Dua

1.5K 259 32
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja aku nampak wajah appa aku. Aku mula tak sedap hati.

"Areum, duduk" arah appa tegas. Perlahan lahan aku labuhkan punggung di atas sofa.

Tiba tiba appa campakkan sesuatu ke arah aku. Berubah wajah aku tatkala melihat pregnancy test yang aku guna tadi.

"Areum sedar tak apa yang Areum dah buat ni? Areum sedar tak Areum dah malukan omma dengan appa sekarang ni?"

"A–appa, Areum minta maaf.." aku peluk kaki appa sambil menangis.

"Siapa appa kepada anak tu?"

"Ba–Baekhyun.."

"Pergi jumpa dia, minta dia tanggungjawab"

"A–Areum dah pergi.. Tapi, dia taknak tanggungjawab.."

"Sebagaimana dia tak terima Areum lagi, macam tu lah keluarga Kim dah tak terima kamu lagi. Kamu bukan lagi keluarga Kim"

Detak jantung aku seolah olah berhenti.

"Appa... A–apa ni? Areum minta maaf.. Areum janji Areum tak buat lagi.. Appa tolonglah jangan buang Areum. Areum merayu tolonglahhh" Aku peluk kaki appa erar. Namun appa menolak aku.

"Keluar dari sini. Kamu bukan anak appa lagi"

~

Aku tepis air mata aku yang mengalir sejak tadi. Kini aku hanya merayau rayau tanpa arah. Jam sudahpun menunjukkan pukul 11 malam. Aku memeluk tubuh menahan sejuk.

Aku pegang perut aku. Kini hanya tinggal aku dan dia.

Tiba tiba sebuah kereta berhenti di sebelah aku. Aku berhenti menapak dan pandang kereta berwarna hitam itu. Janganlah benda buruk yang jadi.

"Areum?" aku hela nafas lega bila nampak cikgu sekolah aku, Sir Yoongi.

"Annyeong Sir" aku tundukkan kepala sikit menghormati dia.

"Nae, apa kamu buat tengah tengah malam ni? Bahaya yeoja jalan seorang tengah tengah malam ni?" soal Sir Yoongi. Aku ketap bibir dan mula mengalirkan air mata.

"Ehhh kenapa ni?" bahu aku disentuh. Tiba tiba aku peluk Sir Yoongi erat dan menangis semahunya di dadanya.

Setelah reda, aku angkat wajah dan pandang Sir Yoongi.

"Awak ada masalah? Cuba ceritakan pada Sir. Mana tahu Sir boleh tolong awak?" aku hanya mendiamkan diri.

"Tak apa lah, jom sir hantarkan awak balik?" cepat cepat aku menggeleng laju.

"Nae? Kenapa?" soal Sir Yoongi pelik.

"Keluarga saya, dah buang saya.." ujar aku perlahan.

"Kenapa?" aku hanya diam.

"Jadi sekarang awak tinggal dekat mana?" aku hanya menggelengkan kepala. Sir Yoongi menghela nafas.

"Macam ni lah, awak tinggal dengan Sir dulu. Boleh?" cadangnya. Cepat cepat aku gelengkan kepala.

"Saya taknak susahkan–"

"Habis tu awak nak duduk mana? Tepi jalan? Kalau ntah sape sape culik awak ke, buat benda tak elok dekat awak ke, nak?" aku ketap bibir. Ya auloh Sir.

"Sir duduk seorang, jangan risau"

"Lagilah saya risau.."

"Areum, Sir cuma nak tolong awak. Tak ada niat lain. Salah ke?"

Tbc

Hero || M.Y.GWhere stories live. Discover now