh puri iaitu bekas kekasih bapanya sendiri.
Konflik :
Arga adalah manusia serigala yang disumpah. Sumpahan yang diterima olehnya disebabkan ibunya manusia serigala berkahwin dengan bapanya manusia harimau. Dia disumpah tidak boleh bertukar dalam bentuk manusia biasa yang sempurna. Jika dia bertukar dalam bentuk manusia pasti mata birunya dan telinga serigalanya tidak hilang. Seolah dia memakai kanta lekap dan cekak telinga serigala diatas kepala.
Arga dan kaira juga tidak boleh berkahwin kerana datuk moyang arga telah memberi sumpahan kepada manusia serigala dan manusia biasa yang berkahwin akan mati setelah genap 100 hari menjadi suami isteri. Manusia serigala hendaklah berkahwin dengan manusia serigala juga. Itulah adat mereka sejak dulu tapi telah dilanggar oleh ibu arga.
Klimaks :
Kekuatan yang dimiliki kaira bertambah setelah dia meminum air embun dari daun semula. Kekuatannya itu mampu menghidupkan semula pokok yang sudah mati 100 ribu tahun yang lalu. Jika akar pokok yang sudah mati 100 ribu tahun yang lalu masih disimpan, kaira perlu menanam akar itu dan menyiram dengan air mandiannya sahaja.
Puri mati dibelit oleh akar pokok yang menjaga kaira selama ini. Sebelum puri mati, puri telah mencuba untuk membunuh kaira dengan meletakkan serbuk racun didalam air yang bakal diminum kaira. Air itu mampu melemahkan badan dan secara perlahan-lahan si peminum akan mati. Namun cubaan meracun kaira tidak berhasil kerana akar pokok disekeliling kaira telah menolak cawan yang berisi air yang beracun itu jatuh ke atas tanah. Kaira yang melihat kejadian itu hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada akar-akar pokok itu.
Peleraian :
Arga boleh bertukar dalam bentuk manusia biasa yang sempurna tanpa mata biru dan telinga serigala diatas kepala jika ada gadis yang ikhlas mencintai dirinya meluahkan rasa cinta.
Sumpahan terhadap arga dan kaira yang bakal berkahwin akan lenyap jika mereka menjumpai rantai batu bulan dan meminum air rendaman rantai batu bulan yang direndam selama 24 jam.
Tada! Siap juga plot ni mami TunIndah. 😊
